Archive

Archive for August, 2009

the last entry

August 31, 2009 69 comments

(insert nihongo)

この本にある、適切な文を指さして下さい – kono hon ni aru, tekisetsu na bun o yubisashite kudasai

Ini adalah entri terakhir me untuk bulan ini. Jumpa kawan-kawan di bulan hadapan ya. InsyaAllah.

(insert mamasakura)Ini juga adalah entri terakhir me yg ada kapsyen jepang itu.  Setelah sebulan me letak kapsyen bahasa negara matahari terbit, tiada sorang pun amoi jepang yg sudi singgah ke blog me yg ini. Sedih kan. Cuma me nak ucap terimakasih pada mama sakura yg kiut miut comeyy lotee yg berada di nippon yg tidak serik-serik singgah-singgah jenguk-jenguk komen-komen blog me yg ini sejak sekian lama.

Sambil me nak ucap selamat hari merdeka pada kawan-kawan semua. Moga-moga negara akan tetap aman damai sejahtera sentosa sentiasa. Majulah sukan untuk negara.

Alahai.

Advertisements
Categories: Ho Hum

6 reasons to replace your digital camera in 2009

August 30, 2009 43 comments

(insert ixus 110is)

「Canon DIGITAL IXUS 110 IS」が新しく出品されたらメールでお知らせします!

Sila abaikan tajuk entri. [+ best reasons ]

Me sudah pakai kamera digital canon ixus 50 (5 megapiksel) itu lebih empat tahun. Sebelum ini, me pakai ixus 40 (4 megapiksel) untuk beberapa bulan sahaja. Tapi hilang entah kemana.

Tapi sejak kebelakangan ini, kamera ixus itu makin lesu stamina baterinya. Bukan me tak belikan bateri baru pun sama. aTi (17) pun komplen juga sebab selalunya dia yg pakai untuk aktiviti sekolahnya. Jadi, me rasa sudah sampai masanya me beli kamera digital yg baru.

Mungkin ada kawan-kawan yg hendak tahu juga. Musykil gitu. Kenapa me hendak guna kamera digital yg ciput pula, sedangkan me sudah punya kamera dslr (digital slr) eos 40d yg besar gedabak? Jawapannya, sebab bukan selalu me bawa kamera dslr itu. Kalau hendak jalan-jalan dan malas nak mengendong beg kamera dslr yg berat itu, me lebih mudah bawa kamera ixus.

Sudah dua tiga hari me sibuk buat kajian dan cari maklumat dalam internet juga. Kamera digital ixus 870is nampak berpadanan sangat. Jenama lain seperti sony cyber-shot dsc-t77 dan panasonic lumix dmc fx35 juga sedang me teliti.

Dipendekkan cerita, semasa entri ini diterbitkan. Me sudahpun terbeli kamera digital ixus 110is (12MP) model terbaru pula. Sebab awek kedai gambar di jaya jusco tebrau city itu sudah berjaya usha-usha me. Gambar diatas itulah bahan buktinya (aBo sebagai model). Yg bawah ni tetap akan jadi barang kenang-kenangan sepanjang zaman.

(insert old ixus 50)

APSコン パクトカメラ「IXY」のコンセプトをそのままに受け継いだ、リチウム電池を採用した薄型コンパクトがコンセプトのデジタルカメラ。以前にもIXYのデザ インを採用したPowershotシリーズが発売されたが、いずれもサイズが一回り大きく、ヒットにはつながらなかった。

Alahai.

Categories: photography, property

10 tempat menarik sekitar KL yang I tak pernah pergi

August 29, 2009 41 comments

(insert 10 interesting places in kl)

クアラルンプール(ラテン文字:Kuala Lumpur, ジャウィ:كوالا لومفور)はマレーシアの首都で、東南アジア有数の世界都市。マレー半島南部の丘陵地帯にある。一般的にKLと略して称される。

Kelmarin masa me mencari maklumat tentang stesen keretapi kuala lumpur. Me terjumpa blog orang kl yg tidak pernah pergi di sepoh tempat menarik sekitar kl. [+ jai maddox ]

Berikut adalah senarai sepoh tempat menarik tersebut. Dan me ringkaskan pengalaman me pergi ke sana.

1. Perkarangan Istana Negara – walaupun dulu ketempat kerja lama me kena limpas istana negara setiap hari. Tapi pada tengahari 21/3/09, me telah sempat merempit ke pintu gerbangnya. Memang ramai pelancong. Kebetulan mesyuarat khas raja-raja baru saja bersurai (kes menteri besar perak). Me nampak kereta-kereta mewah yg besar gedabak berderet-deret keluar dari perkarangan istana dan polis trafik mengawal lalulintas di luar jalan sana.

2. Pusat Sains Negara – me mula-mula keliru dgn planeterium negara yg me pernah masuk dan lawati yg ada wayang besar didalamnya. Tapi me ingat pernah sampai di perkarangan tempat letak kereta pusat sains negara itu semasa mengikuti acara mencari harta karun (2003).  Tidak pernah masuk ke dalam bangunan lagi. Tapi me pernah ke petrosains klcc sampai dua kali.

3. Desa Water Park – me pernah masuk sekali sahaja. Itupun masa aQi kecil lagi. Tahun 2001 agaknya. Mandi manda saja.

4. Eye on Malaysia – sekarang sudah tidak wujud, sudah dipindahkan ke melaka adanya. Me pernah naik ‘eye on malaysia’ sebanyak dua kali. Seronok juga. Tapi masa itu, me masih pakai kamera ciput digital dan sempat ambil beberapa episod video.

5. The Twin Tower Bridge – pergi pada harijadi aQi tahun ini. Walaupun tiket percuma, tapi kena beratur awal pagi. Dapat naik pukul 9.45pagi. Dibenarkan berada di jambatan langit itu selama sepoh minit saja.

6. Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur – semata-mata hendak kemaskini entri me yg bersiri ‘solat jumat’ itu. Me sanggup merempit bersembahyang jumaat pada tengahari 14/11/09 ke masjid jalan duta yg besar gedabak itu.

7. Istana Budaya – sudah banyak kali me tonton teater disini. Dari teater bangsawan ‘nyonya’, ‘tun sambanthan’ dan ‘sirah junjungan – tahajuj cinta’ yg ada persembahan dari penyanyi datuk siti nurhaliza yg tersohor popular itu.

8. Tugu Negara – me ingat sudah dua kali me sampai. Mula-mula tahun 2001 dan  terkini di tengahari yg panas terik pada 30/11/07.

9. The Orchid Garden – ataupun taman orkid kuala lumpur. Me sudah pergi dua kali juga. Yg pertama bila mula-mula me beli kamera dslr me yg itu. Pergi bersama-sama aJi, kawan sepejabat yg lama. Itupun kami pergi merempit di tengahari yg panas. Yg kedua bila me singgah ke taman bunga raya bersebelahannya juga.

10. Aquaria, KL Convention Centre – dua kali juga. Memang aquaria langkawi lagi besar dan menawan. Tapi dengan adanya aquaria sebegitu di tengah bandaraya kuala lumpur memang sesuatu yg istimewa. Tidak perlu ke pulau langkawi.

Macamana dgn me yg bukan orang kl tapi sudah pergi ke semua sepuluh tempat menarik sekitar kl itu? Walaupun kad pengenalan me beralamat di taman keramat, kl. Tapi me dilahirkan di negeri darul takzim itu. Membesar di negeri darul takzim itu.

Sebabnya me memang minat jalan-jalan, tengok tempat-tempat menarik. Bukan setakat di kuala lumpur sahaja, tapi diseluruh pelusuk tanahair. Ambil gambar dan tulis pengalaman serba sedikit buat ingatan di masa depan. Mana tahu esok lusa tulat, me tak sempat nak jenguk2 lagi tempat2 menarik sebegitu.

Dan ada sepoh tempat lagi di sekitar kl yg me rasa belum pernah pergi. Tapi me hendak pergi. InsyaAllah, kalau ada kelapangan dan kesihatan. Ada sesiapa nak ikut?

1. Royal Selangor pewter
2. Teater stor dewan bahasa dan pustaka

3. Stadium negara
4. Bank Negara Money Museum
5. Islamic Arts Museum
6. Parliament House
7. Petronas Philharmonic Concert Hall

8. Telekom Museum
9. The Curve
10. Kompleks Kraf Kuala Lumpur

Dan sepoh tempat lagi yg me sudah pergi dan rasa menarik tapi tidak tersenarai dalam blog yg mula-mula tadi.

(insert visited kl)

1. Menara kuala lumpur (kl tower); 2. Rumah peringatan p. ramlee; 3. Zoo negara; 4. Taman rusa dan kancil; 5. Taman bunga raya; 6. Stadium bukit jalil; 7. Dataran merdeka; 8. Taman burung; 9. Masjid jamek; 10. KL Sentral

[+ senarai rujukan – cuti malaysia (kuala lumpur)]

Nota: kesemua gambar-gambar diatas me tangkap guna kamera me sendiri, kecuali yg berwarna hitam putih. Harap maklum.

Alahai.

Categories: Travel

siri bercakap dgn pesakit h1n1

August 28, 2009 40 comments

(insert a live band)

マイクロフォンまたはマイクロホン (Microphone )は、音を電気信号に変換する機器である。略称マイク(Mic )。

Dua minggu lepas, ada seorang jurutera yg baru bekerja di syarikat me dijangkiti wabak virus h1n1 itu. Kelmarin, ismi (bukan nama sebenar) telah singgah (sambil hantar dokumen kerja tentunya) ke meja me.

Dipendekkan cerita, ismi telah bercerita bagaimana pengalaman dia dijangkiti wabak virus h1n1 itu. Jangkitan dari ayahanda beliau yg pulang dari jakarta. Pulang dari menghantar ayahanda di hospital, disitulah beliau dijangkiti bersama seorang adinda lelaki beliau.

demam panas yg amat, sesak nafas n tak boleh bangun.. bayangkan..

kata ismi yg muda lagi jelita itu. Tubuh gebu bagai penyanyi kugiran di majlis perkahwinan anaknda saudara me di felda simpang waha tempohari.

Dipendekkan cerita, beliau telah pun keluar dari rawatan di hospital dan keadaan beliau kembali jelita seperti sedia kala adanya.

Alahai.

Categories: myself

ジョホール州アートギャラリー(GALERIセーニージョホール州)

August 27, 2009 40 comments

(insert galeri seni jb)

豊かなマレー語遺産にコミットメントを”ギャラリー、その展示品衣類、武器、通貨、原稿と書道の例は、セラミックのオブジェクトや美術品を想定している。

Minggu yg lepas sebelum puasa bermula, me sudah terjah ke galeri seni johor bahru. Sudah lama me hendak ke sana.

Mula-mula memang mencabar juga sebab me ikut jalan dalam. Ada papan tunjuk arah, tapi mengelirukan juga. Tapi sebenarnya terletak betul-betul ditepi lebuhraya lingkaran dalam yg baru itu.

Masa me pergi hari ahad, kegiatan pengubahsuaian gambar-gambar pameran seni sedang dijalankan. Tingkat bawah sahaja yg boleh dilawati.

Ada banyak lukisan-lukisan oleh isteri tunku mahkota johor, yam raja zarith sofia sultan idris shah. Lukisan dari menteri besar pun ada juga. Pelukis-pelukis dari negeri johor sahaja yg diutamakan.

Bayaran masuk adalah percuma. Dibuka setiap hari kecuali hari isnin.

[+ latar belakang galeri seni johor | arkib utusan malaysia ]

(insert gallery arts)

ジョホール州アートギャラリーハウス様々なアートコレクション、工芸品と、1993年に創業以来、多くの項目を密接にジョホール州のマレー文化遺産に関連する。

Me suka satu puisi pantun bertajuk ‘lentra lentrok’ yg dilakar (tulisan khat) oleh menteri besar johor, dato haji abdul ghani othman yg berbunyi:

lentra lentrok
wong turu kabeh tangi
jagoh kelorok kabeh mènèng
krungu suaraku
suara nabi daud

Alahai.

Categories: exhibition

air oren bikarbonat

August 26, 2009 12 comments

(insert a bottle of orange)

炭酸水素塩(たんさんすいそえん、hydrogencarbonate)または重炭酸塩(じゅうたんさんえん、Bicarbonate)は炭酸水素イオンを含む、水素塩(酸性塩)の一種である。

Air oren bikarbonat dalam botol diatas me beli masa balik ke kampung tempohari. Produk buatan orang kampung mawi.

Sambil me mencari maklumat sedikit di laman web dan terjumpa yg ini.

(insert mawi)Ibarat kata orang tua-tua, jodoh di tangan Tuhan. Akan tetapi, tindakannya untuk berpisah dengan Nordiana Mohd Naim tersebut bukan sahaja mengecewakan kedua-dua buah keluarga malahan kerabat diraja Johor iaitu Tengku Mahkota Johor, Tengku Ibrahim Ismail sendiri turut berasa kecewa kerana Mawi telah melanggar amanat baginda untuk menjaga tunangannya itu dan menjadikan beliau sendiri sebagai contoh dan ikon utama negeri Johor. [+ wikipedia ]

Sambil me nak ucap selamat berbuka puasa buat kawan-kawan semua.

Alahai.

Categories: Food

bakugan battle brawlers

August 26, 2009 34 comments

(insert bakugan battle brawlers)

爆丸バトルブローラーズ, (Bakugan Batoru Burōrāzu)
isetan shopping mall, kl suria, klcc, kuala lumpur

Bakugan battle brawlers ialah sebuah siri televisyen anime dari jepun. Siri anime bakugan muncul di tv3 pada 17 mei 2009.

Sinopsis cerita,

Di suatu dimensi lain, seekor Bakugan durjana bernama Naga hendak merampas sebuah harta sakti. Naga cuba menggabungkan dirinya dengan harta tersebut, tetapi harta itu meletup lalu berpecah menjadi dua, iaitu Infinity Core dan Silent Core. Kedua-dua bahagian itu mesti dicari sampai dapat dan digabungkan semula untuk memulihkan keseimbangan, sekaligus membolehkan makhluk Bakugan kembali hidup tenteram.

Kisahnya mengetengahkan sekumpulan kanak-kanak bersahabat yang mendapati kad-kad logam yang jatuh dari langit. Mereka menggelar diri mereka kumpulan “Bakugan Battle Brawlers” dan terdiri daripada Dan, Shun, Runo, Marucho, Julie, Alice, Masquerade dan Joe Brown. Bersama-sama mereka mendalami asal-usul Bakugan, iaitu permainan yang melibatkan mereka bertujuh dan pertarungan menentang penjahat-penjahat Hal-G dan Naga.

(dari wikipedia bahasa melayu)

(insert cute mask)Cerita lain, sejak wabak h1n1 semakin mengganas. Kita semua terpaksa guna topeng yg merimaskan itu. Tapi me baru tahu juga. Kalau topeng yg ada warna hijau atau biru mesti dipakai disebelah luar. Dan besinya mesti diatas hidung. [+ jawapan pakar ada di SINI]

Alahai.

Categories: toys