Archive

Archive for February, 2005

Kerenah KWSP

February 27, 2005 Comments off

KWSP JB, me sampai awal, kul 7.30 pagi. Pak Guard kata tak boleh masuk sebelum kul 8.15 pagi. Ini adalah kali kedua me pergi ke pejabat KWSP atas urusan yang sama. Kali pertama, minggu lepas, kerani kaunter tuh kata kena bawak dokumen yang original. Masa tuh, me memang bawak yang original kecuali buku bank sebab tertinggal kat rumah di KL. Lagipun kat dalam borang tuh tak cakap pun kena bawak buku bank yang original!
Pendekkan cerita, kerani kaunter tuh cek lagi, semua dokumen in order. Tapi bila tengok SPA, dia tanya mana pelan rumah? Manalah me tahu, me ingat semua ada kat situ. Dia kata kalao takde pelan rumah, tak boleh proses. me naik anginlah, kenapa masa me dtg kali pertama dulu tuh, kawan tuh tak check semua! [dot dot dot ] So, me kena balik rumah, ambik pelan rumah yang ada kat dalam brochure tuh. Buang masa betullah depa nih! Dia ingat rumah me dekat ke?
Pendekkan cerita lagi, lepas kerani kaunter yang sama (btw, nama dia dotdotdot) tadi dapat me punye pelan rumah, barulah dia nak proses. Dia kata kena ambik 21 hari untuk duit masuk dalam akaun. Biasalah tuh …

Categories: property

Cuti-cuti Malaysia Day 4

February 14, 2005 Comments off

Kul 9 pagi, dari Tasik Kenyir, me terus balik ke Johor. Solat kejap kat masjid on the way ke Mersing. Beli kuih pau tengah jalan tuh – member ofis kata sedap! Lepas tuh, tergerak pulak hati me nak singgah rumah abang me kat Tenggaroh, sebab dia baru dapat baby. Sampai kat rumah kul 8 malam selepas 11 jam drive…

Categories: nostalgia, Travel

Cuti-cuti Malaysia Day 3

February 13, 2005 Comments off

Lepas breakfast pagi tuh, me bertolak ke Tasik Kenyir. Singgah kat Kuala Berang beli pakaian sikit, makanan dan minuman jugak. Sampai kat Kenyir Lake Resort kul 2 ptg. Kul 5 ptg me sewa satu bot (RM40) pusing-pusing tasik dan tengok tempat pelihara ikan air tawar. Malam, me tak ada aktiviti, tengok Astro kejap. Lepas tuh terlelap sampai ke pagi.

Categories: nostalgia, Travel

Cuti-cuti Malaysia Day 2

February 12, 2005 Leave a comment

unclear pic taken from video cam

Pagi tuh, me breakfast kat McDonalds. Bertolak ke Kuala Terengganu (KT) kul 9.30 pagi. Sampai kat KT, me terus book bilik kat Grand Continental Hotel (RM139/day). Lepas tuh, me terus bertolak ke Rantau Panjang, Kelantan. Me ingatkan dekat je mcm dalam map tuh. Rupa-rupanya dekat 3 jam drive!
Kat pekan sempadan siam itu, me jalan-jalan beli baju, topi dll. Orang kata harga kat situ, murah. Tapi pada me, sama je… Untuk yang tak pernah ke sana, me nasihatkan belilah barang kat kedai yang sebelah dalam, lagi murah!
Kul 5.30 ptg, makan kat Restoran Seafood Rantau Panjang. Singgah kat bandar Kota Bahru, Kelantan, tapi sebab dah malam, me terus balik ke KT (3 jam drive balik tuh!) negeri terengganu.

Categories: Travel

Cuti-cuti Malaysia Day 1

February 11, 2005 Comments off

Semalam raya cina dan me baru baik dari demam. Kul 11 pagi tadi me bertolak dari rumah. Sampai Mersing kul 1.30 ptg, makan tengahari kat Medan Selera. Lepas makan tuh, ada eksiden pulak lepas jambatan dekat medan selera– motor dengan motor, nasib baik takde yang maut.
Punye lah susah cari chalet… dari Kuantan sampai ke Kerteh semua full house. Me rasa me berhenti hampir semua hotel n chalet, dari Hotel Seri Malaysia Kuantan, Vistana Hotel, Awana Kijal dan Cherating punye chalet-chalet.
Sampai Kerteh kul 6.30 ptg, dah nak maghrib. Me teringat ada Kerteh Lodge yang me pernah lepak 4-5 tahun dulu. Dah ada McDonalds dan Petronas gas station kat depan dia. Tapi apartment tuh masih cam dulu, buruk je luar dan dalam.

Categories: Travel