Archive

Archive for January, 2008

symbol of prosperity

January 31, 2008 12 comments

another test drive this weekend? (unrelated story)

Kelmarin me tertengok movie ‘cellular‘ kat channel five singapura itu. Iye, saluran tv yg tiada sarikata melayu dibawah skrin.

Ada babak kim basinger cuba keluar dari bilik tempat beliau terperangkap. Tetapi tetiba ada mamat jahat yg macho itu datang dan cuba usha dia. Kim sempat capai serpihan kaca, gores kat lengan. Mamat macho (sifat gagah sebagai jantan) buat tak kisah. Tapi tak semena-mena mamat macho hoyong hayang, rasa sakit kat dada dan tumbang.

aTi (16) yg lambat tangkap, pelik dan tanya,

naper tetiba orang tu tergolek je terus mati?

aQi (10) yg baru darjah empat sekolah cina sampuk,

kan pompuan tuh bilang dia ‘biology teacher’..

me tambah,

iye, cikgu tuh kan bilang dia tahu urat mana yg menjadi nadi jantung itu..

ahaha, me gelak jer tengok raut wajah aTi yg masih mengong.

Walaupun selalu kelentong, aQi memang bijak. [+ previous smart story ]

Alahai.

Advertisements
Categories: Family

one way ticket

January 31, 2008 17 comments

a journey of 1000 miles begins with a single, unexplained stop

Pengalaman me naik bas ekspres. Lapan tahun.

Paling me tak suka bila dalam bas – penghawa dingin keterlaluan sejuk. Tahap cipan. Kecut telo sehh.

Satu lagi, bila tengok ada ibu bapa yg bawa bayi anak kecil. Sanggup dipangku. Mengharap agar kerusi sebelah tiada penghuni. Abaikan keselesaan anak kecil itu agar dapat jimat dua puluh hinggit itu.

Alahai.

Categories: transport, Travel

not to play

January 30, 2008 22 comments

dont play-play lah

Semalam me main bowling.

Sudah lama me tidak main bowling.

Me cuma dapat 77 markah dalam satu permainan. Belakang me pun sakit.

Cerita lain, ramai rakan sepejabat me main ‘bola cat’ pada hari Sabtu yg lepas. Ramai yg pancit. Ramai yg sakit belakang juga.

Alahai.

Categories: games

how to donate

January 29, 2008 1 comment

donation, i did my part

Ini entri ketiga me untuk hari ini.

Semalam petang, me jalan-jalan di kl sentral itu. Senaman paru-paru. Bukan hisap rokok.

Lepas beli ‘buahan campuran’ itu, me didatangi budak lelaki india. Pakaian pejabat. Budak india minta derma untuk budak-budak spastik.

Me hulur sepuluh hinggit. Sambil me menjamah buahan campuran itu.

Me dapat bebola elastik itu. Beserta nombor resit.

Alahai.

Categories: myself

akidah jelatang

January 29, 2008 19 comments

want to join my company? (unrelated entry)

Rakan me suka tengok drama tv korea. Atau drama jepun.

Tapi kelmarin sLm tengok drama melayu. Jelatang namanya. Me tak tengok pula. Me sudah lama tidak tengok drama tv.

Tapi jelatang itu apa maksudnya?

tanya sLm.

Kalau jelapang me tahu lah. Macam jelapang padi itu.

Bila me periksa kat kamus, maksudnya sejenis tumbuhan liar yg bisa daunnya.

Tapi yg paling menarik, me terjumpa forum dlm internet berkenaan drama jelatang itu >> CLICK !!! Korang pasti terperanjat kerana ada dialog dalam drama itu menyerupai ayat-ayat dalam kitab injil aka Bible yg itu.

Cerita lain, penyewa flat rumah murah me telefon. Suruh me datang hari jumaat ini. Me kena serahkan duit deposit kembali.

Semalam me tetiba didatangi bekas pelatih jurutera di syarikat me yg lama. 15 tahun dahulu. Masa me berkaca mata besar dan berambut lebat. aSh sekarang bertugas di jabatan proses.

Alahai.

Categories: movies

new one central

January 29, 2008 7 comments

suasana sentral condominium

Baru aku tahu. Ooops. Baru me tahu.

Pagi siang tadi, lepas sarapan roti bakar di kl sentral itu, me tetiba didatangi dua orang lelaki india. Segar dari negara india. Baru tiba dari lapangan terbang antarabangsa yg itu. Bukan dari jalan tun sambanthan itu.

Mereka minta tunjuk arah ke one central. Manalah me pernah dengar. Tapi me nak tolong juga.

Dipendekkan cerita, mamat india telefon pejabat itu. Me cakap dengan budak perempuan telefonis melayu. Lembut suaranya. Me baru teringat ada bangunan baru di belakang pejabat me.

Me bawa mereka ke sana. Memang bangunan baru. Nama bangunan pun tiada lagi.

Alahai.

Categories: Ho Hum

forgotten owner

January 28, 2008 13 comments

you don’t have to be afraid [+ previous ]

Tempohari, me pernah cerita pasal ternampak mamat tertinggal kunci motor.

Sampai sekarang mamat motor itu tidak telefon me.

Samada dia ada kunci pendua. Atau dia takut dengan me.

Alahai.

Categories: property