Archive

Archive for September, 2008

next station

September 30, 2008 8 comments

cannot stop the train

Tengahari semalam, dari pejabat me bawa kaum kerabat naik lrt itu. Dari ampang park ke stesen paling akhir, kelana jaya. Harga tiket pergi dan balik ialah RM4.20 seorang.

Memang aQi (kanan) dan aBo teruja.

Alahai.

Categories: Travel

sky bridge

September 30, 2008 5 comments

color me confused and frustrated

Semalam pagi, me cadang hendak memanjat jambatan langit klcc (kuala lumpur city center) itu.

Bila me sampai, baru me tahu bahawa tiada lawatan pada hari isnin. Dan esok pula tidak dibuka disebabkan hariraya aidilfitri pada hari rabu. Jambatan langit akan dibuka untuk lawatan semula pada hari sabtu.

Jadi, me cuma ambil gambar di perkarangan taman klcc yg menarik itu juga. Sebelum me kembali bertugas seperti biasa di pejabat me yg berdekatan.

capturing visitors in the park
klcc front garden, kuala lumpur

Alahai.

Categories: photography

old johor fort

September 29, 2008 13 comments

old johor fort

Memang tujuan me ke telok sengat kelmarin itu hendak melihat kota johor lama juga.

Tiba diperkarangan kota johor lama, ada replika istana kecil. Seperti muzium, didalamnya ada pelbagai pameran. Informasi tentang kerajaan johor lama selepas kejatuhan kerajaan melaka ditangan portugis. [+ jabatan muzium malaysia ]

Dibina dalam tahun 1540 di zaman pemerintahan sultan alauddin riayat shah II. Selepas kerajaan johor generasi ketiga di kota sayong [+ makam 7 ].

Dalam tahun 1587, kota ini jatuh ke tangan Portugis. Keseluruhan kota ini dibakar dan harta benda termasuk senjata di rampas.

Menarik juga. Ada pertunjukan video, dan filem klasik ‘sultan mahmud mangkat dijulang’ lah yg banyak dirujuk.

old johor fort museum
the last picture is the temenggung johor or bidan mausoleum found further outside of the museum

Alahai.

Categories: Travel

telok sengat

September 28, 2008 12 comments

the two bridge towers will be completed soon
teluk sengat, kota tinggi, johor, malaysia

Hari sabtu semalam, me pergi jalan-jalan wisata ke telok sengat, kota tinggi. Me pernah pergi dulu, tapi tidak ingat bila.

Tapi kali ini me hendak melawat peninggalan sejarah kota johor lama. Dan melihat perkembangan projek pembinaan jambatan yg merentasi sungai johor. Lebuhraya baru dari senai – pasir gudang – desaru itu.

Memang kelihatan jelas dari pekan telok sengat, dua menara jambatan yg besar lagi tinggi. Dari perkampungan nelayan kongkong (masai) melimpasi pulau duyung. [+ pandangan dari kongkong ]

Kalau sudah siap nanti, tidak perlulah me limpas bandar kota tinggi yg selalu ditenggelami air bila banjir. Sila baca lagi entri dibawah atau di SINI.

Alahai.

Categories: Travel

tanjung buai

September 28, 2008 Comments off

between telok sengat and tanjung buai [+ view from the other side, kong kong ]

Di telok sengat, me bertanya dua orang abang yg sedang sembang-sembang sambil maki hamun mencarut pihak jabatan mana entah. Me hendak tahu kalau-kalau ada jalan untuk melihat lebih dekat jambatan yg sedang dibina itu.

Abang-abang itu seperti tahu suruh me ikut jalan menuju ke tanjung buai. Walaupun abang yg seorang itu lagak seperti anggota polis yg garang suaranya.

Malu bertanya sesat jalan. Tapi bila sampai disimpang empat seperti yg ditunjukkan, me pula keliru.  Terpaksalah me bertanya kepada mat rempit yg kebetulan limpas disitu bah. Sembilan kilometer jauhnya dari situ, kalau ikut papantanda.

Bila sampai di tanjung buai, tiada yg menarik. Hanya beberapa rumah nelayan. Cuma me terpegun melihat kapalterbang gergasi yg terbang rendah setiap dua minit mendarat ke lapangan terbang changi. Sungguh maju kan negeri liliput orang itu.

Memang lebuhraya baru (senai – pasir gudang – desaru) itu merentasi jalan yg me lalui tadi.

the entrance signboard, the jetty and the plane
tanjung buai, kota tinggi

Alahai.

Categories: Travel

cenderahati premium, ikhlas dari me

September 26, 2008 26 comments

guaranteed by the government

Alhamdulillah. Kelmarin me sudah pun kirimkan kad raya pada kawan-kawan yg sudi beri nama penuh dan alamat rumah. Juga duit raya yg tidak seberapa nilainya sebagai kenangan. [+ entri kelmarin ]

Walaupun begitu, ada yg bertanya tentang baucer BSN cenderahati premium yg me berikan.

Baucer tersebut hendaklah kawan-kawan bawa ke mana-mana kaunter BSN (bank simpanan nasional) seluruh negara. Kerani BSN akan menggantikan baucer tersebut dengan sijil yg sebenarnya, lengkap dengan nama dan nombor kad pengenalan serta alamat kawan-kawan yg terkini. Perhatian juga, sijil tersebut tidak boleh ditunaikan (atau diganti dengan wang tunai) sebelum tempoh matang selama 45 hari.

Sekali lagi, diatas keperihatinan dan sporting kawan-kawan, me ucapkan ribuan terimakasih juga. Tanpa kawan-kawan yg best-best itu, siapalah me yg ini.

Selamat hariraya aidilfitri, maaf zahir bathin.

Pasca nota: permintaan kad raya dan duit raya telah ditutup. Segala bentuk rayuan tidak akan dilayan.

Alahai.

Categories: Friends

tgif

September 26, 2008 10 comments

klcc tower in between nikko hotel and citibank
jalan ampang, kuala lumpur

Hari ini hari jumaat. Hari ke dua poh enam kita berpuasa. Lagi empat hari kita akan beraya. InsyaAllah.

Me nak ucap selamat berhujung minggu dan selamat hari raya aidilfitri buat kawan-kawan me yg best-best itu. Juga me nak pantun sikit dalam bahasa jerman:

Godok ketupat neng ngisor ondo,
Godonge nipah digawe atep;
Salah silap me njalok ngapuro,
Ketemu meneh neng taun ngarep.

maksudnya, me minta maaf zahir bathin kalau ada salah silap terkasar bahasa.

Dan petang ini, me kena ambil aDm di asrama kolej matrikulasi melaka londang itu.

Alahai.

Categories: photography