Home > Travel > ekspres rakyat koc first class: part deux

ekspres rakyat koc first class: part deux

August 23, 2009

(insert a journey begins..)

列車に間に合う

Keretapi mula berjalan jam 2.15pm. Lambat 25 minit dari jadual perjalanan. ETA = 5.30 jam.

Mula-mula keretapi meluncur keluar dari stesen keretapi kl sentral, kuala lumpur.  Suasana yg menyeronokkan juga.  Mungkin disebabkan keadaan kabin kelas pertama yg lebih selesa dan bersih. Tidaklah seteruk yg diceritakan dalam blog orang lain itu.

Me perhatikan juga dalam kabin kebanyakkannya pelancong asing. Ramai mat salleh dan ada juga keluarga dari india yg berserban. Mereka nampaknya menuju ke singapura. Berbanding kabin kelas ekonomi dan kelas kedua dimana ramai budak-budak sekolah dan keluarga penduduk tempatan. Kebetulan minggu depan cuti sekolah sudah bermula.

Tapi me tidak puas hati juga sebab cermin tingkap tempat me duduk itu berkabus dan berwap. Jadi, nampaknya me kena berjalan-jalan dan mundar mandir kalau ingin menangkap gambar pemandangan diluar sana.

Manakala jiran me ialah sepasang pelancong dari australia (selepas me berbual dgn mem salleh itu).

Tidak sampai sepuluh minit, konduktor yg beruniform biru datang memeriksa tiket kami. Seperti me juga, jiran me yg dua orang itu menempah tiket melalui internet. Sebab mereka menghulurkan kertas cetakan dari komputer juga.

Me sempat bertanya konduktor tentang bilik solat. “Takde, bang” jawab budak konduktor itu sambil tersenyum. Me tidak puas hati juga. Lepas itu me berjumpa dgn abang janitor yg pakai baju merah jambu. Abang janitor cuma menggeleng-gelengkan kepala saja.

Bila tiba di kajang, keretapi berhenti seketika untuk menurun dan menaikkan penumpang. Begitu juga bila tiba distesen keretapi seremban. Tapi di seremban lebih ramai penumpang yg baru naik.

Sebelum tiba diseremban, ada mamat tender makanan yg mengagih-agihkan sebotol air mineral dan muffin coklat. Khas untuk penumpang kelas pertama. Kalau tidak cukup, boleh ke kafeteria yg disediakan di kabin khas yg tidak berhawa dingin.

Tentang tandas pula, me rasa bersih juga sebab ada abang janitor yg menjaga dan selalu menyembur pewangi. Ada tandas duduk dan ada tandas cangkung. Yg duduk, me tengok jenis pam hampagas yg seperti dalam kapalterbang. Teori me, mungkin jenis yg ‘free flow’, tidak sesuai untuk membuang air ketika keretapi sedang berhenti.

Dan diantara gerabak ada ruang yg boleh untuk kita berdiri dan merokok. Tapi me tidaklah merokok. Ada juga ruang-ruang antara gerabak itu yg pintunya tidak tertutup. Sungguh bahaya, tapi ramai juga yg lepak berdiri menghirup udara bersih.

Oleh kerana keletihan, me duduk dikerusi dan kadang-kadang membaca buku novel ‘unaccustomed earth’ oleh jhumpa lahiri. Jam 3.30pm, me sudah tertidur. ETA = 4.30 jam. (Bersambung..)

Alahai.

Categories: Travel