Archive

Archive for December, 2004

tsunami day

December 26, 2004 Leave a comment

Pagi pagi lagi me sarapan kat kedai mamak itu.

Bila me periksa suratkabar, Utusan Malaysia, nampak gambar me. [+ tuah dapat kereta ]

Teruja beb!

Advertisements
Categories: games

tuah dapat kereta

December 26, 2004 1 comment

great news

KUALA LUMPUR 24 Dis – Pepatah ‘tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yg tahu,’ memang sesuai bagi seorang jurutera, apabila hari ini memenangi tempat pertama cabutan Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (BSN) bulan November dan membawa pulang kereta Mercedes-Benz C200K.

Enme, yg berasal dari Johor, juga pernah memenangi hadiah wang tunai menerusi rancangan ‘Who Wants To Be A Millionaire’ terbitan ntv7.

Beliau ketika ditemui berkata, beliau tidak menyangka pembelian SSP sejak 12 tahun lalu akan memberikan pulangan besar baginya.

“Sebenarnya, saya pernah berhenti membeli SSP kerana masalah kewangan.”

“Tetapi hati saya ‘terbuka’ semula untuk menyimpan setelah rakan sekerja saya memenangi kereta Mercedes Benz pada tahun 1997,” katanya ketika ditemui selepas majlis Cabutan Premium Ekstra dan SSP di sini hari ini.

Beliau menerima replika kunci kereta mewah itu yg disampaikan Pengurus Besar dan Ketua Eksekutif BSN, Tajudin Atan.

Hadi sama ialah Timbalan Pengurus Besar II BSN, Juariah Azahari.

Menurut Enme, beliau berkongsi dengan isterinya bersama-sama melabur membeli SSP itu.

“Saya menerima berita menggembirakan ini daripada rakan sekerja melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) sembilan hari sebelum harijadi saya pada 5 Disember lepas.

“Walaupun terpaksa menunggu begitu lama, sebenarnya tidak rugi kalau kita melabur dengan cara ini kerana ia memberikan pulangan yg memuaskan,” ujarnya.

Difahamkan, beliau juga pernah terpilih sebagai pemenang sagu hati bagi cabutan sama sebanyak enam kali yg melayakkannya mendapat SSP bernilai RM100 dan RM300.

Terdahulu, pada majlis berkenaan, dua cabutan iaitu Cabutan Premium Ekstra dan Cabutan SSP turut dibuat untuk bulan ini.

Kedua-dua cabutan tersebut menawarkan hadiah lumayan yg bernilai RM1.9 juta dan keputusan akan diumumkan menerusi akhbar-akbar utama Selasa ini.

nice picture

Categories: games

to be popular

December 25, 2004 Comments off

Pagi-pagi dari Mint Hotel, me tunggu kat bandar HO. Cari apek pakar kunci.

Pukul 10 baru boleh buka pintu rumah.

Dipendekkan cerita, sampai ibu pejabat BSN jam 2 ptg. Ada majlis.

Habis majlis, me terus balik rumah sewa itu.

Malam me tunggu-tunggu kalau2 ada keluar kat tv3 ker, ntv7 ker. Tapi tak sangka keluar kat rtm pula. Me tidak tahu.

Me tahu bila rakan me bagitahu dua minggu lepas itu.

Categories: games

the last stay

December 24, 2004 Leave a comment

the last picture at the controversial hotel

Kunci me tertinggal dalam rumah sewa di taman emas itu. Keghairahan tahap gaban!

Me terpaksa ke hotel mint untuk bermalam. Kali terakhir me bermalam disitu. Esok ada upacara istimewa di ibupejabat bsn.

Alahai.

Categories: Family

lucky number six

December 18, 2004 1 comment

brothers in arms, from the youngest on the left..

Tadi malam selesai majlis kenduri doa selamat. Alhamdulillah.

Semua adik beradik me pulang ke kampung meraikan kemenangan itu. Cuma seorang (kakak) saja yg tertinggal.

Alahai.

Categories: Family, games

lucky ic number

December 17, 2004 Leave a comment

my ic number is very lucky

Me tidak sangka juger. Motor yg ayahnda beli itu dihari me menang hadiah bertuah itu. Nombor motor itu benar-benar sama dengan nombor kad pengenalan me. Walaupun terbalik!

Alahai!

Categories: Family, games, transport

old friend

December 13, 2004 Leave a comment

Petang tadi me singgah rumah rakan mQ itu di Semenyih.

Rakan mQ masa belajar di flagstaff, arizona itu. Sudah lama tidak bertemu. hDa walaupun ada ijazah, tapi beliau kini menguruskan rumahtangga sepenuh masa.

Alahai.

huda ab manan, 83 jalan 2/2, bandar rinching, 42500 semenyih, selangor

Categories: Friends