Archive

Archive for February, 2009

the last entry

February 27, 2009 63 comments

random photos from the last two months

Esok sudah tiba dipenghujung bulan febuari. Sudah dua bulan di tahun 2009. Sekejap saja di tahun baru rasanya.

Ini adalah entri terakhir me. Sedih kan.

Entri terakhir me untuk bulan ini. Jumpa kawan-kawan di bulan depan ya. InsyaAllah.

Sebenarnya me sudah mandi. Tapi me hendak berpantun lah pula. Boleh kan.

Kalau ada sumur diladang,
Boleh me menumpang mandi,
Kalau ada umur yg panjang.. ammvoiii makcik su tewww
Boleh kita berjumpa lagi.. kannnns

Alahai.

Categories: Ho Hum

souvenirs from yginsaf.com

February 26, 2009 49 comments

souvenir t-shirts are supposed to be worn (minus the green one)
orchid valley, kangkar pulai

Rupanya ramai yg pelik kenapa ‘princess_n‘ yg muda jelita itu mendapat hadiah baju t-shirt dari me. Ramai yg salah faham.

Sebenarnya bukan ‘princess_n‘ sahaja yg terima. ‘Penyubiru‘, ‘shaffik‘, ‘ciksha‘, ‘nono-love-nono‘,  ‘ikhmar‘, dan ‘zara‘ juga. Tempohari masa me hendak ke seberang lautan, ramai kawan-kawan yg teruja hendakkan cenderahati.  Me tidak tanya pun. Terutamanya yg bergoleng-goleng meminta-minta di entri ‘sudah kena kepala saya‘ itu.

Asalnya tempohari me hendak buat peraduan. Tapi me sudah serik – me bukan ‘ulat nangka terhempas ke batu.’ Dulu pernah me buat peraduan, tapi pemenang yg berjaya sudah gedik-gedik dan buli-buli me kata tidak hendak hadiah pula. Sedih kan.

Dipendekkan cerita, me sudah pun poskan baju-baju cenderahati pada yg meminta.  Diharapkan kawan-kawan berpuas hati dan me hendak ucap ribuan terimakasih juga. Tanpa kawan-kawan yg best-best gitu, siapalah me yg ini kan.

Nota tambahan: permintaan cenderahati itu telah ditutup. Sebarang rayuan tidak akan dilayan. He he he.

Akhirkata, ‘nak kaya berdikit-dikit, nak ramai bertabur urai,’ maksudnya ‘jimat dan cermat tangga kekayaan, murah hati tangga tuah.’

Alahai.

Categories: Friends

tag: cropping of me

February 25, 2009 21 comments

(insert deleted tag)

caricature of me (no more)

Tanpa disedari cek zara ‘the enigma’ itu telah mengetag me. Me kena layanlah juga.

The instructions:
1 – Take 3 photos at your own face area.
2 – Make sure that it’s been cropped.
3 – Each photo must have 1 or 2 parts of the face.
4 – Briefly explain about the pictures.
5 – Tag at least 5 person.

Gambar sebelah kiri diatas dari entri ‘caricature of me‘. Me tukar latarbelakang menjadi warna hijau. Gambar suntingan sebelah kanan adalah gambar asal karikatur itu.

The eyes. Mata sebelah kanan me yg lebih rabun berbanding kiri.

The nose. Tidaklah mancung tersorong-sorong gitu.

The mouth. Misai diatas mulut itu sudah beberapa hari tidak ditebas.

tadaaaaaaa… dah siap dah tag ni, tapi me tak hendak tag orang lain. Bukan hidup me hendak susah lagi menyusahkan orang lain. Voleee kannss?

Alahai.

Categories: Ho Hum

siapalah tak sayang bini.. kannns

February 25, 2009 55 comments

an automatic orient watch (heavily sponsored by mQ)

Rakan-rakan me yg sudah berjaya dalam kerjaya masing-masing, ramai yg pakai jam tangan rolex. Tapi jam tangan idaman me pula seperti yg pemain golf tiger woods pakai – tag heur. Harga hibu-hibu hinggit. Berangan memang sedap kan.

Sebenarnya me sudah lama tidak pakai jam tangan. Sejak jam-jam tangan itu kehabisan tenaga bateri. Malas sudah me hendak tukar ganti bateri baru.

Dan seperti biasa, me sudah lama jenguk-jenguk, singgah-singgah kedai-kedai jam di segenap pelusuk tanahair.

Ada dua jenis jam yg me minat – casio dan seiko. Jenis yg sederhana murah, tidaklah semahal jam rolex atau tag heur itu.

Tapi kelmarin, bila me singgah di kedai jam waktu ampang park. Me terpesona dengan jam otomatik jenis orient pula. Tidak perlu pakai bateri dan tahan calar, amoi kedai jam bilang.

Dipendekkan cerita, me pun sudah menjadi pemilik jam orient itu. Jadi, macamana me yg tidak pernah dengar dan kenal akan kewujudan jam tangan orient tiba-tiba membelinya? Me akan cerita nanti.

ORIENT Automatic Sapphire Collection CEM6V001B
Movement: Orient in house movement, 21 jewels, Automatic
Continuous Operation Time: more than 40 hours
Metal: Stainless steel case and bracelet
Size:  45 mm with crown
Water Resistant: 50m
Glass: Sapphire Crystal
Dial: Black
One Year International Warranty

Nota: entri me ini tiada kena mengena dengan entri adek ikhmar yg baru juga membeli jam.

Alahai.

Categories: property

i can do also

February 24, 2009 25 comments

looking at his big brother, yaasir (1) wants to do the same thing

Video dalam vimeo.

Alahai.

Categories: Family

freaky aQi

February 23, 2009 49 comments

he is friendly enough to make him creepy and sometimes has brought himself troubles too

Alahai.

Categories: Ho Hum

international kite festival

February 22, 2009 33 comments

a new attraction this year
kite’s hill, pasir gudang, johor

Petang sabtu tadi, me singgah ke bukit layang-layang. Sempena festival layang-layang antarabangsa ke empat belas itu. Esok hari kemuncak dan terakhir. Sultan johor dijangka mencemar duli seperti tahun-tahun lepas.

Memang meriah suasananya. Orang ramai pun ramai juga. Hendak mencari tempat letak kereta pun susah gitu.

ferris11.gif Gambar-gambar lain di flickr .

Alahai.

Categories: photography