Home > Travel > ekspres rakyat koc first class: part trois

ekspres rakyat koc first class: part trois

August 24, 2009

(insert poem of train)

iPhone(アイフォーン、またはアイフォン)とはアップル製のスマートフォンの名称、またはシリーズ全体の総称である。

ETA = 3 jam.

Keretapi tiba di gemas jam 5.15pm. Berhenti seketika dan kebetulan ada keretapi yg sedang menunggu penumpang juga di landasan bersebelahan.

Di segamat (jam 5.42pm) juga keretapi berhenti menurunkan dan menaikkan penumpang. Masa keretapi hendak berjalan, me nampak ada seorang gadis terkejar-kejar dan sempat naik keretapi api.

Jam 5.57pm, me berhenti dan berehat seketika di kafeteria yg dipenuhi kerusi merah. Keadaan dalam kabin yg panas sebab tiada penghawa dingin. Me pesan kopi-o tapi budak kafeteria bilang tiada. Yg ada cuma nescafe. Me kata bolehlah. Harga secawan nescafe ialah RM2.50.

Bila me kembali ke kerusi dalam kabin kelas pertama me. Me pun sempat tanya mem salleh yg duduk bersebelahan itu untuk ambil gambar me. Mula-mula me segan juga sebab mereka sedang khusyuk membaca buku. Tapi me sudah mohon dgn baik rasanya. Tapi mem salleh sambil tersenyum juga bilang tak kisah. Begitu juga suami dia. Mereka pelancong warga emas dari darwin, australia. Dan mereka pernah bekerja di kuala lumpur. Tapi ini adalah kali pertama mereka menaiki keretapi kalau berulang alik ke singapura. Selalunya mereka guna perkhidmatan bas ekspres. Samalah dgn me, nak merasa pengalaman naik keretapi katanya. Sambil tangkap gambar me sambil ‘pot pet pot pet’ saja mulutnya.

Sambil ‘pot pet pot pet nice camera pot pet nice picture ‘ saja. Me nampak suaminya yg duduk ditepi tingkap ada memakai kamera digital dan ambil-ambil gambar. Sambil ambil gambar video pemandangan. Mem salleh itu bilang mereka memang cadang hendak membeli kamera yg lebih besar. Me pun cakap, “belilah sekarang..”

Sebelum itu me nampak mereka makan dodol yg di’packing’ kecil-kecil dalam bekas yg elok. Nasib baik me tidak tegur awal-awal, nak cerita pasal dodol yg hanya dimakan pada hari raya saja. Kalau tidak mesti dia orang gelakkan me sebab sangka mereka baru datang ke malaysia pula.

Sebenarnya mula-mula me hendak berjalan dari gerabak kelas pertama (yg paling akhir) ke gerabak paling depan (kelas ekonomi), tapi me tak laratlah pula. Ini disebabkan jarak yg jauh dan keadaan pergerakan keretapi yg bising dan terhuyung-hayang. Tapi me lihat antara gerabak kelas pertama dengan kelas kedua pun sudah banyak bezanya. Kelas pertama lebih selesa, lebih bersih berbanding kelas kedua. Penumpangnya pun berbeza juga, seperti yg me beritahu sebelum ini, ramai pelancong di gerabak kelas satu. Perangainya pun berbeza. (Bersambung..)

Alahai.

Categories: Travel