Home > then & now, Travel > wisatawan kuching: part une

wisatawan kuching: part une

(insert waterfront jetty)

jetty to not-so-traditional sampan

3 hari 2 malam di kuching, sarawak tetapi masa untuk berlibur hanya sekejapan saja. Orang kata , menyusuri sungai sarawak pada waktu senja sambil menyaksikan matahari terbenam dan melihat pak tambang mendayung sampan menyeberangi sungai memang nyaman. me sempat sampai ke waterfront tapi tak sempat nak tunggu sampai matahari terbenam tapi memang cantik.

Tebingan kuching atau waterfront yang dibina pada 1993 menyimpan rentetan sejarahnya yang menarik. Di sinilah bermulanya sejarah kuching dengan ketibaan seorang pengembara dari england, james brooke yang menumpaskan pemberontakan di sungai atas permintaan bapa saudaranya sultan brunei. Sarawak ketika itu adalah sebahagian daripada brunei. Sebagai balasan, sultan brunei melantik james brooke menjadi rajah sarawak, sehinggalah pendudukan jepun tahun 1941. Selepas perang, anak saudara brooke, charles vyner brooke menyerahkan sarawak kepada british.

Bazaar menjual ole2 dan cenderamata berjajaran di sepanjang jalan berhampiran waterfront. Peminat cenderamata dan pengumpul barangan antik, pasu sarawak, hasil seni suku kaum serta ukiran kayu tidak seharusnya melepaskan kunjungan ke sini. Tak banyak yang dibeli di sini. Byk yang menarik tapi tak sempat nak jelajah semua sebab hendak ke topspot.. food court berhampiran hilton tu.. huhuhu berpeluh ketiak jalan kaki dari waterfront ke situ. Jarak jadi jauh sebab me tersesat sedikit.. ehehe ada jalan dekat tapi me ambik jalan jauh.. ahaks.. adventure jugak petang itu.

(insert inside sarawak museum)

inside sarawak museum (the old building)

Muzium sarawak menempatkan koleksi artifak borneo yang cukup komprehensif dan memiliki cita rasanya yang tersendiri mengenai borneo dan penduduknya. Justeru, persembahannya dalam bentuk koleksi syiling, alat senjata, pakaian, tembikar, ukiran, tekstil, barang-barang perhiasan dan pelbagai artifak seni, budaya dan sejarah adalah nadi kehidupan masyarakat bumi kenyalang itu.

Ada dua bahagian di dalam dua bangunan baru dan lama, yg disambungkan dgn jejambat pejalan kaki diatas jalan tun haji open. Kedua-duanya amatlah menarik.

Pada tingkat bawah muzium lama, tersimpan koleksi alam semulajadi dan spesimen fauna Sarawak -seperti reptilia , mamalia, burung dan lain-lain dipamerkan. Pada bahagian barat bangunan muzium ini terdapat pameran Shell – industri petroleum di Sarawak (sedang direnovasi).

Tingkat atas bangunan ini mempamerkan bahan-bahan etnografik seperti model rumah-rumah panjang pelbagai kaum etnik di Sarawak, alat-alat muzik, pelbagai jenis perangkap ikan dan haiwan, kraftangan, model perahu dan lain-lain.

Manakala dibangunan baru (dewan tun abdul razak), kebanyakkan barang pameran merupakan barangan pra-sejarah seperti pasu berwarna, barang-barang loyang, perabot Cina, ruangan rumah panjang dan sebagainya. Dan sejarah sarawak dari kisah santubong, zaman dinasti brooke, pendudukan tentera jepun hingga terkini dipaparkan disini. Masuk adalah percuma.

Muzium sarawak pun me tak sempat nak singgah sebab bila balik ke hotel hari Sabtu, muzium dah tutup. He he he.

(insert muzium new building)

inside, you can find ceramics, brassware, chinese jars and furniture, and there’s a replica cave and description of harvesting brids’ nests for soup

Dibelakang muzium sarawak yg baru, terdapat muzium islam. Pada tahun 1930 bangunan ini dikenali sebagai Madrasah Melayu Sarawak. Ianya digunakan khas untuk melatih lebih ramai guru dalam pendidikan Melayu peringkat tinggi. Tujuannya adalah untuk menggalakkan lebih ramai orang Melayu untuk memainkan peranan yang lebih aktif dalam membangunkan masyarakat Melayu itu sendiri.

Muzium ini terbahagi kepada tujuh buah galeri. Setiap galeri mempamerkan bahan yang berkaitan dengan sesuatu disiplin.

Me pun tidak sempat singgah ke muzium islam yg menarik ini.

(insert dome of rock)

dome of rock (masjid al-sakhrah)

(insert aDm looking at margherita's tombstone)

inscriptions at the original tombstone to the wives of j. brooke brooke

Fort margherita ialah kubu pertahanan yang sangat penting pada masa charles brooke. Kubu ini diberi nama margherita, bersempena nama isterinya. Fort margherita, akhirnya dijadikan muzium polis. Sangat menarik untuk dikunjungi bagi melihat sejarah kepolisan di Sarawak, senjata, meriam tua, pedang serta bilik-bilik khas untuk banduan dan bilik hukuman.

Muzium tersebut sekarang sedang dibaikpulih.

Me tidak sempat pergi muzium ini. Iyalah hari sudah malam manalah sempat, muzium dah tutup.

(insert fort margherita pics)

fort margherita is closed for heavy renovation now, you can take photos outside the building only

(insert inside cat museum)

kuching’s one-of-a-kind cat museum pays homage to the origins of the city’s name

Muzium kucing terletak di dalam bangunan dewan bandaraya kuching (dbku) yg berbentuk seperti kapal ufo.  Terletak di utara sungai sarawak dan tersergam megah diatas bukit.

Masuk adalah percuma tetapi bayaran empat hinggit dikenakan untuk kamera.

Me tidak sempat lah singgah juga. He he he.

(insert you will adore the cats)

as fascinating as a furball

(insert civic center tower)

a white tower looking like an upside-down, half-furled umbrella on stilts

Lebih kurang 1 km ke selatan bandaraya kuching.  Di kompleks dewan suarah negeri, berdekatan jalan tun haji openg dan jalan budaya. Terdapat sebuah menara putih yg unik berbentuk seperti terbalik dengan ada payung yg separuh terbuka diatasnya. Tidak seperti menara kuala lumpur (kl tower) dan menara alor setar, menara ‘civic centre’ ini tiada penyambut tetamu di lif-lif yg tersedia. Sebab masuk adalah percuma.

Tetapi me tidak sempat nak panjat ke tingkat peninjau untuk melihat bandaraya kuching secara panoramanya. He he he.

(insert on top of kuching town)

panoramically, you can view the whole city

(insert gambir sarawak)

local substitution to viagra
india street, kuching

Selepas dinner hari sabtu yang lepas, me ingat nak ke pasar satok. Tapi tidak sempat juga. Sebab me tiada rakan blogger disitu. Yg me ingat cuma abg arsaili saja. Tapi beliau kini berada di australia pula. Uhuhu.

Orang kata, di pasar satok sebab ada yang nak beli terubuk masin dan kuih lapis sarawak. Kalau penat boleh berhenti makan mee kolok (walaupun bukan selera me.. ehehe poyo saja). Teringat pasar pagi di taman megah ria (masai, johor) yg didominasi orang-orang iban sarawak.

Malam itu me tidak sempat juga hendak pusing2 melihat keindahan kuching pada waktu malam. Dapatlah me tengok beberapa mercutanda patung-patung kucing bandar kuching waktu malam sebab me dah letih.

(insert leisure on tambang)

leisure on tambang (river ferries)

Pengunjung tidak seharusnya melepaskan peluang menaiki perahu tambang untuk menyeberang Sungai Sarawak yang mengenakan tambang 50 sen seorang. Kemaskini dari buku pengembaraan ‘lonely planet’:

the river crossing costs 50 sen for locals.. you can leave the exact change on the prow as you leave, or pay the boatman directly.. if you want to hire a tambang for a river cruise, the charge is RM40 per hour ..

Dari sini, anda dapat melihat astana, istana yang dibina oleh Charles Brooke pada 1870 sebagai hadiah perkahwinan kepada isterinya, ranee margaret. Uhuhu, me tidak sempat nak merasa naik perahu tambang itu.

Pada masa ini, astana james brooke telah menjadi kediaman rasmi yang dipertua negeri sarawak. Me juga tidak sempat pusing2 kawasan astana ni malam sabtu yg lepas.

(insert standing at the waterfront)

then & now: left (2003) | right (2009)

(insert masjid negeri)

The first mosque in kuching was built by datuk patinggi ali in 1847. The situation, on a hilltop overlooking a river bend, is picturesque as well as strategic.

Disiapkan pada 1968, masjid negeri kelihatan terserlah, terutamanya dari seberang sungai sarawak. Dikelilingi dengan kubur-kubur islam berselerakan di bawahnya.

Me pun tidak sempat dan singgah bersolat didalamnya kerana kesesakan lalulintas yg sukar untuk ke sana.

(insert sarawak stadium)

sarawak stadium is closed, but i managed to snap this picture through the wire-fence

Me ingatkan hendak ke muzium balak (timber museum) yg terletak di wisma sumber alam, petra jaya. Tapi tidak disangka juga – buah cempedak dah jadi nangka. Muzium balak tidak dibuka pada hari sabtu dan ahad. Apa barang?

Jadi terlanjur limpas jalan stadium disitu, me pun jengah-jengah saja.

Tapi me tidak sempat hendak masuk ke dalam stadium pula. Sebab memang stadium ditutup gitu. He he he.

(insert cat statues)

cat statues can be seen opposite the grand margherita hotel

Ada patung-patung kucing di hujung jalan padungan. Dikenali sebagai ‘kuching agung.’ Ataupun patung-patung kucing juga terdapat di depan hotel grand margherita (dulunya dikenali sebagai holiday inn).

Untuk yg tidak tahu atau terlupa (melayu memang mudah lupa), nama bandar kuching bermaksud ‘kucing’ dalam bahasa melayu.

Alahai.

Categories: then & now, Travel
  1. June 28, 2009 at 12:44 pm

    “…james brooke yang menumpaskan pemberontakan di sungai atas permintaan bapa saudaranya sultan brunei”

    meaning that james brooke tu anak saudara Sultan Brunei ya? owh..rupenye ade adik-bradik Sultan Brunei yg kawen campur.. 🙂

    ahaha.. cek yon nak kawen ghupernyerrr..

  2. June 28, 2009 at 1:01 pm

    damai sungguh..

    kannns laki cikgu kimia iteww..

  3. ije
    June 28, 2009 at 2:35 pm

    terimbau kenangan belajra sejarah tingkatan 1 hingga 3 dulu kala. ehe

    mesti skor ije tewww.. ehehe

  4. S.Yanaz
    June 28, 2009 at 5:13 pm

    Hmm…En_Me, Kuching bersih.Byk tempat2 menarikkk…,kan!

    xlah bersih manerr.. ghiteww

  5. June 28, 2009 at 6:15 pm

    hej! en_me…i luv kuching…and you should try the seafood at seafood restaurant near kampung buntal, petrajaya…and that police museum still not open yet until now? i think i went there 6 years ago, and the museum was closed for restoration…

    mungkin dorg wat restoration every 5 years ghiteww

  6. June 28, 2009 at 7:35 pm

    lepaih nih mesti tak sesat lg datang sni dek aDm akan tahu selok belok jalan di sni soon kansss???

    sungai sarawak ada buaya kah? bujang terlajak senang ituuu

    mulut masin kah dikauu.. aiyoo

  7. June 28, 2009 at 7:52 pm

    en_me…
    my first visit to Kuching was in 1999…since then…never been a second…hope that was not my last…
    Cantik bandarnya…

    n me xpernah jejak bumi anbiyaa lagikks..

    uhuhu

  8. June 28, 2009 at 8:20 pm

    alahai en me..

    bestnya….mau pergi juga~

    jommm cekgu zara tewww.. ehehe

  9. June 28, 2009 at 9:49 pm

    orang komen lain die reply lain
    menci betol~~!

    😉

  10. iza
    June 28, 2009 at 10:39 pm

    pernah pegi sekali jer waktu ngaji dolu-dolu utk program anak angkat. lepas tu tak pernah jejak lagi. kalau ada peluang (duit dan masa) nak gi lagi lah🙂

    terjahh jerrr.. ehehe

  11. June 28, 2009 at 11:26 pm

    Salam en me…

    Wahh.. en me menjejak sejarah kat sana lak… bestnya… bila ler dpt p sana…

    terjah jerrr.. ehehe

  12. June 28, 2009 at 11:49 pm

    menara tu x mcm payung tebalik ponnn

    ahaha.. thanx cek yon ittewww.. me dah perbetulkan ayat

  13. ibusinga
    June 29, 2009 at 8:31 am

    asyik tak sempat je en_me…
    rugi tu………

    manyak lugi ooo

  14. June 29, 2009 at 8:54 am

    sy dah sampai ke waterfront n muzium kuching tu, muzium yg penuh dgn patung2 kuceng..

    sonok kannns.. gi dgn saper tewww.. ehehe

  15. June 29, 2009 at 9:01 am

    mmg seronok en_me ! semua tempat tu saya dah lawat bln 10 thn lps . 4H3M , menginap di Merdeka Palace . Cadang nak gi lagi …

    sonok kannns..

  16. June 29, 2009 at 9:05 am

    ikan terubuk masin sarawak!.. Lumayan gitew..

    maza pernah makan, perkhh boleh tahan bila dimasak lemak cili api campur pulak tu dengan nanas.. perkhhhh!!!

    hehehehe

    sodappnyerrr..

  17. June 29, 2009 at 9:22 am

    wah… banyak gak jalan tu… sy pun tak abis lagi jalan2 di kuching ituw….

    ko naik kete dr miri cumer 10 jam jakkkks.. ekeke

  18. June 29, 2009 at 9:27 am

    ish2..sume pun x sempat ye en_me hehe..

    kilat sungguh kasut org yg dalam sampan tewwww😛

    sungguhhh..

  19. June 29, 2009 at 9:31 am

    alahai Me, bestnyeee…!

    best ghitewww..

  20. June 29, 2009 at 9:42 am

    letih la me..jauh sgt lencongan nya
    mujur tak terbabas

    kena ngirup kacip fatimah tewwww.. ihihi

  21. June 29, 2009 at 10:09 am

    ada lagi no tambang 5 kupang.. harap murah rezki pakcik tue

    murahh kannns..

  22. June 29, 2009 at 10:24 am

    entry part six tu..beli x?
    dulu smpai siap nk pesan lagi
    kekekeke =P
    gurau2 je yer..~

    ammvoiii, pantang namfakkk.. ekeke

  23. zareda
    June 29, 2009 at 10:34 am

    ada di Kuching ke en me ittew.. rindukan laksa sarawak yang yummi itu

    dah balek punn..

  24. pB
    June 29, 2009 at 10:57 am

    Salam

    jauh perjalanan , luas pengalaman …

    kannnns..

  25. ain
    June 29, 2009 at 11:03 am

    teringat cuti2 ke kuching 3 tahun yg lepas. sungguh menyeronokkan. pas ni kalau ada rezeki nak ke sabah le pulak.

    ader citer dlm blog takkks.. ehehe

  26. June 29, 2009 at 12:09 pm

    en – me kerja dengan magazine libur ker? byk berjalan ek. buat ler rombongan lawatan blogger.

    iyolar tewww..

  27. June 29, 2009 at 9:46 pm

    wah… chantek2nye gmbr…

    thanx singgah2 jenguk2 komen2 blog me yg inih..

  28. June 30, 2009 at 2:26 am

    en me,
    kucing bandaraya yang bersih kan…
    i’ve visited kucing ..for me kucing bandar yg bersih..
    hehhe..i pi muzium tuh gak…
    and u makan seafood tak kat taman kereta?..
    catz naik perahu penambang tuh..masa tu sorang 3o sen je nak menyeberang ke sebelah sana..hehehhe..tak sampai hati nak bagi dia 30 sen..so kami semua bagi pakcik penambang tuh sorang seringgit..now dah 50 sen ye?
    pi lah ke satuk..tgk ulat2..hehehe..gemuk2 ulat putih tuh…
    hiks…
    middle of julay ni Insya-Allah saya ke kucing lagi..so boleh baca blog u sbg panduan…
    masa saya pi dulu, sata xde digital camera dan belum ada blog..
    hehheheh..

    ulat sagu rumah panjai me tahuuu.. uhuhu

  29. June 30, 2009 at 8:07 am

    muaahahhahah en_me…perli kak long la tu ..kak long tak sempat tapi awak semua sempat kan?? ahahahha main copy paste and add n edit jer pakcik ni..ekekeke…

    volleee kannns.. ekeke

  30. June 30, 2009 at 9:36 am

    Salam kenal Tuan Me,

    Kali terakhir saya ke Sarawak 2005 rasanya..

    Teknik fotografi yang menarik dan penceritaan yang menawan. Perbandingan dulu dan sekarang. Ada sejarah dan perubahan yang boleh diteliti.

    Saya nak bertanya, pakai software apa letak “hakmilik yanginsaf “itu?

    Terima kasih.

    gunerr photoshop ..

    Salam ukhwah

  31. dakchomey
    June 30, 2009 at 7:35 pm

    beshnye dpt jln2…

    letihh sehhh.. ehehe

  32. July 4, 2009 at 9:37 pm

    rindunye kat sarawak.. dah 19 thn tinggalkan bumi kenyalang tuh.. huhu..

  1. June 28, 2009 at 4:50 pm
  2. June 28, 2009 at 4:56 pm
  3. June 28, 2009 at 6:10 pm
  4. June 28, 2009 at 9:10 pm
  5. June 29, 2009 at 9:32 am
  6. June 29, 2009 at 10:11 am
  7. June 29, 2009 at 11:14 am
  8. June 29, 2009 at 12:41 pm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s