Home > Travel > 10 tempat menarik sekitar KL yang I tak pernah pergi

10 tempat menarik sekitar KL yang I tak pernah pergi

(insert 10 interesting places in kl)

クアラルンプール(ラテン文字:Kuala Lumpur, ジャウィ:كوالا لومفور)はマレーシアの首都で、東南アジア有数の世界都市。マレー半島南部の丘陵地帯にある。一般的にKLと略して称される。

Kelmarin masa me mencari maklumat tentang stesen keretapi kuala lumpur. Me terjumpa blog orang kl yg tidak pernah pergi di sepoh tempat menarik sekitar kl. [+ jai maddox ]

Berikut adalah senarai sepoh tempat menarik tersebut. Dan me ringkaskan pengalaman me pergi ke sana.

1. Perkarangan Istana Negara – walaupun dulu ketempat kerja lama me kena limpas istana negara setiap hari. Tapi pada tengahari 21/3/09, me telah sempat merempit ke pintu gerbangnya. Memang ramai pelancong. Kebetulan mesyuarat khas raja-raja baru saja bersurai (kes menteri besar perak). Me nampak kereta-kereta mewah yg besar gedabak berderet-deret keluar dari perkarangan istana dan polis trafik mengawal lalulintas di luar jalan sana.

2. Pusat Sains Negara – me mula-mula keliru dgn planeterium negara yg me pernah masuk dan lawati yg ada wayang besar didalamnya. Tapi me ingat pernah sampai di perkarangan tempat letak kereta pusat sains negara itu semasa mengikuti acara mencari harta karun (2003).  Tidak pernah masuk ke dalam bangunan lagi. Tapi me pernah ke petrosains klcc sampai dua kali.

3. Desa Water Park – me pernah masuk sekali sahaja. Itupun masa aQi kecil lagi. Tahun 2001 agaknya. Mandi manda saja.

4. Eye on Malaysia – sekarang sudah tidak wujud, sudah dipindahkan ke melaka adanya. Me pernah naik ‘eye on malaysia’ sebanyak dua kali. Seronok juga. Tapi masa itu, me masih pakai kamera ciput digital dan sempat ambil beberapa episod video.

5. The Twin Tower Bridge – pergi pada harijadi aQi tahun ini. Walaupun tiket percuma, tapi kena beratur awal pagi. Dapat naik pukul 9.45pagi. Dibenarkan berada di jambatan langit itu selama sepoh minit saja.

6. Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur – semata-mata hendak kemaskini entri me yg bersiri ‘solat jumat’ itu. Me sanggup merempit bersembahyang jumaat pada tengahari 14/11/09 ke masjid jalan duta yg besar gedabak itu.

7. Istana Budaya – sudah banyak kali me tonton teater disini. Dari teater bangsawan ‘nyonya’, ‘tun sambanthan’ dan ‘sirah junjungan – tahajuj cinta’ yg ada persembahan dari penyanyi datuk siti nurhaliza yg tersohor popular itu.

8. Tugu Negara – me ingat sudah dua kali me sampai. Mula-mula tahun 2001 dan  terkini di tengahari yg panas terik pada 30/11/07.

9. The Orchid Garden – ataupun taman orkid kuala lumpur. Me sudah pergi dua kali juga. Yg pertama bila mula-mula me beli kamera dslr me yg itu. Pergi bersama-sama aJi, kawan sepejabat yg lama. Itupun kami pergi merempit di tengahari yg panas. Yg kedua bila me singgah ke taman bunga raya bersebelahannya juga.

10. Aquaria, KL Convention Centre – dua kali juga. Memang aquaria langkawi lagi besar dan menawan. Tapi dengan adanya aquaria sebegitu di tengah bandaraya kuala lumpur memang sesuatu yg istimewa. Tidak perlu ke pulau langkawi.

Macamana dgn me yg bukan orang kl tapi sudah pergi ke semua sepuluh tempat menarik sekitar kl itu? Walaupun kad pengenalan me beralamat di taman keramat, kl. Tapi me dilahirkan di negeri darul takzim itu. Membesar di negeri darul takzim itu.

Sebabnya me memang minat jalan-jalan, tengok tempat-tempat menarik. Bukan setakat di kuala lumpur sahaja, tapi diseluruh pelusuk tanahair. Ambil gambar dan tulis pengalaman serba sedikit buat ingatan di masa depan. Mana tahu esok lusa tulat, me tak sempat nak jenguk2 lagi tempat2 menarik sebegitu.

Dan ada sepoh tempat lagi di sekitar kl yg me rasa belum pernah pergi. Tapi me hendak pergi. InsyaAllah, kalau ada kelapangan dan kesihatan. Ada sesiapa nak ikut?

1. Royal Selangor pewter
2. Teater stor dewan bahasa dan pustaka

3. Stadium negara
4. Bank Negara Money Museum
5. Islamic Arts Museum
6. Parliament House
7. Petronas Philharmonic Concert Hall

8. Telekom Museum
9. The Curve
10. Kompleks Kraf Kuala Lumpur

Dan sepoh tempat lagi yg me sudah pergi dan rasa menarik tapi tidak tersenarai dalam blog yg mula-mula tadi.

(insert visited kl)

1. Menara kuala lumpur (kl tower); 2. Rumah peringatan p. ramlee; 3. Zoo negara; 4. Taman rusa dan kancil; 5. Taman bunga raya; 6. Stadium bukit jalil; 7. Dataran merdeka; 8. Taman burung; 9. Masjid jamek; 10. KL Sentral

[+ senarai rujukan – cuti malaysia (kuala lumpur)]

Nota: kesemua gambar-gambar diatas me tangkap guna kamera me sendiri, kecuali yg berwarna hitam putih. Harap maklum.

Alahai.

Categories: Travel
  1. August 29, 2009 at 1:00 am

    saya pun suka jenjalan tapi semua tempat yg en_me list kan tu saya pun tak penah pegi..lalu dari jauh ade lah… huhuhu.. Tunggu la saya berkamera DSLR, bole join en_me shooting sana sini kan..hehehe

    apa kelise tunggu kamera dslr ghitewww..

  2. August 29, 2009 at 4:12 am

    en_me…
    tu diaa…well worth for a Cuti Cuti Kuala Lumpur ni…nak promo kat pak Arab la…mereka suka holiday kat Malaysia…TQ

    akak norma nanti cakap dgn pak arab datang malezia jangan pakey suar kontot jewww.. kowserr uu

  3. August 29, 2009 at 4:30 am

    Lucky buat me pasal ada peluang gi tempat2 menarik tu semua.
    I tak sampai lagi. Hehehe. Tengoklah kalau ada masa, nak gi semua tempat2 tu. Sensorang punn takper.

    ahaha, sampai gak ko kat sinih.. thanx for d inspiration ghitewww

  4. ain
    August 29, 2009 at 4:47 am

    akak ada hutang anak2 gi petrosains. they all nak gi lagi wlupun dh gi. nak naik eye on msia dulu tu, malehnya nak beratur. pas tu plan gak nak gi istana negara, ntah bila la agaknya.

    ala akak norm, senggol2 jerr abang mae tewww.. ahaks
    tapi yg kat johor sendiri dah abes ronda2 kerr..

  5. fadzilah
    August 29, 2009 at 5:29 am

    amboii e_me…berjalan sakan ye..nak ikut pegi jln2 bleh tak??
    tapi kamera DSLR takde..boleh ghiteww????

    me ader sebut2 kamera dslr kerr.. kowserr uu

  6. August 29, 2009 at 5:33 am

    semua tempat yg abg me sebut……daku x pnh pegi….heheh….kesian…

    tak penting kanns..

  7. August 29, 2009 at 6:00 am

    saya kalau balik kampung kat gombak, jarang jugak pergi tempat2 yg en_me senaraikan ni…
    paling selalu pergi pun shoping complex je…

    sonoknyerr gi shopping ghiteww.. ehehe

  8. August 29, 2009 at 6:01 am

    jln2 ni sangat mujarab kpd sapa2 yg nak kurus…kuruskan poket. hehehe

    pengalaman yg priceless akak kuning ittewww.. kuruskan poket kat shopping mall jakkk.. ehehe

  9. buzzybug
    August 29, 2009 at 6:17 am

    saya dah sampai Eye on Malaysia ngan Akuaria je.

    sonok kannns..

  10. August 29, 2009 at 6:30 am

    Salam en me,

    Dari 10 tmpt jai maddox tak pernah p tu, ada 3 yang saya tak pergi lagi……

    biler nak gi siteww..

  11. August 29, 2009 at 6:46 am

    dalam banyak2 tempat yg di senarai tu hanya satu tempat zino tak pernah pergi dan memang tak mau pergi sampai la tempat tu di bersihkan dari benda tu.. hehe

    eye of malaysia.. pada zino ini satu projek yg membazir, tak kena tempat, tak kena gaya , tak kena cara, sekarang dah di buang ke melaka..

    ghitewww fulakkks..

  12. August 29, 2009 at 7:03 am

    bagus en_me for the list…dok pkir2 mana nak poei time wekend…thanks for the list..hehehe

    nnti2 bley la pegi n amik gmbo sekeping dua

    salam sabtu en_me ituu

    salam weekend pitya teww..

  13. August 29, 2009 at 7:46 am

    he..23x sy pun byk lg tempat xg lagi kat KL nun…

    yg kat negeri sendiri dah abes jengok ker bro.. ihiks

  14. August 29, 2009 at 8:15 am

    aquaria, klcc & eye on malaysia pengalaman yg plg syiok bt AA & family…
    rombongan chek kiah tuuu brp hinggit???

    syiok kanns..

  15. August 29, 2009 at 8:50 am

    Aku pun… banyal lagi tempat yg aku belum pernah pergi!!!
    Jangan kata KL. eye on malaysia yg pindah ke sini pun aku belum pergi… heheheheheh

    akak gi maner selalu.. uhuhu

  16. August 29, 2009 at 9:13 am

    en me ni kan.. memang laa.. gambar2 kan sumerr cantek gell kot.. saluto2!

    thanx bro..

  17. August 29, 2009 at 9:15 am

    dlm mase tiga hari neh.. nk try gak lawat seme tpt tu.. ehehe..

    pssst.. ku dah pegi pusat kraftangan malaysia,………. tersgt la chantek!

    craft center memang nk terjah..

  18. August 29, 2009 at 10:24 am

    Tuan saya dah jawab tag tuan. Ada bonus ke

    thanx pokli tewww.. muger2 kiter menten rakan siber yg baik2 ghitewww..

  19. August 29, 2009 at 11:19 am

    x larat jln kt bridge KLCC tu..uhuhu~ my sedare2 xyah beratur nk tiket. ade sape2 nk jd sedare ke?😛

    penah g concert kt DFP but I advise u guys, pegi yg ade nyanyi2 je. kalo pegi yg org main music je (I went for Cindarella concert) nnti bOring and rasa nak kluar cepat. coz x paham ape2 except masa bunyi tik-tok tik-tok (12 mlm) haha!!

    teruja nak gi philharmonic teww.. tungguu

  20. August 29, 2009 at 12:36 pm

    en_me itewww..ku nak ikut…

    iyolarr tewww..

  21. August 29, 2009 at 12:39 pm

    seumur hidup, baru skali ja sampai KL, tue pun lalu ja, hehe. best ka KL?

    pakndak yg jauh dimaterr.. best ka kairo itteww?

  22. August 29, 2009 at 3:47 pm

    nak ikut……………………….

    iyolarr teww..

  23. azriphotoblog
    August 29, 2009 at 9:25 pm

    salam en me, trima kasih menjenguk blog saya. =)
    selamat berpuasa juga.

    nk tumpang tanya, en kerja di syarikat apa?
    sy student mechanical engnring yg tgh cr tmpat practical.
    bersesuaian dgn syarikat en x?

    ni email sy:
    azriaris9@yahoo.com

    harap kita dpt berkomunikasi secara private. =)

    oke nanti me anto email.. thanx bro

  24. August 29, 2009 at 10:13 pm

    sepoh~ kelasss gituuu bhs en_me ;p

    agaga..

  25. August 29, 2009 at 10:57 pm

    semoga me dpt pergi melawat ke 10 tmpt iteww..
    tangkap gambar eh..tempek kat blog yg lumayan nih..
    slmt berhari minggu
    ~merdeka

    kalo sempatt ghitewww.. insyaAllahhh

  26. August 29, 2009 at 11:34 pm

    huhuhuhu eye on mesia tak naik lagi tapi london eye dah naik hahahaha
    muzium duit tu pun belum masuk lagi tapi tang tabur duit memang terer
    istana? huhuuh… dulu lalu jer sebab pi kerja dan balik kerja
    apa lagi ek?
    Yang lain tu dah pi sebab assignments huhuhu..

    Salam Ramadhan enchek me!

    sempattt tewww..

  27. August 30, 2009 at 1:33 am

    he.. he.. tak tau bila nak p…

    terjah jerr.. weekend ko watperr.. hmmm

  28. August 30, 2009 at 2:54 am

    kena datang stor teater dbp tu nanti hehehe

    insyaAllah ryan, lehh temann.. ekeke

  29. September 1, 2009 at 12:00 am

    rumah p ramlee dah pergi ?

    yep, taman p ramlee kat sentull itewww bro.. naper, x cayer.. dulu me ada wat entri

  30. vivavogue
    September 1, 2009 at 9:38 am

    royal selangor pewter tuh mcm menarik kan??? teringin jugak nak p…next time bler blk kg ler gamaknya….en.me kalu p jgn lupa tempel gambar byk2 bikin panduan okeh…

    insyaAllah..

  31. September 2, 2009 at 2:30 pm

    slalunya cam tu lar klu kat tempat orang kita penah sampai tp kat tempat sendiri jejak kaki pun x penah

    camtu kannns.. ekeke

  32. September 2, 2009 at 3:44 pm

    syok kan g jenjalan nie..zura yg duk kl nie pn xpnh abis jln area kl

    naper, selalu banjir ker kl tewww.. ihihi

  33. September 2, 2009 at 4:55 pm

    KLIA termasuk dlm Kuala Lumpur tak?

    ponnn ponnnn…..!!!!

    selalu ker abang din bawak lori gi klia ittewww.. ammvoiii
    tp KLIA bukan Kuala Lumpur erk..

  34. September 3, 2009 at 11:53 am

    saya suka entry ni. ada banyak lagi tempat yang saya tak pergi dalam senarai en_me ni.🙂
    insyaAllah kalau takde aral, nak jugak pergi.

    terjahh jerr..

  35. September 3, 2009 at 4:05 pm

    huhuhuhu….
    entri TAK PERNAH…..
    tengok mcm semua dah g jew….
    ap cer???
    huhuhuhu
    Istana Negara – Tak pernah g gak…

    Pusat Sains Negara – sama jew….teringin g petrosains

    Desa Water Park – sama gak..tapi selalu g sunway lagoon

    Eye on Malaysia – dah naik dah,ada kenangan best!

    Twin Tower Bridge – asyik tiket abes jew……geram!

    Masjid Wilayah – Masa CT Khawin…wakakakakaka

    Istana Budaya – Praktikal 6 bulan, keje 6 Bulan…Tun Sambhantan kat MTC la,bukan kat IB….. ada Tun Sambhantan-2 lagi tau…huhuhuhu

    Tugu Negara – nak pergi tapi MALAS!

    Orchid Garden – Tak tahu pun ada.

    Aquaria – tunggu Matta Fair ni murah sikit…..

    Petronas Philharmonic Concert Hall – siap naik atas pentas lagi…best

    The Curve – selalu…..

    tu jew pengeranz dapat kongsi…..

    salam bro.. cuber ko bacer betoi2 .. tajuk entri me ambil dari blog mamat ittewww..

  36. September 5, 2009 at 8:17 am

    kiter pun tak pernah pergi tmpt yg akak listkan tu even duk kl je..hehehe..takdo duit den nak jalan2

    me? akak? auwww kowserr uu

  37. January 27, 2010 at 6:57 pm

    ini sangat berfaedah kerana saya boleh buat laporan lawatan ke KL

  38. noraini-uk visa
    February 26, 2010 at 1:20 pm

    erm…jalan kat malaysia nie best kan…tak payah gie luar negara…menghabiskan duit jer…

  39. cecilia
    March 30, 2010 at 7:16 pm

    tempat-tempat itu tak memang menarik pun!!!!!!!!!!!!!!!

    • cecilia
      March 31, 2010 at 9:24 am

      eh mana ader haku nak main main sahaja

  40. Cynthia Bangi
    July 12, 2010 at 5:18 pm

    Ish…best sangat kat kl tu…rasa mcm x nak pulang lah pulak…hahaha…paling best sekali kat swimpool tu sangat2 besar…

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s