Archive

Archive for March, 2009

bye bye

March 30, 2009 75 comments

all blacks
taman rasmi jaya, ampang, kuala lumpur

Ini adalah entri terakhir me. Sedih kan.

Entri terakhir me untuk bulan ini. Me hendak merempit dan ronda-ronda dengan motor skuter kesayangan me itu pula.

Sambil me hendak pantun lah sikit.

pucuk pauh delima batu.. ammvoiii makcik su tewww
anak sembilang ditapak tangan; tepuk tepuk
sungguhpun me jauh behibu batu .. ekeke, kat ampangg jakks
hilang dimata, dihati uooolsss jangan..

Alahai.

Categories: transportation

salam sayang

March 29, 2009 16 comments

a row of high quality shirts
at the lost world of tambun’s water theme park

Me cuma nak ucap salam sayang buat kawan-kawan semua. Esok dah kerja. Jangan lari-lari dari blog me yg warna warni ini ya kawan-kawan.

Sembang petang ahad.

Alahai.

Categories: humor

sudah terhantuk baru terngadah

March 29, 2009 23 comments

tot-a-long helps keep your child close by [+ safety1st.com ]

Hendak dijadikan cerita. Sehari selepas yaasir (2) menyambut harijadi. Me bawa ke pusat beli belah angsana tampoi itu.

Me yg ditugaskan menjaga yaasir telah cuai. Dlm sekelip mata, yaasir hilang dalam pusat beli belah yg ramai orang itu selama lima belas minit. Lima belas minit yg paling lama me rasa. Nasib baik terjumpa kembali. Terkinja-kinja dihujung sana.

Untuk mengelakkan kejadian serupa berulang, me sudah beli tali pengikat budak kecil yg nakal. Di toys r us, klcc. Moga-moga dapat dimanfaatkan.

Alahai.

Categories: Family

antara masai dan sakai

March 29, 2009 24 comments

our first day in japan (12th november 1989)
around the clock, back from left: mr oii, mr bang, mr quek, en juarimi, en sazali, mr siva, mr milupa, en hatta,
mr william

Bila cakap pasal ‘masai’, mesti korang ingat pasal orang asli afrika yg hitam legam. Bila cakap pasal ‘sakai’, mesti korang ingat pasal orang asli yg tinggal dalam hutan pahang. Bercawat dan topless saja. Jadi, sila abaikan tajuk ya kawan-kawan.

Minggu lepas, me dikejutkan di ‘wajah buku’ itu. Kawan sekerja yg pernah bekerja di syarikat pertama menegur me. Me memang terkejut gila. Hampir dua poh tahun tidak berjumpa.

Dipendekkan cerita, me sudah imbas album pertama gambar-gambar masa me ke jepun. Program latihan bekerja di bandar sakai, osaka selama enam bulan. Syarikat pembuat komponen basikal lumba dan pancing terkenal dunia. Shimano components (m) sdn bhd pekan nenas gelang patah mersing singapore.

Memang. Kawan yg me jumpa di ‘wajah buku’ itu tiada dalam gambar diatas.  Biarkan saja di ‘wajah buku’. Biarkan, biarkan. mas idura  facebook

Alahai.

Categories: nostalgia

friday open mic

March 27, 2009 49 comments

norlia binti abd hamid and husband
kampung melayu majidee, johor bahru

Setiap jumaat, me akan buka komen buat rakan-rakan yg best-best itu. Komen apa saja.

Alahai.

Categories: Ho Hum

sirah junjungan – tahajud cinta

March 26, 2009 34 comments

any form of media recording is prohibited (but i snapped it anyway)
istana budaya, kuala lumpur

Ini entri me ke sehibu satu. 1001 gitu.

Malam minggu lepas me sudah merempit ke istana budaya. Dgn skuter kesayangan me yg itu tentunya. Menyaksikan teater ‘sirah junjungan – tahajud cinta’, arahan erma fatima (pelakon hati bukan kristal 1989) yg kontroversi itu. Sempena hari maulidur rasul yg baru lepas.

Kebetulan ada penyanyi diva tersohor tanahair sebagai penyanyi undangan. Tentunya datuk siti nurhaliza di malam itu.

Sebuah teater yg menarik juga. Dengan props yg menawan. Menginsafkan me sebagai pengikut nabi muhammad shollallohu ‘alaihi wassalam.

Lepas ini, me hendak tunggu teater arahan linda rafar lah pula. Kena tunggu entri ke dua hibu dua nanti. 2002 gitu. He he he.

Alahai.

Categories: photography

my 1000th post

March 25, 2009 75 comments

Tanjung Rambutan is a main town in Kinta district, Perak, Malaysia. Hospital Bahagia, the oldest mental hospital in Malaysia is located here. Due to the presence of the mental hospital, this town is often associated with mentally ill people, especially in Ipoh. [+ wikipedia | yaperda ]

Kalau me pun malu cakap tinggal di tanjung rambutan. Lebih baik me bilang, tinggal di ulu kinta atau tambun gitu. Selain tanjung rambutan yg me baru limpas minggu lepas, tampoi (johor) juga terkenal dengan hospital untuk orang gila.

Bukan bermaksud me juga gila. Sebab entri ini adalah entri ke sehibu me. Bayangkan. Dalamasa dua tahun, me sudah buat sehibu entri.  Bermaksud, hari-hari me kemaskini blog. Pernah juga sehari sampai dua tiga entri me buat. Gila kah enchek me?

Secara statistiknya, blog me yg bertajuk ‘memang lumayan’ di wordpress ini telah dihentam sebanyak 880,226 hits. Dan terima 110,350 komen-komen. Tidak termasuk statistik blog lama me di eteman, geocities, tripod, angelfire dan blogspot.

Terimakasih kawan-kawan semua. Tanpa kawan-kawan me yg best-best itu, siapalah me yg ini kan.

ferris11.gif Gambar-gambar sekitar tanjung rambutan di aminus3.

Alahai.

Categories: Ho Hum