Archive

Archive for July, 2009

take five

July 29, 2009 69 comments

(insert yaasir hi 5)

kok mboten mampir blog niki nggih

Ini adalah entri terakhir me untuk bulan ini. Me hendak berehat dari memblog buat seketika.

Me hendak layan dan main-main dengan si yaasir (2) dan emak si yaasir yg selalu me tinggal-tinggalkan itu. 

Sambil me hendak pantunlah sikit.

Jika belayar ke tanah Aceh,
Singgah dulu di kota Deli;
Jika hendak orang mengasih,
Hendaklah baik bicara budi..

Alahai.

Categories: Ho Hum

siri bercakap dengan kartun – no. 04

July 28, 2009 33 comments

(insert ma is horse)

udhu jaran kepang

馬 – ‘ma’ character for the year of horse
you are independent and pleasant.
you will be impatient when you failed several times.
year: 1930, 1942, 1954, 1966, 1978, 1990, 2002

Sudah dua pekan me tunggu lakaran kartun dari cek minami yg itu. Tapi cek minami masih sibuklah tu.

Alahai.

Categories: toys

radio bodol

July 27, 2009 41 comments

(insert radio bodol)

kanggo rungon rungon nek ora ya nggo budeg budeg kuping

Bulan puasa ramadhan tidak lama lagi akan tiba. Kurang dari sebulan.

Selalunya untuk berbuka puasa, me akan dengar siaran radio best 104. Sebab ada bunyi gendang dipalu sebelum azan maghrib berkumandang.

Tapi radio lama yg ada cd sudah rosak. Jadi, kelmarin me beli radio yg kecil saja. Jenama leotec siri lt-607b. Sensitip tahap angkasa supaya tiada masalah mencari siaran radio walaupun dalam bilik kecil.

Pasca nota: ramai yg tanya pasal benda alah yg berkompas disebelah radio itu. Itu adalah lampu picit yg ada 3 fungsi, sebagai lampu suluh, sebagai pemeriksa wang palsu dan pemancar cahaya laser merah. Me beli bersama-sama radio kecil itu.

Alahai.

Categories: property, shopping

abang kuning

July 26, 2009 13 comments

(insert top gun today's market)

balik warna kuning, kalengananing wong luhur
pasar today’s, masai [+ sing gedi nang flickr ]

Hari ahad macam biasa, me jalan-jalan. Dari pekan ulu tiram, me terjah ke kampung sungai tiram.

Tiada yg menarik. Tapi baru me tahu ada jalan pintas ke pusat bandar pasir gudang. Limpas takungan air sultan iskandar dan felda cahaya baru.

Sembang petang ahad malam isnin. Me nak ucap salam sayang buat kawan-kawan semua.

Alahai.

Categories: Travel

siri bercakap dengan kartun – no. 03

July 26, 2009 23 comments

(insert lat in greyhound bus, usa)

koyo ku jugak, bungah dolan dolan ndewe

Bulan mei yg lepas, me sudah cerita yg me sudah terbeli buku koleksi kartun datuk lat yg terkini. [+ entri lepas yg sudah digam]

Kelmarin me belek-belek lagi. Memang membuatkan perasaan nostalgia datang kembali. Mengimbau zaman kecil-kecil dahulu.

(insert lat the early series)Tapi me tertarik juga pada cerita datuk lat masa beliau melawat bandar-bandar besar seluruh dunia, terutamanya di amerika syarikat dan jepun. Adalah sedikit persamaan dengan pengalaman me juga.

Di amerika, me pernah mengembara dari tempat me belajar (berdekatan bandar phoenix, ibu negeri arizona,  yg datuk lat ceritakan itu) hingga ke niagara falls. Menaiki bas, seorang diri juga.

Di jepun, tempat me menginap juga me terpaksa berkongsi bilik mandi dengan orang-orang jepun seperti yg datuk lat paparkan dibawah. Tapi me tidaklah mandi telanjang bugil gitu.  Ha ha ha, kowserr uu.

(insert lat in japanese bath)

wong jepang kok orak isin adus utho rame-rame koyo ngono

Alahai.

Categories: toys

kowe sopo

July 22, 2009 71 comments

(insert pie chart of my bloggers)

ikidino sing wedok sing ayu ayu ramei tenan melebbu nang kene

Kawan-kawan pun memang sudah tahu kan. Ramainya blogger yg singgah-singgah, jenguk-jenguk, dan komen-komen blog me yg ini.  Tapi ada yg ingat cuma budak-budak sekolah yg muda lagi jelita yg berdahi licin saja yg ramai kemari. Ammvoiii, jelezz larr teww..

Jadi me buat kajian sedikit. Tanpa prejudis me pilih 66 (enam puluh enam sahaja) blogger yg paling aktif datang meninggalkan komen. Dari situ, me dapati:

Blogger wanita berkahwin = 24  (36%)
Blogger wanita bujang = 20  (31%)
Blogger lelaki berkahwin = 12 (18%)
Blogger lelaki bujang = 10 (15%)

Memang blogger wanita lebih ramai dari lelaki. Tapi tidak me sangka juga ~ buah cempedak dah jadi nangka.  Sebab peratusan antara yg belum dan sudah berkahwin kurang lebih sama saja. Samada yg lelaki atau wanita. Jadi, kakak-kakak, makcik-makcik dan puan-puan sekalian, janganlah dengki-dengki tikam-tikam belakang ya. Rumah terbakar nampak asap, hati terbakar siapa yg tahu kan.

Kesimpulannya, blog ‘memang lumayan’ me yg ini memang sesuai untuk dibaca oleh semua lapisan masyarakat.

Alahai.

Categories: Ho Hum

duit bukanlah segala-galanya

July 21, 2009 54 comments

(insert new bank note)

arep adol opo toh sing dadi duit

Tapi segala-galanya nak pakai duit kan. Kannns.

Malam kelmarin, me terkeluar duit dari mesin atm di stesen minyak petronas itu. Walaupun belum gaji lagi.

Terkejut juga me sebab duit lima poh hinggit yg berwajah baru.

Dipendekkan cerita selepas itu, masa me beli tiket di kaunter pengangkutan awam itu. Akak penjual tiket tahu ramai yg bayar guna duit baru. Tapi masalahnya, akak itu membebel lagi.

takleh nak masuk mesin deposit fulakkks..

Macamana tu?

Cerita berkaitan juga. Mulai bulan ogos nanti, semua harga tiket pengangkutan awam akan dinaikkan lagi. Biarkan. Biarkan.

Alahai.

Categories: Ho Hum