Archive

Archive for October, 2008

sesi jumat (masjid kg baru)

October 31, 2008 12 comments

masjid jamek kg baru, kuala lumpur [+ wikipedia ]

Tadi me bersembahyang jumaat di masjid kampong baru.

Sebenarnya, pertama kali me sembahyang di situ. Leceh sungguh nak ke sana, walaupun tidak jauh sangat dari pejabat me. Walaupun me berskuter, tapi banyak sangat simpang siur dan jalan sempit yg mencabar.

Cerita lain, tajuk entri me sepatutnya ditulis ‘sesi jumaat’. Tapi gasaklah kan.


in and out

Alahai.

Advertisements
Categories: myself

sesi jumat (bangunan tabung haji)

October 31, 2008 14 comments

tabung haji building [+ wikipedia ]
jalan tun razak, kuala lumpur

Jumaat lepas, me sembahyang di surau bangunan tabung haji, jalan tun razak itu. Me bawa kamera digital ixus 50 yg ciput itu.

Sebelum solat jumaat berjemaah, ada bacaan al-quran.

Selepas solat, macam biasa me singgah di kafeteria. Pekena nasi beriani.

the surroundings, in and out

Alahai.

Categories: myself

kasih ibu membawa kesyurga, kasih bapa tiada tolok bandingnya

October 30, 2008 25 comments

they call him the infamous “wak sabah”

Me pernah cerita dulu, me ada banyak persamaan dengan bonda dan aBo (7). Dari segi perwatakan dan pertuturan.

Tapi dengan ayahnda memang jauh berbeza. Pendapat juga kekadang tidak sama.

Cerita lain, me sudah kerja dua bulan di syarikat yg ini. Tapi gaji belum lagi dapat. Kejam kan.

[+ salasilah haji masrom ]

Alahai.

Categories: Family

jejak samerin: part deux

October 30, 2008 19 comments

‘SAMERIN’ made Ahmad a millionaire [+ the real news ]
archive from utusan malaysia

Alhamdulillah. Memang benar kata pepatah, ‘kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.’

Begitulah hakikatnya ekspedisi me mencari bahan arkib tentang jutawan muda melalui peraduan kuiz tv more jutaria, ahmad samerin. Berjaya juga akhirnya.

Setelah empat hari empat malam bertapa didalam dewan arkib negara sambil melayan kerenah kerani kaunter yg asyik cerita ‘ibu mertuaku’ dan ‘ibu mertuamu’ itu. Me ketemu berita yg pernah menjadi sensasi suatu waktu dahulu. Dan masih sekarang.

Walaupun pada mulanya me mencari pada suratkhabar ‘berita harian’, namun oleh kerana arkib negara tidak mempunyai simpanan kesemua tarikh. Maka, pada ‘utusan malaysia’ jugalah yg me ketemukan.

Cerita berkaitan, ramai kawan-kawan yg tanya kenapa me beria-ia benar sanggup bersengkang mata siang malam mencari maklumat ahmad samerin yg jutawan yg sudah berzaman itu. Jawapan me senang saja – no reason thank you. Volllee gitteww, ammvoiii.

[+ part une | part trois | the archive ]

Alahai.

Categories: nostalgia

my nice nieces

October 29, 2008 12 comments

my nieces’ wedding
kampung seri merlong, rengit, batu pahat

Sabtu lepas, me pergi jemputan anak saudara perempuan me kahwin. Dua orang sekali.

Me sampai awal bersama ayahnda dan bonda me. Memang cadangan me hendak beraya sekali ke rumah abang sepupu di parit jambi darat sambil melihat kebun me. Dan juga menziarah emak saudara me yg tinggal di parit abas. Tapi kedua-dua mereka tiada dirumah.

ferris11.gif More pictures on flickr.


very nice

Ralat: bukan anak saudara, tapi sepupu. Maaf me diatas salah taip.

Alahai.

Categories: photography

jejak samerin: part une

October 29, 2008 22 comments

the first round was the second last
the archive: utusan malaysia (arkib negara kuala lumpur)

Setelah empat hari empat malam me bertapa di arkib negara jalan duta itu. Akhirnya, me jumpa juga berita klasik tentang pemenang kuiz More Jutaria.

Sebelum encik ahmad samerin memenangi wang tunai sejuta hinggit malaysia di rancangan kuiz tersebut. Encik mohd fazid nordin juga hampir memenangi hadiah lumayan itu.

Walaubagaimanapun, beliau hanya membawa pulang tiga poh satu hibu hinggit. Tapi banyak juga kan.

[+ part trois | part deux | the archive ]

Alahai.

Categories: nostalgia

jejak kasih

October 24, 2008 45 comments

next time, please bring your own pencil lah

Kawan-kawan me yg best-best itu. Me cuma nak bagitahu. Me hendak cuti memblog mulai hari ini. Boleh kan.

Me hendak mulakan ekspedisi mencari maklumat tentang jutawan ‘ahmad samerin’ yg menang sejuta hinggit malaysia dulu itu. Rancangan tv More Jutaria di RTM1. Tapi me tidak tahu bila tarikh berita itu. Sedih kan.

Sambil me hendak pantun sikit:

pucuk pauh delima batu.. ammvoiii makcik su tewww
anak sembilang ditapak tangan; tepuk tepuk
sungguhpun me jauh beribu batu .. ekeke, kat gombakk jakks
hilang dimata, dihati uooolsss jangan..

Alahai.

Categories: Ho Hum