Archive

Archive for November, 2007

national monument

November 30, 2007 6 comments

in the cause of peace and freedom

Tugu Negara. National Monument. Iye. Me pun sudah sampai ke sana tengahari Selasa yang baru lepas.

Me cuba ajak aJi dengan kameranya itu. Tapi aJi tidak hendaklah pula.  Oleh kerana itu, me ke sana seorang diri dengan skuter me yang setia itu. Cuaca agak panas tapi berjerebu. Ramai juga pelawat yang tiba.

Kalau dari kawasan tugu, me memang nampak jelas bangunan parlimen dan juga bangunan pejabat me.

Alahai.

Categories: photography

undeliverable

November 30, 2007 5 comments

it’s really open for 24 hours, indeed

Malam semalam, me kelaparan di bilik bujang me.

Hendak keluar, hujan pula. Jadi, me cuba telefon pizza hut untuk penghantaran ke rumah. Bila me telefon, telefonis itu bilang penghantaran tidak dibuat masa itu.

Me bengang sikit. Me hendak telefon McDonald’s lah pula. Tapi me tengok hujan sudah reda. Me pun keluar naik skuter me. Me pekena nasi putih dan telur bungkus di warung tomyam itu. Me minum air suam saja.

Alahai.

Categories: Food, Ho Hum

kl tower

November 29, 2007 5 comments

you are the one [+ bigger image ]

Semalam waktu makan tengahari, me berkejar (guna skuter me) ke menara kuala lumpur. Tapi me tidak naik ke atas menara. Me cuma ambil-ambil gambar di bawah pancuran air itu.

Lain-lain gambar di Flickr.

Alahai.

Categories: photography

tenggayun

November 28, 2007 7 comments

jalan tenggayun, pontian is used to be in my memory

Me dan mQ melawat aDm di asrama sekolah menengah teknik itu hari sabtu lepas.

aDm sudah dua minggu menjalani ujian sijil pelajaran malaysia. Tinggal seminggu lagi untuk kertas keusahawanan dan perdagangan. mQ sudah bilang hendak menjemput aDm hari jumaat ini untuk pulang ke rumah. Tapi aDm lebih suka menaiki bas. aDm tidak hendak menyusahkan mQ pula.

“mami kan dah tua, bukannya muda..”

Me tengok mQ tersengih saja.

Alahai.

Categories: Family

boss birthday

November 27, 2007 10 comments

ashwarya rai can speak malay maa..

Semalam adalah harijadi bos jabatan me, bos mat salleh itu, pAL.

Me punya harijadi minggu depan. Hehe, kena war war kan awal noo.

Alahai.

Categories: birthday

new stream

November 26, 2007 7 comments

the left black honda is used to be my dream car [+ larger stream ]

Pagi hari Ahad semalam, me dan kaum kerabat mula-mula cadang hendak bersarapan di warong roti canai gadis jelita itu [+ previous link ]. Tapi memandangkan tempat duduk pun sempit, tepi longkang pulak itu dan seribu satu alasan lain, me bersarapan di McDonald’s pula.

Sementara menunggu pasaraya buka jam 11 pagi, me singgah di pusat jualan honda itu. Me tengok ada model terbaru honda stream. Memang nampak mancongkam. Tapi unser me yang itu masih boleh berbakti, tiada alasan kukuh untuk me tukar kereta atau van lagi.

Alahai.

Categories: transport

chinese school

November 25, 2007 4 comments

you are not alone

Pagi kelmarin me bersarapan roti bakar dan 2 biji telur setengah masak. Macam selalu tapi bukan hari-hari.

Masa dalam perjalanan balik ke pejabat, ada mamat hongleong bank hulur risalah pinjaman peribadi ala-ala along itu. Me teringat pada rakanme yang cuba memohon pinjaman pada bank islam beberapa minggu yang lepas [+ previous entry].

Di pejabat, masa me serahkan risalah itu pada rakanme itu, me terperasan ada kawan lain aZr (bukan nama sebenar) sedang sibuk mentelaah buku kerja sekolah cina anak dia. Me pun tegur aZr. Me bilang pertama kali me lihat sendiri rakanme hantar anak ke sekolah cina, macam me juga. Dulu ramai juga rakanme yang bilang hendak hantar, tapi ke sekolah kebangsaan juga.

Alahai.

Categories: Friends