Archive

Archive for June, 2008

L for 'lembu'

June 30, 2008 20 comments

kue kerjo mung nggo hiburan, nongkrang nongkrong ae
bangunan hasil, tampoi

Kelmarin me dapat surat cinta dari TM. Warna merah jambu. Ada tunggakan. Me terlupa bayar bil bulan lepas. Kalau tidak dibayar, talian tetap telefon rumah me akan dipotong. Fuyoh, ganas seh.

Dan me juga dapat surat dari LHDN. Lembaga Hasil Dalam Negeri, untuk sesiapa yg tidak tahu maksud LHDN. Surat yg paling digeruni oleh pekerja swasta seperti me. Tapi me kan sekarang kerja ‘safu samfah’ saja.

Bila me buka, alangkah gembira rasa dihati. Bukan warna merah jambu. LHDN hendak pulangkan lebihan bayaran cukai pula. Memang lumayan. Sambil diletakkan nama me ada panggilan ‘PUAN’ didepannya. Kalau budak sekolah darjah satu baca nama me, mesti tahu me yg ini ‘bapak budak’. Tapi gasaklah kan. [+ cerito tenan wong goblok nang Malay Mail ]

Alahai.

Categories: property

friday open mic

June 27, 2008 19 comments

this is busy week, nothing to report
bukit layang-layang

Setiap jumaat, me akan buka komen buat rakan-rakan yg best-best itu. Komen apa saja.

Kebetulan hari ini harijadi Hellen Keller.

Alahai.

Categories: Ho Hum

raja masai wants you to solve the reverse riddle

June 23, 2008 53 comments

money is not everything, but everything needs money.. kannns
between parit haji adnan and parit sikom

Kawan-kawan me yg best-best itu. Teka-teki terbalik dari filem ‘nujum pak belalang‘ tempohari masih tiada siapa yg dapat menjawabnya dgn betul. Mungkin sebab tiada hadiah kah? Oleh itu, me hendak bagi hadiah wang tunai untuk sesiapa yg pertama berjaya menjawabnya dengan tepat. RM20.08 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Dan Sen Lapan Sahaja).

Terdapat sebuah masa’elah..

Kalau empat, banyak banyak;
Kalau tiga, sedikit sedikit;
Kalau dua, jarang jarang;
Kalau satu, ka dang ka dang.. apa ia?

Jawapannya, bukan ‘kahwin’ ya kawan-kawan. Me akan buka peraduan ini sehingga hari jumaat ini atau apabila ada blogger yg dapat menjawab dgn tepat. Kawan-kawan boleh jawab di ruang komen dibawah ini seberapa banyak yg kawan-kawan suka.

Amaran: sekiranya pemenang tidak sudi menerima hadiah wang tunai yg ciput itu nanti, silalah bagitahu me secepat mungkin ya. Jangan buli-buli me macam orang tua yg ganyut dan berpenyakit pula.

Sambil kawan-kawan cuba jawab. Me nak tinggalkan serangkap pantun. Boleh kan.

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan;
Intai encek me antara nampak.. ammvoiii
Esok jangan rindu-rinduan.. sodeyyy kanns

Alahai.

PASCA NOTA: Teka-teki itu sudah terjawab. Sebenarnya, jawapan yg tepat ialah “nombor pendaftaran kenderaan”. Tapi encik rudy bluehikari itu menjawap “nombor plat kereta”. Me rasa boleh diterima kan. Tahniah kepada encik rudy. Dan terimakasih kepada yg lain yg mencuba sambil memeriahkan blog me yg “Memang Lumayan” ini. Tanpa kawan-kawan, siapalah me yg ini.

Categories: games

couple fooling around

June 22, 2008 16 comments

step by step – yginsaf.com [+ bigger image ]
bukit layang-layang

Petang semalam cuaca amat cerah. Langit biru. Awan pun tidak kelihatan. Bagus untuk bawa yaasir (1) jalan-jalan.

Ke taman permainan juga. Antara bukit layang-layang dan tasik itu. Tapi tempat duduk yg terhad. Dipenuhi dengan awek-awek indon yg muda lagi jelita. Amoi-amoi vietnam yg cun meletop-letop pun ramai juga. Mamat-mamat bangla masih tidak kelihatan.

Tapi me buat muka tak malu. Selit-selit di bangku itu. Antara merpati dua sejoli.

Alahai.

Categories: Family

kepiting, cumi-cumi dan udang kok

June 21, 2008 16 comments

tom yam seafood pizza to suit your taste
pizza hut, kluang

Minggu lepas, zLd, pembantu tempat me kan baru mula bertugas. Me sudah agih-agihkan kerja projek yg baru. Buat zLd sibuk.

Masa bekerja, sibuk juga me tanya zLd pasal tempat kerja yg lama. Di indon itu.

Cerita pasal makanan laut, baru me tahu. Dalam bahasa indon, kepiting itu adalah ketam. Dan cumi-cumi itu adalah sotong. Tapi udang tetap udang.

Alahai.

Categories: Food

friday open mic

June 20, 2008 16 comments

green background
food court, jaya jusco tebrau city

Setiap jumaat, me akan buka komen buat rakan-rakan yg best-best itu. Komen apa saja.

Alahai.

Categories: Ho Hum

more demand than supply

June 19, 2008 21 comments

very spacious for any shipment
honda city, the power of dream

Dua minggu lepas me bawa ke pejabat. Bekalan rempeyek wak tunot itu. Tiga kotak, bersamaan tiga puluh peket.

Mula-mula permintaan memang perlahan sedikit. Tapi baru hari jumaat lepas sudah kehabisan bekalan itu. Ditambah pula orang-orang belanda dipejabat yg sudah ketagihan rempeyek. Awek-awek jelita jabatan sumber manusia pun siap tempah-tempahan.

Sebenarnya me tidak larat nak ke rumah wak tunot itu. Nak ambil bekalan rempeyek itu. Bandar kluang bukannya dekat. Kena buat perancangan awal dihujung minggu. Tapi nasib baik ada van unser buruk me yg itu. Boleh diisi sepuluh kotak rempeyek. Harga minyak pun sudah naik. Ada alasan nak naikkan harga rempeyek pula.

Alahai.

Categories: Food