Archive

Archive for May, 2009

berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian, lama-lama en.me jadi penatt

May 29, 2009 62 comments

from observation tower
tanjong piai, pontian, johor

Esok sudah mula cuti sekolah. Begitu juga blog me yg ini.

Dan dikesempatan ini (walaupun pun belum tiba hariraya), me memohon maaf zahir bathin sekiranya ada kekasaran bahasa semasa me komen-komen blog kawan-kawan me itu. Tanpa kawan-kawan yg best-best itu, siapalah me yg ini kan.

Sebenarnya me sudah mandi. Tapi me hendak berpantun lah pula macam biasa. Boleh kan.

Kalau ada sumur diladang,
Boleh me menumpang mandi..
ammvoiii makcik su tewww
Kalau ada umur yg panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.. kannnns

Untuk kawan-kawan semua, hati-hati di jalanraya. Majulah sukan untuk negara.

Alahai.

Advertisements
Categories: photography

my first entry

May 27, 2009 15 comments

(insert the first green)

from the observation tower
tanjung piai, pontian

Ini entri pertama me. Dalam blog ‘Memang Lumayan’ – siri keempat. Moga-moga kawan-kawan akan terus menyokong dan menjadi teman setia me sentiasa.

Untuk rekod, entri di blog terdahulu ‘memanglumayan.wordpress.com’ terkini:

1,067 entri, 14,071 komen, 113, 492 hentaman,  842 hentaman paling tinggi dalam sehari  (20/4/09)

Alahai.

Categories: green, photography

Then & Now: Tanjong Piai

May 27, 2009 49 comments

me and aDm (19)
left (1990) | right (2009) last weekend

Sudah lama me tidak ke tanjung piai di hujung sana. Memang sudah banyak berubah. Papan tanda itu pun sudah dialihkan, lusuh, buruk dan tersembunyi di tepi longkang pula.

aDm pun semakin tinggi daripada me. Bayangkan, lagi dua poh tahun. aDm mesti dah sama tinggi dengan pokok kelapa itu kan. He he he.

Nota kamus dewan edisi keempat: tanjung, bukan ‘tanjong’ (ms 1604) i hujung tanah yg menganjur ke laut (danau, sungai, dll).

Alahai.

Categories: nostalgia

monkey on my back

May 26, 2009 45 comments

me and aQi (11)
congratulations! you are now looking at the southern most tip of mainland asia – tanjung piai

Jalan-jalan me mencari pulau belum habis ya kawan-kawan. Setelah tiap-tiap hari hujung minggu yg lepas me terjah ke pulau banding (gerik), pulau sebang (tampin) dan pulau nanas (pasir gudang). Minggu lepas juga, me ingat nak terjah ke pulau merambong. Tapi me tak larat lah pula. Ramai sungguh yg tikam-tikam bakang me one uoolsss. Kampung terbakar nampak asap, hati terbakar siapa yg tahu kan.

Jadi, minggu lepas me singgah ke tanjong piai saja. Sudah lama juga me tidak ke sana. Penghujung selatan tanah besar benua asia itu.


walking around

Alahai.

Categories: Travel

contemporary art show 2009

May 25, 2009 51 comments

aku dalam kotak dan kotak dalam aku (5 panels ) – mohd fazli othman
oil on canvas, RM20,000

Hari sabtu kelmarin, me sudah bertandang ke pameran seni ‘iskandar malaysia contemporary art show 2009‘ di pusat belibelah danga city mall. Pameran yg terletak di tingkat empat dan masuk adalah percuma.

Berikut adalah pengalaman me ke sana. Fotografi juga tidak dilarang.

setiap kali hujan wairah dan zanita menangis – shooshie sulaiman
mixed media (2006)


right: bobby – zulkifli yusof
mixed media on canvas (2008)


left: fatamorgana # 2 : the state of confusion – ahmad fuad osman (2006)
center: the fate of this man lies in the hand of this woman – ivan lam (2007)
right: the first truculent argument between the aloof – ivan lam (2007)


gods, heroes & myths – justin lim
acrylic on canvas (2008)


jean series – mohd noor mahmud
mixed media on canvas (1988)


alun gabung segitiga iv – mohd safwan ahmad
wood, variable – RM 750 (2009)


mak nyahs (male transsexuals) in malaysia: the influence of culture religion on their identity – noraidayantee mustafa
paper patch work, variable size – RM3500 (2008)


ambiguous iii and ambiguous iv – chong ai lei
oil on canvas, RM5600 each (2008)

Informasi di laman lain: [+ thalhazlin | yazidhusain | komuniti pelukis hutan bandar | the star ]

Alahai.

Categories: arts

salam sayang

May 24, 2009 24 comments

she was born in sarawak
marrybrown fried chicken restaurant, plaza angsana

Salam petang ahad malam isnin. Me cuma nak ucap salam sayang buat kawan-kawan yg best-best itu.

Alahai.

Categories: Ho Hum

scooter time service

May 23, 2009 36 comments

no more next time
petronas gas station, toll sungei besi

Dua minggu yg lepas, me sudah servis motor skuter (6) kesayangan me yg itu. Tukar minyak hitam dan filter. Motor gear yg terhenggut-henggut pun me suruh tukar. Sebab kalau masa gear rendah, enjin terkejut-kejut gitu.

Dua tiga hari yg lepas, skuter me itu buat masalah lagi. Tidak boleh dimulakan dengan starter elektrik tangan. Kena start guna kaki. Sampai pecah tapak kasut me pula.

Semalam me sudah hantar kedai baiki motor. Tukar bateri, pengecaj dan alas brek tayar hadapan perlu diganti. Kos dua kali penghantaran dan baik pulih skuter = enam hatus hinggit. Aduhai.

Harap-harap skuter me itu tidak merajuk lagi selepas ini.

Alahai.

Categories: transport