Home > Food, photography, Travel > patin: part une

patin: part une

(insert patin buah)

patin buah (pangasius nasutus)
akuarium tunku abdul rahman, zoo negara

Sabtu kelmarin me sudah singgah ke zoo negara. Mula-mula naik trem keliling zoo. Kemudian jalan-jalan ke akuarium air sungai. Kemudian barulah tonton pertunjukan binatang jam 11pagi. ‘Multi animal show’ diceriakan dgn aksi pelbagai jenis burung kakaktua (macaques, macaw,) dan dua ekor singa laut.

Hari sabtu itu juga adalah harijadi agong. Daulat tuanku.

ferris11.gif Gambar-gambar lain di flickr dan aminus3.

(insert random zoo)

random photos inside zoo negara

(insert restoran sz rahmah)

close to nothing – sz rahmah restaurant
kampung paya pulai, temerloh

Me tertarik dengan cerita akak ruziawati itu. Tentang tempat makan ikan patin masak asam tempoyak.

Me sudah terjah hari sabtu yg lepas. Ke restoran sz rahmah terletak selepas bandar temerloh menghala ke maran. Bersebelahan stesen minyak bhp. Tapi tidak sangka juga, buah cempedak dah jadi nangka. Memang akak ruziawati ada bilang, restoran dibuka dari jam 12 tghari hingga jam 2 petang (2 jam sahaja – apa barang?) Bila me tiba jam 2.17 pm, restoran sudah ditutup. Tapi pelik juga, keadaan restoran yg gelap gulita. Tiada sekelibat manusia pun disitu. Seperti tahu-tahu ada orang jauh nak datang bawa cikcity buruk saja. Tapi me berfikiran positif juga. Mungkin tiada rezeki menjamu selera disitu agaknya.

(insert patin kak nita 2)

kedai makanan kak nita c2, temerloh

Lepas terlepas peluang hendak menjamah ikan patin di warung sz rahmah itu. Me berpatah balik ke bandar temerloh. Memang ramai umat manusia berpusu-pusu dan beratur di gerai makan di tepian sungai pahang.

Dipendekkan cerita, me pun merasa juga nasi campur dan ikan patin masak tempoyak untuk pertama kalinya. Pada me tidaklah mancongkam mana (habislah me kena bambu dengan orang temerloh yg fanatik dgn lauk ikan patin itu.) Hanyir dan masam begitu. Mungkin disebabkan me memang bukan penggemar tempoyak atau budu. Me rasa ikan cencaru cecah kicap cili perah asam limau itu lagi sedap. He he he.

(insert temerloh)

sungai pahang in temerloh

Selepas pekena nasi campur berlauk ikan patin masam, me pun tangkap-tangkap gambar di espalanade temerloh. Pemandangan yg menarik juga. Walaupun keadaan air sungai yg berkeladak macam teh tarik itu.

Diriwayatkan, bahawa bandar temerloh bermaksud ‘tempat mereloh’ atau tempat orang asli tidur.

Dan bandar temerloh terkenal dengan artis-artis spt dato’ siti nurhaliza (1979- ), sudirman hj arshad (1954-1992), dan sasterawan pak sako (1909 – 1991). Yg lain-lain tu, kawan-kawan carilah sendiri. Boleh?

(insert esplanade temerloh)

around esplanade temerloh

Alahai.

Categories: Food, photography, Travel
  1. June 9, 2009 at 1:14 am

    Alahai Patin… buat masak asam tumis sodappp tu…

    Lama gak akak tak pergi zoo negara. Harap-harap penghuni di dalam tu sihat-sihat.

  2. ayuikhwani
    June 9, 2009 at 3:37 am

    Wahh.. dah boleh bukak.. nape tak leh bukak ek seminggu nih?

    *sowi, sy bute IT*

  3. June 9, 2009 at 7:42 am

    owh. pertunjukkan binatang.. ada apa yg menarik? :D:D

    aksi kakaktua, macaques, macaw n sea lions ghiteww..

  4. iza
    June 9, 2009 at 8:16 am

    Vavava cun nyer gambar2 ittew. Bang me ajar boleh? hehee… alahai

  5. June 9, 2009 at 8:17 am

    yeay!!
    dh ade entry baru
    and dh blh msk blog en_me yg iniiii \O/

  6. June 9, 2009 at 8:21 am

    Ingat en_me makan ikan patin kat Temerloh? Saya baru aje makan lauk ikan patin masa balik dari Kuantan Selasa lepas – pergh.

    Dah sampai zoo apasal tak singgah rumah saya. dah dekat sgt tu. Ikut DUKE tak sampai 3.5 minit hehehe

    abang yb itteww.. me tak abes citer lagikks one uoolsss..

  7. zareda
    June 9, 2009 at 8:26 am

    patin tu kalau buat gulai masam tu.. perghhhh

  8. June 9, 2009 at 8:52 am

    ingatkan citer patin dalam periuk.. dah rasa nak meleleh air liur… rupanya patin dalam akuarium la pulak..

    tungguuu.. citer blom abes one uoolsss

  9. June 9, 2009 at 9:01 am

    salam ziarah kembali….

  10. June 9, 2009 at 9:36 am

    sodap eh patin nyam2

  11. June 9, 2009 at 9:48 am

    where u’ve been? ehehehe……

  12. June 9, 2009 at 10:17 am

    masak gulai sodap tu hehe

  13. June 9, 2009 at 10:41 am

    Akhirnya en_me muncul bersama2 ikan patin nyer… huhuhu

    tapikan bila tengok gambo tu, alahai rasa nak mandi sungai aje….huhuhu

  14. June 9, 2009 at 11:03 am

    patin..sedap tu..en.me spend la masih lebih sket ngan anak2..mungkin rezeki anak akan melimpah limpah..

  15. June 9, 2009 at 11:22 am

    nape aritu N g zoo x dpt tgk ptunjukan…

    aein gi biler? kul brape? ari aper? gi dengan saper? mungkin masa teww takdok animal show kott… ehehe

  16. June 9, 2009 at 11:35 am

    waahh…dah lame sy xgi zoo negara~huhu

  17. June 9, 2009 at 11:53 am

    hai en me…

    tak tau nape… susah sgt nak masuk blog en. me… kekadang boleh… selalunya x boleh… kena log-in ke…

    anyway… saya tak pernah lg makan ikan patin… tertanya2 gak mcm ner lah rasa dia!

  18. yus
    June 9, 2009 at 12:07 pm

    dh lm xjenguk zoo..ada apa2 perubahan@pertambahan ke?

  19. June 9, 2009 at 12:33 pm

    En me ini…
    jalan2 jer…
    bila time aku nak tiba nie…

  20. June 9, 2009 at 1:06 pm

    Pergh~ Nasib baik imar bukan penggemar makanan laut!
    Ngahahaha~

    itteww ikan sungai larr cayangg .. ekeke

  21. June 9, 2009 at 1:11 pm

    ikan patin mmg tak best mana pun…. ada gak yg setuju ngan saya… hik.

  22. June 9, 2009 at 1:32 pm

    ikut cara masak kan nyer, maybe akan sedap

    lidah masing2 kan en me…

  23. June 9, 2009 at 1:36 pm

    hej! en_me…ikan patin…hhmmmm…i don’t eat fresh water fish, could not stand the smell and soil taste…;-)

  24. aTiQah
    June 9, 2009 at 2:42 pm

    Dengar-dengarnya boleh sampai beratus hengget ya makan ikan tu? Eh. Ke ikan toman ek tu?

    me makan tiga oghang tak sampai empat poh hinggit ghiteww..

  25. June 9, 2009 at 3:02 pm

    Ikan patin tu, betul ke masak tempoyak? Kenkadang mereka masak dengan biji getah. Rasanya pun macam tempoyak. Akak pun tak makan ikan patin. Sebab dia sama spesis ngan keli, baung dan ikan duri…

  26. June 9, 2009 at 3:34 pm

    Salam,
    En_me,

    Masa ditingkatan empat dulu adalah merasa masakan ini dari orang temerloh sendiri. Mungkin sebab saya budak kampuang, oke sahaja rasanya macam ikan – ikan sungai lain.

  27. June 9, 2009 at 3:41 pm

    ikan patin masak tempoyak pasti “mencongkam + kaw2” bila dimasak sendirik by local. cukup ngan pedasnya sampai meleleh2 air mata bagai.. cukup tempoyaknya tambah lak ngan kunyit idup, daun kesum, daun kunyit, bunga kantan yang fresh baru di petik.. mm baru ori..

    musykil ler bila nama temerloh dikaitkan ngan “orang asli yang tido”???? .. tapi nama temerloh tu asalnya memang mereloh – tido…

    bukan me yg cakap nooo, tapi dlm wikipedia – atau click kat SINI pun boleh.

  28. noorlara ayob
    June 9, 2009 at 3:59 pm

    alahai menyusahkan jugak blog me ni, sabar je le kawan nye fasal. Tempat apapun kalau pandai dipromosi tentu akan jadi terkenal….tu tgjawab semua le!
    Ikan patin tu sedap ke, hakak tak pernah makan pun, nampak lazat gaks ek.

  29. zareda
    June 9, 2009 at 4:52 pm

    En Me

    Siti Nurhaliza bukan dari Kuala Lipis ker? Bukan temerloh…

    Kalau nak makan patin gulai masam, buatan MIL ku juga paling bes.. tak hanyir dan pedas melaut..

    me ikut wikipedia kat SINI.. tapi kalo ikut suratkabar BERITA HARIAN lahir kat kuala lipis fulakkks.. konpius me uoolsss.. ada sesape leh tolongg

  30. June 9, 2009 at 5:10 pm

    Zareda…
    Ct Nurhaliza mmg lahir kat Temerloh…tapi membersar kat K.Lipis.

    Bab ikan patin ni…dia ikut jenis…tak silap yg mahal tu patin buah kot….mmg harganya sampai ratusan ringgit…kalau stakat RM40 tu en_me…rasa2nya patin sangkar je tu…

    Bab rasa patin pulak tu…memang terletak pd tekak dan siapa yg memasaknya…
    kalau masak kaw2 bak kata AzMAs…memang sdap giler…

    Tp bg sy…Pais Ikan patin tetap pilihan utama….hehehe

  31. June 9, 2009 at 5:20 pm

    sambil makan ikan patin, sambil nyanyi lagu balik kampung dan cindai.

  32. June 9, 2009 at 5:41 pm

    Sedapnya. tapi saya tak makan ikan itewwww

  33. June 9, 2009 at 6:58 pm

    daku x pnh mkn ikan patin..tambah2 klu masak tempoyak sbb daku x mkn doyan…..mungkin klu masak lain boleh d cubain gitew

  34. June 9, 2009 at 7:27 pm

    masa kami baru2 kawin, ada lah kawan ni ajak kami makan ikan patin sedap kat temerloh.. beriya2 mereka.. belok sana, pusing sini, terjah sinun.. last2 sampai lah kat kedai makan tepi sungai.. kami tak tahu yang mereka nak bawak kami makan ikan patin..
    bila sampai situ, kami terjah dari satu gerai ke satu gerai.. semua lauk tak memenuhi selera kami.. kawan kami pelik… lepas tu kami kata “kami tak makan ikan patin..”

    laaaaaa…. kata kawan kami..🙂

  35. June 9, 2009 at 8:03 pm

    wahhh sudah wajah baru..lama x singgah sini kan..rindu lah plak dg en_me ittew..hik3..take care..gud luck…

  36. syayassir
    June 9, 2009 at 8:34 pm

    alahai.. makan ikan patin yang tak sedap ye?
    tengok cara masak dan jenis ikan jugak..
    sekarang ni ada ikan patin jenis kolam+sangkar.. yang tu memang hanyir…
    kena hati2….😛

  37. June 9, 2009 at 9:02 pm

    hadoiii sodappnyerrrrrrrrrrr ikan patin masak tempoyakk… ..lin pernah gak mkn ikan patin kat temerloh tu…

  38. June 9, 2009 at 9:39 pm

    tak pernah makan ikan patin..huhu

    gambar en me ambik cantik la😀

  39. June 9, 2009 at 10:14 pm

    ada kedai tepi sungai. sebelah kedai singer. best giler ikan patin masak tempoyak dia. dalam periuk besar kenduri kawen gitu. ada 2 row beratur satu tapau satu lagi makan situ. hehe kalau lepas solat jumaat mmg semua berpusu2 ke sana la. hehe🙂

  40. June 9, 2009 at 11:15 pm

    ala jgn la cerita lebih2.. kawan yg terliur pulak ni. nyum nyum

  41. ije
    June 9, 2009 at 11:20 pm

    dah lama x g zoo..

  42. June 10, 2009 at 8:58 am

    Salam..tq komen kat blog..Dulu aku pon tak makan ikan patin apatah lagi tempoyak..tapi dah kawen orang Pahang dah pandai makan hehehe🙂

  43. June 10, 2009 at 3:28 pm

    wah, emn lompat lompat blog ye cik abg. bajet cm men lompat katak lah ni ye ?😛
    lompat katak n lompat blog, mane lagi xtream? mihahahhahah

  44. June 10, 2009 at 3:29 pm

    wah, men lompat lompat blog ye cik abg. bajet cm men lompat katak lah ni ye ?😛
    lompat katak n lompat blog, mane lagi xtream? mihahahhahah

  45. June 10, 2009 at 6:22 pm

    ikan patin nih penah my cousin wat kenduri sebab dapat pancing 2 ekor. sama size ngn saya, msa tuh sekolah rendah…heheh

    to sedap la kan ikan patin masak sambal ditambah sket daun limau purut~!! perghh

  46. June 15, 2009 at 10:44 am

    ikan patin tempoyak adalah pebret ku..
    sampai ada yg panggil saya ikan patin oke..
    hahahhahaha..
    kat cafe ni almost every day ada patin..
    dan saya hampir hari2 makan..
    tang kepala yg sodap, tapi saya tgk juga dia siang camana..
    kalau tgk cam tak bersih..tak buang insang saya tak makan..
    tapi hari2 mkn patin mmg best..
    teringin gak nak makan pation temerluh..asyik makan patin tesco je..
    kihkihkih…..

  47. December 17, 2009 at 9:46 pm

    salam….patin..patin..memang bagi orang yang gemor..ikan sungai..khas nya patin..memang le sedap..tp bagi koi..sama aje,,. patin. ..baung..patin ni sebenarnya ada tiga 3, jenis..macam org jugak..ada senoi..temia..ada sakai..dan sekelas dengannya..kelas patin paling bawah..patin sangkar..tu yg banyak jual kat..restoran tp sg hampir stn petronas tu..kelas 2 pulak patin buah harga 1kg dlm RM40 – RM70 dan yang hight class warna nya kehitaman harga 1kg dari RM100.00-RM120.00. kalau tak biasa jangan tertipu.. sebelum pekena tanya dulu..patin jenis ape..nanti.. nak bayar kena basuh pinggan dulu..kalau nak tau sikit kisah..bandar temerloh..sape sape.. boleh gi kat blog saya..
    http://hazis.wordpress.com/gunung-senyum-_-temerloh/

    • December 18, 2009 at 12:05 am

      salam n thanx singgah2 jenguk2 komen2 blog me yg inih.. pls comment entri yg terkini lorrr

  48. PATIN
    December 28, 2009 at 10:29 pm

    salam…en.me tok pengetahuan lebih lanjut tentang RESTORAN SZ RAHMAH […]

    • December 28, 2009 at 10:49 pm

      takper, me pass..

  1. June 9, 2009 at 9:10 am
  2. June 9, 2009 at 12:10 pm
  3. June 9, 2009 at 3:12 pm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s