Archive

Archive for July, 2008

dragon is the name

July 31, 2008 14 comments

rugi la sopo seng orak doyan siput, di tutul karo sambel kicep
rumah panjang sedi, sarikei

Me nak cerita pasal negeri sarawak lagi. Kawan-kawan janganlah terpengsan pula ya.

Pasal siput naga. Sejenis kupang juga. Makanan laut yg eksotik dan mahal.

Ditangkap ditepi laut yg landai. Dibawah pasir yg halus. Perlu kepakaran penangkapannya. Biasanya dilakukan oleh orang melayu sarawak yg tinggal di tepi pantai tentunya.

Tapi me tidaklah suka makan siput naga itu. Macam kupang, lala, siput sedut. Geli beb.

Alahai.

Categories: photography

chelsea mudah ratah malaysia 2-0

July 30, 2008 7 comments

tuku tiket ndewe, lungo ndelok nang stadium ndewe
stadium shah alam, negeri selangor

Semalam pagi-pagi me terbaca dalam suratkhabar the star itu. Ada perlawanan persahabatan. Kelab bolasepak chelsea melawan pilihan malaysia. Me teruja nak pergi tengok.

Petang semalam juga, me bergegas ke kedai rock corner, mid valley. Sempat beli satu tiket sahaja.

Lepas maghrib, me terus ke stadium shah alam. Memang ramai orang. Tapi tidaklah penuh stadium. Yg tidak dapat masuk ramai juga. Terkapai-kapai di luar pagar stadium.

Sebenarnya me bukanlah kaki bola. Me datang sekadar tangkap gambar sahaja. Bukannya selalu.

disepak e alon-alon
stadium shah alam, selangor

Alahai.

Categories: games, photography

thank you

July 30, 2008 3 comments

seneng manggon nang ngalas (udhu cerito seng ngisor)
sedi, sarikei, negeri sarawak

Antara tugasan kerja me adalah menjadi pegawai perlesenan. Untuk perisian 3 dimensi di syarikat me yg ini.

Semalam, ada pereka itu lambat masuk ke pejabat. Kesemua 34 lesen perisian sedang digunakan oleh pereka lain.

Jadi, me terpaksa lepaskan lesen yg me sedang gunakan.

Bila pereka itu dapat menggunakan perisian itu, dia balas balik,

danke schön..

Memang me tak faham. Me ingat bahasa belanda. Atau bahasa perancis. Yg pasti bukan bahasa jawa. Tapi bila me periksa di internet. Rupanya bahasa jerman.

Alahai.

Categories: Friends

motivasi aliran pelajar

July 29, 2008 5 comments

wong pinter ngomong nggowo kereto audi
malaysia productivity corporation, tampoi

Minggu lepas, me hantar aTi hadiri kursus motivasi aliran pelajar. Di dewan mpc, bandar baru uda.

Kursus tiga hatus hinggit selama dua hari. Di akhir sessi, ibu bapa dijemput mendengar taklimat. Memang menyentuh perasaan. Emosi gitu.

Nota: Sebab ramai yg bertanya. Gambar terkini pasal kuih lapis sarawak dan gula-gula lada hitam ada di entri sebelum ini.

wong pirang-pirang seng teko, tapi aku kok orak temu nekebayan kaie

Alahai.

Categories: Family, photography

pulau pisang bercabang dua

July 29, 2008 12 comments

mangan pisang goreng yok
perarakan pesta floral, teluk danga

Kelmarin me tertengok majalah tiga di tv3 tentunya. Cerita berkenaan pulau pisang, pontian.

Sememangnya dari kecil, kalau ke pantai pontian itu, me akan nampak pulau pisang. Sayup-sayup nun disana.

Pulau warisan bugis dari sulawesi itu. Keturunan lanun juga adanya. Mungkin ada yg marah. Tapi hakikatnya begitu, cerita dari orang tua-tua.

Tapi majalah tiga telah menunjukkan keadaan pulau pisang sekarang. Lagi dekat dan eksklusif. Kontroversi rumah api yg dibina oleh bekas penjajah yg durjana itu. Kini dijaga dan dibangunkan dan dipagar oleh negeri pulau liliput yg baru memiliki pulau yg itu dgn angkuh dan sombong.

Adakah kita akan berputih mata lagi.

Alahai.

Categories: property

malaysia flora fest 2008

July 28, 2008 13 comments

ora perlu ayu ayu, sing penting manis tur enak didelok
teluk danga, johor bahru

Atas bisik bisik senggol senggol nenekebayan yg vogue itu. Me memang bersiap sedia ke teluk danga. Ada perarakan pesta flora.

Selepas menghantar aTi menghadiri kursus motivasi aliran pelajar di mpc, tampoi. Me terus ke teluk danga. Mencari tempat letak kereta yg sukar. Memang ramai orangramai. Fotografer yg mancongkam pun ramai juga.

Memang meriah. Corak-corak beruniform berbagai rupa. Kereta dan lori yg berhias juga. Orang-orang kenamaan juga yg merasmikannya.

Terimakasih nek kerana membuat hari minggu me tidak membosankan. Tanpa nek yg itu, siapalah me yg ini. Ammvoiii, kannns.

Alahai.

Categories: photography

landscape & garden malaysia 2008

July 27, 2008 14 comments

ijo pirang-pirang
tasik perdana, kuala lumpur

Kelmarin me pergi ke tasik perdana. aJi pun ikut sama. Lepas waktu bekerja.

Sebenarnya me yg sampai dulu. Tapi me tidak minat hiasan laman gitu. Dan me tidaklah ronda satu tasik yg luas itu. Me cuma pergi ke taman herba. Ada tongkat ali dan kacip fatimah tentunya.

Sabtu pagi semalam, me singgah ke teluk danga. Atas nasihat blogger itu. Ada perarakan flora pula. Esok me cerita ya.

seng kiri: labisia pumila (kacip fatimah)
seng kanan: eurycoma longifolia (tongkat ali)
laman 2008, tasik perdana, kuala lumpur

Alahai.

Categories: photography