Archive

Archive for May, 2008

take me higher theme

May 31, 2008 13 comments

‘take me higher’ is the ultraman tiga’s opening theme
plaza angsana

Minggu lepas masa jalan-jalan kat tempat membeli belah itu, ada sesi pergambaran bersama ultraman dan raksasa. Kebetulan me bawa dslr me yg itu.

Tapi untuk bergambar, kena belilah dulu patung ultraman yg kecil. Harga RM19.90 saja.

Memang me ambil gambar banyak-banyak guna dslr me. Dan ada jurukamera penaja yg ambil gambar juga. Tapi kena tunggu 10 minit untuk cetakan gambar.

Lepas jalan-jalan pusing pusat beli belah itu, me pun balik. Terlupa pula nak ambil gambar percuma yg sudah dicetak dari jurukamera tadi.

Alahai.

Advertisements
Categories: photography

brighter lights brighter kids

May 30, 2008 14 comments

nice blue lamp (unrelated story)
pizza hut restaurant, kluang

Semalam petang me panggil mamat cina aCo datang rumah tukar lampu kalimantang bilik aDm. Bilik belajar bahagian tengah juga me tambah dua lagi lampu kalimantang. Biar terang. Sambil tambah kipas dinding. Bukannya tiada kipas berdiri yg besar dan tinggi. Tapi yaasir yg masih kecil itu kan sudah pandai berjalan. Sambil berjalan godeh tekan suis sana sini sambil tutup buka kipas berdiri itu.

Alahai.

Categories: myself

too sweet

May 29, 2008 22 comments

two sweet drinks (not related story)
tanjong gemok, rompin, pahang

Semalam me makan malam di tempat biasa. Warung tomyam tepi longkang tepi stesyen minyak petronas gombak itu. Me pesan nasi paprik dan telur dadar. Air suam saja. Me makan sendirian. Lepas makan, me bayar guna duit me juga.

Cerita lain, semalam juga me dapat satu emel dari siapa entah. Tanya me,

aloo…. ada cadagan x dengan bermidalkan rm5k kat mane yg terbaik di laburkan duit tu so secure income bulan2 n ujung tahun?

Macamlah me ini pakar ekonomi gitu. Tapi me bagilah juga nasihat.

Pilihan pertama, simpan dlm ASB. Faedah bonus 10% setahun.

Pilihan kedua, simpan dlm tabung haji. Faedah bonus 5% setahun.

Pilihan ketiga, simpan dlm bank rakyat. Faedah bonus 15% setahun. Banyak tu, tapi kena jadi ahli bank yg syaratnya amat ketat macam penjara gustanamo gitu.

Pilihan keempat, beli sijil simpanan premium bank simpanan nasional BSN (www.bsn.com.my). Faedah dividen berkadar ciput. Tidak sampai 1% setahun. Tapi ada cabutan bertuah setiap bulan. Macam uncle kamal bilang, untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Kalau untung nasib, dapat kereta mewah BMW 320 itu. Mancongkam beb.

Jadi, kalau kawan-kawan tanya me. Me akan pilih yg keempat. Sebab ada dua orang rakan me yg telah membuktikannya.

Alahai.

Categories: Food

The Age That I Wish To Go Back To: The Tag

May 28, 2008 16 comments

at the age of 22 plus
northern arizona university, flagstaff, arizona

Me sudah di tag oleh puteri liyana yg muda dan jelita itu. Jutaan terimakasih.

InstructionsTitle: The Age That I Wish To Go Back To
Requirement: Write about the one age that you wish to go back to and why?

Memang sedap berangan. He he he.

Umur yg me hendak patah balik ialah masa me umur 22 tahun. Dimana me boleh buat keputusan untuk tidak berkahwin sehingga umur 30 tahun. Bekerja dengan penaja me ketika itu. Boleh keliling dunia dahulu. Kumpul duit banyak-banyak gitu.

Tadaaa, dah siap entri me yg ini. Tapi me tak hendak tag orang lain. Bukan hidup me hendak susah lagi menyusahkan orang lain. Voleee kan kan.

PASCA NOTA: Atas permintaan luarbiasa, me kena tag akak waterlily yg disana disana.

Alahai.

Categories: Ho Hum

So Many Deaths, So Few Answers

May 28, 2008 13 comments

after so many deaths
taman megah ria, pasir gudang highway

Sememangnya ramai pengguna jalanraya di sini sudah tahu. Lebuhraya maut pasir gudang tidak akan diperbesarkan. Kesesakan lalulintas tahap maksima seperti biasa.

Tapi jambatan permas jaya akan dibuat sebiji lagi. Bersebelahan dengan yg lama. Sedang rancak aktiviti pembinaan. Dan jalanraya permas jaya akan diteruskan ke pasir gudang. [+ the study ]

Pembinaan lebuhraya senai – pasir gudang – desaru juga me nampak jelas tempohari. Semasa jalan-jalan ke kong kong itu.

Cerita lain, ramai yg tanya pasal hadiah yg cek tata dan puteri liyana itu terima. Me sebenarnya tidak pernah buat pertandingan di blog ‘memang lumayan’ yg ini. Sebab me sudah serik. Tidak mahu pisang berbuah tiga kali.

Tapi me teruja nak bagi hadiah pada sesiapa yg ‘mahukan’ hadiah tersebut. Dan kebetulan, cek tata dan puteri liyana yg meminta dahulu. Tiada syarat. Tiada sebab. Ada seorang lagi, tapi beliau tidak mahu hadiah. Me faham dan hormati kehendak beliau. Noktah.

Dipendekkan cerita, hadiah ikhlas yg tidak seberapa telahpun me serahkan. Semoga kawan-kawan bergembira dan tidak serik-serik untuk singgah-singgah, jenguk-jenguk, komen-komen blog me yg ini. Tanpa kawan-kawan yg best gitu, siapalah me yg ini.

Alahai.

(chicken pox counter: day dix)

Categories: transportation

comes in with different models

May 27, 2008 13 comments

ammoiii jangang tengung tengung.. bisa copot jantungku
aeon tebrau city

Minggu lepas me masuk pertandingan fotografi canon itu. Tapi seperti yg sedia maklum, me tidak hantarlah pula gambar-gambar amoi yg mancongkam. Me suka-suka saja. Boleh kan kan.

Cerita lain, me baru saja mengeposkan hadiah yg tidak seberapa untuk pemenang komentator yg itu. Tanpa sebab. Tahniah buat cek tata dan puteri liyana yg jelita itu. Keputusan mahkamah agung antarabangsa adalah muktamad gitu.

Alahai.

(chicken pox counter: day neuf)

Categories: photography

too many tenants style

May 26, 2008 8 comments

have another green tea break
the coffee bean, senai international airport

Kelmarin apek kedai kunci sudah baiki dan ganti kunci bilik flat rumah murah sewa yg rosak. Cuma pintu bilik yg terkopak akan diganti minggu depan.

Me kena serahkan kunci pada mamat penyewa baru itu. Di lapangan terbang katanya. Sedang bertugas. Sedang melayan kapal yg baru tiba. Tapi mamat bilang rakan dia akan ambil kunci dari me.

Me bergegas ke sana. Tapi bila me tunggu dan telefon, rakan mamat bilang dia baru dalam perjalanan ke tempat kerja. Walaupun masih bengang dan keliru, me tak kisah. Me serahkan kunci pada rakan mamat yg gendut itu juga.

Alahai.

(chicken pox counter: day huit)

Categories: property