Archive

Archive for December, 2008

en_me, please take a break lah

December 31, 2008 92 comments

a java coffee break
kopitiam tesco seri alam, masai, johor

Hari ini sudah tiba dipenghujung tahun 2008. Esok tahun 2009 bermula.

Ini adalah entri terakhir me. Sedih kan.

Entri terakhir me untuk tahun ini. Jumpa kawan-kawan di tahun depan ya. InsyaAllah.

Sebenarnya me sudah mandi. Tapi me hendak berpantun lah pula. Boleh kan.

Kalau ada sumur diladang,
Boleh me menumpang mandi,
Kalau ada umur yg panjang.. ammvoiii
Boleh kita berjumpa lagi.. kannnns

Alahai.

Categories: Ho Hum

money can buy a house but not a home (chinese proverb)

December 30, 2008 45 comments

really nice sky view on top of my house

Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran. (Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. )

Atap rumbia perabung upih, rumah besar berdinding papan. (Barang yang baik dicampurkan dengan barang yang buruk.)

Beralih kain di balik rumah; beralih cakap di balik lidah. (Tidak menepati janji.)

Bagai bertandang ke rumah janda. (Bertamu ke rumah orang yang tidak memberi jamu apa-apa.)

Bagai berumah di tepi tebing. (Selalu dalam kekhuatiran.)

Naik ke rumah bercuci kaki saja. (Kahwin dengan tidak kena belanja apa-apa.)

Nan pekak pelepas bedil, nan buta pengembus lesung, nan bisu penggera ayam, nan lumpur penghuni rumah. (Tiap-tiap orang itu ada dengan gunanya; simbol persatupaduan yang kukuh. )

Negeri besar, rumah besar, berapa pun panjang perian (bekas buluh membawa air) takkan terantuk. (Orang kaya yang murah hati, biarpun banyak orang yang meminta pertolongan tiadalah ia akan jadi miskin.)

Dalam rumah membuat rumah. (Mencari keuntungan atas ongkos orang lain.)

Di rumah sendiri dapur tak berabu, ke rumah teman pergi berpasak seribu. (Suka bertandang dan makan di rumah orang.)

Dibenarkan duduk di serambi, hendak bermaharajalela di tengah rumah. (Diberi sedikit, lalu hendak minta banyak.)

Gajah terum (duduk) di tengah rumah. (Orang besar-besar bertamu ke rumah orang miskin, sehingga menyusahkan orang yang menerimanya itu.)

Kalau takut dilimbur pasang, jangan berumah di tepi pantai. (Kalau takut susah lebih baiklah jangan membuat sesuatu pekerjaan yang sukar-sukar.)

Terbakar rumah nampak asap, terbakar hati siapa yg tahu. (Karam singh walia – tv3)

Alahai.

Categories: property

awal muharram 1430

December 29, 2008 28 comments

masjid tengku tengah zaharah (a floating mosque)
kuala ibai, terengganu

Assalamualaikum wbth kawan-kawan. Hari ini 1 haribulan muharram 1430 hijrah.

Kepada semua muslimin dan muslimat yg dirahmati Allah sekelian. Agar dapat bertambahlah lagi ketaqwaan kita kepada Nya.

InsyaAllah.

Categories: myself

happy weekend my dear

December 27, 2008 28 comments

a colourful delux nite club
ampang park roof top no. 184, kuala lumpur

Selamat berhujung minggu ya kawan-kawan.

Me nak pergi meronggeng jap. Walaupun gaji bulan lepas belum me terima lagi.

Alahai.

Categories: Ho Hum

sehingga titisan minyak terakhir

December 26, 2008 36 comments

will not change it this time

Hari ini hari jumaat. Me sambung cuti.

Itu hari me sudah tengok-tengok tembak-tembak model cikcity yg terbaru. Ramai yg suruh me tukar. Ammvoiii – macam beli sayur gamaknya. [+ cik city baru ]

Hari ini me hendak langsaikan hutang bank cikcity me yg itu. Cikcity adalah kereta nombor tujuh me. Genap lima tahun me memakainya. [+ car experiences ]

Me ingat lagi, dulu setiap dua tahun me akan tukar kereta baru. Kereta buatan nasional. Sampai bonda me beri nasihat.

ko asyik tukar kete je. simpanlah kete tu.. prot pret prot pret

dan me lupa apa-apa yg bonda mengomel lepas itu. Keras kepala betul me.

Alahai.

Categories: property

buy nothing day

December 25, 2008 24 comments

juniper chinensis (blue pine, Chinese Juniper, 圆柏, 桧 )
infront of my house

Baru satu hari tidak kemaskini blog, rasa macam sebulan. Kata uncle kamal – ‘less blog a day, will keep friends away..’

Hari ini hari natal. Cuti umum.

Me cuti lima hari sampai isnin depan. Boleh gitu.

Tapi me hendak tunjuk pokok ru yg me tanam depan rumah. Kebun kecil sekangkang kera itu. Pokok ru yg serupa dengan pokok krismas. Ada empat pokok me tanam. Semakin membesar.

Gambar atas gambar terbaru me ambil minggu lepas. Kebun jiran melayu sebelah dijaga oleh nenek yg rajin berkebun setiap hari. Bandingkan setahun yg lampau yg dipenuhi semak samun seperti gambar dibawah.

(insert pokok ru)

keep your garden to yourself

Alahai.

Categories: works

bunga-bungaan liar: part cinq

December 23, 2008 Leave a comment

i dont know the name
around my housing estate area

Ini adalah entri terakhir me. Sedih kan.

Entri terakhir siri berkenaan ‘bunga-bungaan liar’. Untuk hari ini.

Terimakasih kerana singgah-singgah, jenguk-jenguk, komen-komen blog me yg ini. Tanpa kawan-kawan, siapalah me yg ini.

Sila komen entri dibawah [+ part une .]

Categories: photography