Home > Travel > ekspres rakyat koc first class: part une

ekspres rakyat koc first class: part une

August 23, 2009

(insert inside a first class cabin)

一等車(いっとうしゃ)(英:First Class Car)は、鉄道事業者が自社の保有している車両を分ける際に使用している車両区分の一つ。
Selama ini kalau me hendak pulang ke selatan tanahari, me akan guna perkhidmatan bas ekpres dari puduraya sahaja. Tapi minggu lepas me sudah gatal dan hendak naik keretapi pula. Sebabnya sudah lebih 25 tahun me tidak naik keretapi.

Me sudah tempah tiket ekspres rakyat hari isnin minggu lepas di internet. Perjalanan dari kuala lumpur ke kulai. Amat mudah, pembayaran menggunakan kad kredit. Dan pastikan kita sudah mencetak untuk rujukan diri sendiri dan pegawai pemeriksa tiket nanti. Tapi me pelik juga, tidak tercatat dalam kertas itu stesen tempat yg sepatutnya hendak menaiki keretapi tersebut. Tapi me agak mesti di kl sentral yg canggih tahap angkasa, bukan di stesen keretapi lama yg terbiar itu.

Tentang tambang bergantung pada kelas kabin. Semasa me periksa di internet, me cuma boleh memesan tiket kelas satu dan dua. Kelas ekonomi sudah habis agaknya. Harga tiket kelas dua (kerusi berkembar) ialah RM31 sama seperti tambang bas ekspres, manakala kelas satu ialah RM59 hampir dua kali ganda.  Jadi me tempah kelas pertama walaupun terbaca ramai sungguh penumpang yg tidak puas hati tentang kualitinya di SINI dan SINI. Lagipun me hendak duduk di kerusi bujang (bukan berkembar) di tepi tingkap dan senang untuk me tangkap gambar nanti. Dan senang untuk keluar mundar-mandir tanpa mengganggu penumpang jelita yg duduk disebelah nanti.

Jadual perjalanan pada hari jumaat tengahari, jam 1.55pm. Mula-mula me ingat hendak cari jadual keberangkatan di waktu pagi. Tapi cuma satu perkhidmatan pada hari tersebut. Dan dijangka tiba di stesen keretapi kulai pada jam 7.39pm.

Dipendekkan cerita, pada hari jumaat tengahari me sudah tiba di kl sentral. Me mula-mula ingatkan kena pergi ke kaunter untuk ambil pas masuk macam stail kapalterbang gitu. Tapi setelah beratur selama 15 minit untuk mengambil nombor giliran, kerani bilang tidak perlu pula sebab kertas pencetak yg me bawa sudah cukup sebagai tiket. Dan me sempat makan tengahari (ikan asam) di restoran chicken rice shop. Seorang diri macam biasa juga.

Keretapi tiba dari butterworth lebih kurang jam 1.50pm. Bila penumpang yg tiba sudah keluar semuanya, maka me pun turun dan masuk ke kabin kelas pertama. Punyalah panjang dan banyak gerabaknya. Mula-mula me ingatkan cuma ada satu kabin kelas pertama. Me duduk saja mengikut nombor kerusi. Tapi me tersilap, sebenarnya me kena duduk di kabin A, gerabak kedua paling belakang. Yg tadi me duduk itu ialah kabin B. Gerabak paling belakang itu enjin agaknya.

Dipendekkan cerita, keretapi bertolak dari stesen keretapi kl sentral jam 2.15pm. Lambat 25 minit tidak seperti yg dijadualkan. Tapi seperti janji melayu juga adanya. (Bersambung..)

Alahai.

Categories: Travel