Home > Travel > Sekali Menginjak Gas, 5 Negara Bagian Terlampaui

Sekali Menginjak Gas, 5 Negara Bagian Terlampaui

Pengenalan

now everyone can fly one uooolsss

Ini bukan entri tagging ya kawan-kawan. Entri ini terbentuk dari insipirasi blog pak yiskandar – [ Sekali Menginjak Gas, 8 Negara Bagian Terlampaui ]

Hari Sabtu lepas, me menghantar bBk me pulang bercuti ke kampungnya di palembang, indonesia. Oleh kerana penerbangan air asia tiada laluan ke palembang dari senai, maka me kena hantar ke lcct (terminal tambang murah) di sepang itu.

Entri kali ini me akan ceritakan detik-detik perjalanan me melalui lima negeri di semenanjung. Me lalu ikut jalan lama, bukan lebuhraya yg bertol itu. Dari menginap di kuala lumpur, sampai ke lcct sepang, negeri selangor, menuju ke asrama aDm di londang, negeri melaka, melimpasi negeri sembilan, dan pulang ke negeri darul takzim.


Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

steamed cassava with hot & spicy anchovies sambals and sweetened grated coconut

Hari jumaat petang, me sudah tiba di crown princess hotel, kuala lumpur. Biasanya me akan menginap di hotel puduraya yg murah. Tapi disebabkan jalan pudu yg selalu mancet banget. Lagipun crown princess hotel itu dekat dengan tempat me bekerja.

Malamnya me makan malam di naili’s di jalan sentul. Me pekena ubi rebus dan black pepper steak. Me pesan banana split dan air suam. Memang mancongkam juga.

Usai makan malam, me kembali ke crown pincess hotel yg terletak di jalan ampang itu juga. Dan di dalam bilik hotel, me cuba layari internet guna digi gprs me yg itu. Lambat macam siput babi. Dan me ada alasan untuk tidur awal malam itu.


Negeri Selangor Darul Ehsan


too fast too curious

Pagi-pagi hari sabtu, usai bersarapan di tingkat sepuluh di princess crown hotel itu, me pun berangkat ke lcct sepang. Jadual penerbangan bBk ialah jam 11.55 tengahari. Me ikut lebuhraya plus dan keluar di persimpangan nilai. Me tiba di lcct jam 9.30 pagi. Banyak lagi masa. Di dalam terminal memang banyak kaunter di buka. Ada lebih kurang 45 kaunter. Dan mencari kaunter penerbangan ke palembang memang mencabar. Akhirnya me mengalah juga, dan bertanya di kaunter pertanyaan di situ.

Di kaunter tiket air asia, me kena bayar sehatus lima poh hinggit kerana berat beg bBk yg lebih dari sepatutnya. Tapi bBk membawa bungkusan yg berisi mesin pengisar moulinex yg baru dibeli di tesco kelmarin ke dalam kabin. Nasib baik juga bBk tidak bawa lesung belanga periuk kedalam kabin kan.

Dipendekkan cerita, usai menghantar bBk di pintu keberangkatan, me singgah beli gula-gula dan cokelat di satu-satunya kedai emporium itu. Mula-mula memang hendak ke terminal antarabangsa yg satu lagi, tapi me nak bergegas ke asrama aDm.

Dari lcct, me singgah sebentar di litar lumba sepang. Kebetulan ada perlumbaan a1 sedang berlangsung. Me cuma ambil gambar dari luaran hingga ke pintu masuk saja. Tidaklah ramai orang seperti perlumbaan f1. Lagipun hari itu hari sabtu kan. Perlumbaan akhir akan berlangsung pada hari ahad macam biasa.


Negeri Sembilan Darul Khusus


going into the cape (old story)

Dari litar lumba sepang, me terus memandu menuju ke port dickson. Me kena limpas pekan sepang dan pekan lukut. Ingatkan me hendak melawat wisata di kubu lukut. Mungkin lain kali agaknya. Me tidak masuk ke bandar port dickson itu juga. Me ikut jalan tepi pantai, me limpas simpang ke tanjung tuan (cape rachado) yg me pernah singgah dulu. Me juga limpas tiara beach resort yg me pernah menginap dulu.

Sebelum tiba di pengkalan kempas dimana dulu me pernah melawat makam syeikh ahmad majnun, me pintas ke jambatan sungai linggi. Jambatan yg baru dibina dan tidak terdapat didalam buku peta yg me bawa. Dan melimpasi sungai linggi juga bermakna me sudah tiba di negeri melaka bandaraya bersejarah.


Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah


Ophidiophobia or Ophiophobia refers to the fear of snakes

Lepas sungai linggi, me terus memandu ke pengkalan baru. Me tengok jam baru pukul 1.50 petang. Me letih dan me berhenti berehat sambil terlelap di tepi pantai yg cantik itu juga. Me terjaga jam 2.15 petang dan terus ke asrama aDm di kampung londang yg tidak berapa jauh dari situ.

Di pendekkan cerita, me bawa aDm ke bandar melaka. Sebab di pekan masjid tanah, restoran yg ada kelas cuma kentucky fried chicken sahaja kan.

Walaupun sudah banyak kali me ke bandar melaka, tapi me masih keliru. Me hendak ke padang tapi me sesat di stadium kubu. Untuk ke destinasi, me kena patah balik dan lalu jalan sehala yg sempit juga.

Me singgah di depan bangunan merah ‘stadhuys’. Me tengok-tengok barang cenderahati di gerai-gerai yg banyak. Me ambil gambar wisatawan di pancuran depan gereja lama. Me tangkap gambar dengan ular sawa dan iguana macam biasa. Kali ini me dibenarkan tangkap gambar guna kamera sendiri. Tapi dengan bayaran lima hinggit.

Me cuba mencari tempat letak kereta di dataran pahlawan. Parking bawah carrefour pun sudah penuh. Me parking di luar di dalam petak yg sedia ada walaupun orang lain letak kereta sebarangan sahaja.

Di dalam dataran pahlawan, me makan tengahari di johnny’s itu. Makan steamboat yg biasa.

Usai makan, me jalan-jalan di dalam pusat beli belah itu sahaja. Ada pameran dan promosi ejen-ejen pelancongan. Ada tawaran percuma tiga hari dua malam di mana-mana. Tapi penuh kelicikan dan tipu muslihat gitu. Me tidak layan gitu. Ada juga pameran dari zoo melaka yg membenarkan me bergambar dengan reptilia ular itu tanpa bayaran.

Lepas penat jalan-jalan disitu, me keluar ke tempat parking van buruk toyota unser me yg tadi. Me perasan me kena saman oleh majlis perbandaran negeri melaka. Mula-mula me bengang juga, tapi memang tempat letak kereta berkupon gitu. Dan untuk membayar saman itu, me kena ke pejabat majlis perbandaran melaka pula pada hari bekerja. Boleh ke me bayar di mppj?

Dalam perjalanan keluar dari kota melaka juga mengelirukan me. Tapi negeri melaka kan kecil saja, walaupun sesat ke mana pun, akhirnya kita akan bertemu jalan keluar.


Negeri Johor Darul Takzim


gas price drop does not spark usage increase
ayer hitam

Selepas hantar pulang aDm di asrama londang, me terus pulang ke negeri darul takzim. Tapi kali ini me ikut lebuhraya bertol. Masuk lalu persimpangan ayer keroh. Hampir disetiap hentian rehat lebuhraya me berhenti. Lelap barang sepoh hingga tiga poh minit kerana terlalu keletihan memandu seorang diri.

Arakian, me tiba di rumah jam 1 pagi. Alhamdulillah semuanya selamat sampai. Termasuklah bBk yg tetiba telefon pagi-pagi hari, kata sudah sampai dikampungnya. Kedengaran bunyi riuh rendah diganggang telefon, mungkin bBk me sedang membahagi-bahagi duit gaji beliau yg berjuta-juta hibu ghupiah pada sanak saudaranya.

Alahai.

Categories: Travel
  1. November 26, 2008 at 12:31 am

    En_me,
    U reomind me of an actor dalam citer HOME IMPROVEMENT. Sepanjang citer tu, muka dia mesti dicover oleh something. Ngan bukulaa, ngan pagarlaa… apa2 asalkan muka dia tak terexpose….

    me tak pernah tengok citer tewwww.. tapi me tak pernah letak buku atau pagar depan muka me kannns.. ammvoiiii

  2. November 26, 2008 at 12:32 am

    En_me,
    U remind me of an actor dalam citer HOME IMPROVEMENT. Sepanjang citer tu, muka dia mesti dicover oleh something. Ngan bukulaa, ngan pagarlaa… apa2 asalkan muka dia tak terexpose….

    wah, double shot gittewww..

  3. November 26, 2008 at 1:12 am

    salam rabu en.me..
    wah2..dah mcm blog perlancongan plak entry2 en.me kali ni
    best jg ye cite psl negeri2 kat msia
    sume ada speciality masing2..
    saya tak pernah gi sabah & terengganu je lg..hehe

    pergi larrr cuti cuti malaysia.. semuanya ada dinegara kiterrr.. (macam iklan radio larr fulakkks, ehehe)

  4. November 26, 2008 at 5:05 am

    Uikss…. aku pulak yang lenguh dengar, fuh!

    jommm ngetehh.. ekeke

  5. November 26, 2008 at 6:41 am

    hej! en_me…whoaaaaaaahhhh…five states, one parking ticket and four words i did not understand: usai, limpas, wisata, wisatawan…a great adventure…;-)

    abang danial itteww, ko kena tengok kamus dewan larrr.. tapi takperr, me tulis kat sini jerr nooo..

    usai = sudah selesai, berakhir, bubar, beres, siap
    limpas = (Brunei, Sabah) lalu di
    wisata = dr ‘darmawisata’ (Indon) melawat sambil belajar beramai-ramai, melancong
    wisatawan = (Indon) pelancong

    volleee gittewww..

  6. November 26, 2008 at 7:36 am

    best nyer tahu jalan2 kat mesia nih.. huhu..

    memang best gittewww.. jom jalan jalannns..

  7. November 26, 2008 at 8:44 am

    wahh suke ek bibik haha..
    so bile bibik balik malaysia pulak😀

    bulan depan.. gitteww

  8. November 26, 2008 at 9:06 am

    alhamdulillah…usai (pinjam aaa jgn. marah) membaca En3 ini, saudara saya kang ME akhirnya sampai ke destinasi ngan selamat..harus saya hampir-hampir khawatir akan keselamatan Kang ME…alhamdulilah dipenghujung cerita…semuanya selamat..dan bibik indon juga selamat…Alhamdulilah…

    alhamdulillah, ustaz ittewww.. selamat mboco karangan ku seng sembrono iki.. ehehe

  9. November 26, 2008 at 9:21 am

    en_me… jangan konpius… ke obersea pun, bukan best sangat kalau ke obersea takder elaun. yang ada, boleh claim makan, hotel dan yang ber-resit je. dan baru je 2 kali pegi. kali ni pegi pun sebab dah takder orang. kalau ada orang, mungkin xpegi kot.
    saja nak carik angin baru dan paycheck baru. sekarang ni, asyik defisit je. selain nak carik yang kerja lebih specific scope. sekarang ni, semua buat.

    oic, gittewww erkkk.. ingatkan dimana bumi dipijak langit dijunjung, dimana syarikat kita kerja, disitu kita jadi kuli sampai bila-bila.. ehehe..

  10. fiza
    November 26, 2008 at 9:38 am

    kelihatan menarikla en_me… seronoknya…

    dapat saman sonok katernyerrr.. very derr.. uhuhu

  11. isnsuhada
    November 26, 2008 at 10:25 am

    wahh..kalau ader ikan kering masa mkn ubi rebus tu mesti lagi besh kannnn..

    nak nak kalo musim ujan .. kannns..

  12. November 26, 2008 at 10:54 am

    ~ ubi tuh menduga la di saat2 musim hujan nih. tetiba teringat kat kampung.. ~

    kampung yg jauhh dimaterrrr.. kannns

  13. November 26, 2008 at 12:12 pm

    tq en_me… nampak dah cc tadi. tapi nampak cam takder attachment je.

    many sori about that.. me dah resend lagi sekali dgn attachment ur cv tewww..

  14. suw
    November 26, 2008 at 12:19 pm

    nmpak sedapla ubi rebus tu..lapor lak nengok

    memang sodappp.. me tells u one uooolssss..

  15. November 26, 2008 at 12:37 pm

    Salam tengok gitewwww.

    gitewww larrr..

  16. November 26, 2008 at 12:50 pm

    berjalan sakan yea..

    jommm jalan jalannns adek chomeyyy tewww..

  17. November 26, 2008 at 1:46 pm

    ape hal tak bagitau ada kat lcct? aku kat situ2 jer..(hehehe..mcm la serious aku ckap, kan..)

    iyolarr tewww..

  18. November 26, 2008 at 2:04 pm

    En_me….saman dah bayor ke belum….kuikuikui..

    tunggu malammmm skittt.. uhuhu

  19. November 26, 2008 at 2:12 pm

    jauh-jauh jalan en me eh

    sementara leh jalannns.. lagipung kan nak antor bBk me yg ittewww..

  20. meen
    November 26, 2008 at 2:13 pm

    hayyoooo..makan kat naili’s sentul tak ajakkkkkk…..

    aisehhh makanns ubi kayu jakkks..

  21. November 26, 2008 at 4:07 pm

    en me. lepas ni leh jln london lak.air asia x dah sampai sini.leh gi sini selalu.tiket sekarang cam goreng pisang panas

    memang me nak gi sanerrr.. tunggu maser dan ketikerrr.. entah2 ko pong dah balek kampong mesia.. volleee gittewww

  22. November 26, 2008 at 4:31 pm

    salam..fuyooo…macam model iklan petrol jer..ehehehe….

    ahaha, gitteww fulakkks katernyerr..

  23. November 26, 2008 at 4:47 pm

    waaahhh…banyaknye perhentian en_me itu….hihi

    banyak kerrr..

  24. November 26, 2008 at 7:58 pm

    pergh..jauh perjalanan luas permandangan e..berenti x kt 7 perhentaian

    berenti kat maner maner jer ..

  25. November 26, 2008 at 9:07 pm

    haha buat sambl belacan kot bawak lesung😄

    ahaha.. lawakk kannns

  26. November 27, 2008 at 4:35 am

    hej! en_me…ahaks…thank yew giteew…;-)

    no problem anytime bro..

  27. November 27, 2008 at 5:24 am

    amboiii….anta bbk pon sempat mkn angin lagiii….bestnyer bbk blk jadi OKB

    best kannns..

  28. November 27, 2008 at 6:58 am

    orang kata jauh perjalanan banyak pengalaman.. kena pula dengan kereta yg cukup selesa memang berdesup lah pegi nya..

    berdesup katernyerrr..

  29. November 27, 2008 at 8:58 am

    walau camne rendah pong petrol, NGV jauh lagi rendah ehehhehe.

    walau NGV jauh lagi rendah, oghang maseh nak lagi rendah sampai sanggup pasang tong gas modify sendirik sampai meletuppp letop gittewww.. kannns

  30. November 27, 2008 at 10:31 am

    kaktiny nampak bab makan kat johnny’s tu jer.. hehehhe.. nak pegi makan kat johnny’s gak minggu nih.. hahahha (walaupun sebenarnya tiap2 minggu pegi.. kuang kuang kuang…)
    naper tak buat explorace terus naik sampai perlis.. lagik mengancam.. hihihihi

    explorace kener tungguu larr.. me vukannyerr ader cuti cuti soklahhh one uooolsss..

  31. November 27, 2008 at 10:55 am

    nak ambil gambar pakai kamera sendiri pun kena bayar ker?..ker tuh cuma tempat perlancongan ajer?

    tak kesahlarrr kannns.. ader tempat lain yg langsung tak kasek pakai kamera sendiri.. hampehhh kannns

  32. November 27, 2008 at 1:41 pm

    owh, sungguh seronak perjalanan en_me itu. aku biasanya hanya melalui 3 negeri sahaja terengganu-pahang-johor. tapi pernah juga terengganu-kelantan-perak-kedah-perlis. kerap juga terengganu-pahang- selangor

    memang sonokkks.. tapi letih beb..

  33. November 27, 2008 at 2:54 pm

    rs mcm entry en me ni lebih pjg dari biasa. huhu. mcm gabung 6 entri dlm 1. 6 in 1😀 somehow, srnk kan jenjalan neh😀

    memang sonokkks.. jom jalan jalannnns tapi letehhhh sehh

  34. ciklynda
    November 27, 2008 at 11:24 pm

    wahh best nye ubi rebus mkn dengan sambal ikan bilis/sotong/udang…😀

    jomm jalan jalannnss..

  35. December 7, 2008 at 6:28 am

    very good😉

    spam ..

  36. faros
    December 24, 2008 at 4:00 pm

    Very beautifull subject with us please.

    ahaha, this is a spam..

  37. January 3, 2009 at 9:48 am

    naili’s place tu sepelaung aje dari rumah mak saya…dulu tempat tu jadi laluan setiap hari ke sekolah di Convent Sentul tu…
    Kira ‘kampung’ den la tuuuu!

    ahaha, bilerr nak banjerr kat naili’s tewww..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s