Archive

Archive for April, 2009

naper en.me lama tak online? x sihat ker?

April 29, 2009 58 comments

‘me-no-pause’ is what rya wants

Baru saja satu hari me tak buat blog baru, kawan-kawan sudah ada yg tanya. Risau gila. Rindu lah tu. Jadi, me nak buat pantunlah sikit. Pantun kah ini?

Berjuang melawan letih
Tak sanggup me lalui
Sekalipun terkoyak kelopak mata me yg baru dilasik tewww
Mencoba bertempur
Menghentam hati dan pikiran me tewww

Dan kurebahkan tubuh ini ke ranjang.. amvoiii

Masih dalam kekuatan sama
Harus ku dengar bait demi bait
Yang kau lantunkan
Meski jenuh telah melanda ku
ku tetap bertahan dihadapanMu
Hingga ku paksa mulut ini untuk berkata
padaMu tuhan dengan membisikkan
naper me lama tak online erk?

Alahai.

Categories: Ho Hum

the secret to building a popular blog – parte deux

April 27, 2009 75 comments

because you are friendly
on my neighbor’s house gate

Me ada seorang blogger ni. Pangkat pakcik juga. Hari-hari tanya bertubi-tubi.

enchek me, mcm mana nak bagi blog hit? bagi org masuk komen ramai?
x komen pun, takpa, janji meletup. cuba bagi tips sikit.

Tapi kalau tiada yg komen, macamana nak meletup? Sebenarnya, me yg ini tak pandai. [updated. 150826, me padam ayat ni nmpk sombongla pulak ;( ] Tapi, petua mudahnya macam ini ya pak andak.

1. letak gambar atau foto yg berkenaan topik
2.
guna ayat-ayat ringkas (walaupun gambar dah cun, ceritalah sikit weiii)
3. berkenaan realiti kehidupan
4. jangan terjah dan kutuk-kutuk sesiapa kalaupun kita benci sangat (jangan sebut nama)
5. jangan jaga tepi kain-kain ittewww
6. jangan gedik-gedik komen blog orang
7. kalau tahu orang itu blogger jenis kurang ajar, elakkan mereka
8. jangan gatal-gatal tulis blog pasal orang lain, sebab kat sini bukanlah tempat mengumpat gosip gitu
9.
blog lah selalu, hari-hari pun tidak mengapa (bak kata uncle kamal, less blog a day, will keep friends away)
10.
kalau nak pinjam gambar atau trademark dia dalam blog kita, tanya dia dulu (kan atok kanns)


and because you are so lovable
last weekend at pasir gudang lake

Alahai.

Categories: myself

salam sayang

April 26, 2009 25 comments

cinderella’s shoe
kampung melayu majidee, johor bahru

Me cuma nak ucap salam sayang buat kawan-kawan semua. Jangan lari-lari dari blog me sampai tertinggal kasut ya kawan-kawan.

Sembang petang ahad.

Alahai.

Categories: Ho Hum

bahasa seberang

April 26, 2009 18 comments

speak malay for dummy (pic taken by iphone)
at one of my phillipino friend’s working desks

Sebahagian tugasan me ditempat kerja ialah membantu designer-designer memastikan sistem tiga dimensi yg mereka gunakan berjalan lancar.

Dulu sistem tiga dimensi yg canggih ini di dominasi oleh rakyat tempatan. Budak-budak drafter yg dulunya menggunakan perisian autocad telah dinaiktaraf.

Tapi sejak kebelakangan ini, ramai designer dari filipina dan indonesia mula sama-sama mahir menggunakan perisian tiga dimensi ini. Pekerja-pekerja kontrak tentunya. Bukan pekerja kontrak binaan ya kawan-kawan.

Antara pekerja tempatan dengan pekerja filipina kami menggunakan bahasa inggeris tentunya. Tetapi antara pekerja tempatan dengan pekerja indonesia, ada juga yg berbahasa melayu dan campuran bahasa indonesia. Kan kita serumpun. Kekadang ada sesetengah daripada kita enggak mahu ngomong bahasa melayu. Terutamanya yg mempunyai ijazah. Lebih redha berbahasa inggeris. Bukannya kita sombong ya pak. Nanti kalau tersalah ngomong, kan lain maksudnya.

Contohnya seperti ini.


please don’t use these vulgar words in this country (pic taken from images google)

Alahai.

Categories: works

raja melewar

April 25, 2009 26 comments

raja melewar was the first yamtuan besar (equivalent to king) of negeri sembilan. he was a prince from the state of minangkabau in sumatra, indonesia. [+ wikipedia ]

Hari sabtu lepas, selepas dari warong cendol leman dawi di senawang. Me singgah di muzium replika istana raja melewar yg terletak di kampung astana raja, rembau, negeri sembilan. Seorang diri tentunya. [+ lokasi | rembau ]

Di papantanda diatas tertulis:

sejarah kedatangan raja melewar adalah kerana dijemput.. oleh kerana kerajaan johor yg pada ketika itu berada dlm keadaan yg huru hara ..

ferris11.gif Gambar-gambar lain di aminus3.

Tapi me pelik juga, makam raja melewar yg sudah di pagar rapi terletak di luar kawasan muzium tersebut. Me tidak sempat ambil gambar. Mungkin dilain hari me datang lagi. InsyaAllah.

Alahai.

Categories: Travel

western union

April 24, 2009 23 comments

service to your family
rest area in sungai perak, perak

Sudah lebih 8 tahun me guna perkhidmatan bibik (pembantu rumah). Bibik yg sekarang ialah bibik me yg ke enam.

Selama ini kalau bibik hendak hantar wang pulang ke indon, me akan buat pindahan saja dari maybank ke bank saudara bibik yg berkenaan. Biasanya, bri (bank republik indon). Perkhidmatan ini mengambil masa dua tiga hari baru wang tersebut dapat di pindahkan.

Tapi minggu lepas juga. Sungguh tak disangka – buah cempedak dah jadi nangka. Bila me berkunjung ke maybank ampang park. Pegawai bertugas (makcik perempuan) berkata,

enchek me kalau nak cepat, guna western union. Tapi western union maybank takdok. Kena pergi rhb bank (klcc).

(insert western union logo)Bila sebut ‘western union’, baru me perasan. Selama ini me berurusan di bank simpanan nasional (bsn) me selalu nampak logo ‘western union’ itu. Dan bsn terletak bersebelahan saja dengan maybank. Memang pegawai maybank itu kejam sengaja suruh me jalan jauh ke klcc. Macamlah dia baca blog me yg ini yg suka jalan-jalan jauh-jauh gitu. Menyampah kan kannns.

Dipendekkan cerita, bila me sudah buat pindahan. Malangnya bibik dan saudara bibik di indon pula yg panik. Sebab pertama kali guna. Tapi bila sudah keluarkan duit, memang mudah. Diceritakan cuma ambil masa selama 15 minit saja pemindahan tersebut. Tidak perlu tunggu dua tiga hari. Punyalah suka tahap angkasa bibik itu.

Alahai.

Categories: Bank

friday open mic

April 24, 2009 47 comments

still loyal to your blog
jalan tampin, negeri sembilan

Setiap jumaat macam biasa, me akan buka komen buat rakan-rakan yg best-best itu. Komen apa saja.

Alahai.

Categories: Ho Hum