Archive

Archive for September, 2009

the last entry (demo tahu ko dok)

September 30, 2009 33 comments

(insert journey to kota bharu)

left to right: the first row – yaasir, tesco kota bharu, kampung jambu tumpat, kuala terengganu signage;
the second row – traffic jam at sultan yahya petra bridge, downtown kota bharu, mee hoon tomyam, sun-two restaurant;
the third row – ‘no camera’ at paka and kedai lalat health clinic

Ini adalah entri terakhir me bulan ini. Dan ini juga entri terakhir me tentang jalan-jalan berwisatawan ke kelantan minggu lepas.

Untuk kawan-kawan yg malas membaca entri sebelum ini (walaupun entri me pendek-pendek belaka), me cuma nak bagitahu me sudah selamat kembali bertugas seperti biasa.

Meskipun cuma sehari suntuk saja me di kota bharu, banyak yg me hendak ceritakan. Tapi takut kawan-kawan menyampah pula. Jadi me ringkaskan dibawah.

Traffic Jam – memang kesesakan lalulintas yg keterlaluan bukan saja di dalam bandar kota bharu. Bayangkan di jambatan sultan yahya petra (kota bharu ke tumpat), dari empat lorong kenderaan menjadi satu lorong di kedua-dua arah. Mungkin disebabkan hariraya, tapi tidak mungkin juga.

Food – me tertarik dengan restoran sun-two di depan hotel temenggong itu. Walaupun pemiliknya berbangsa cina, tapi ramai sungguh pelanggan terutama orang kita melayu. Masakannya yg sedap dan tidak hairanlah selalu penuh. Itulah restoran tempat me bersantap di waktu malam. Diwaktu siang, me terjah ke medan selera tesco pula.

Hotels – sebelum datang, me sudah tempah bilik di hotel temenggong. Untuk dua malam. Harga memang murah (RM75, tidak termasuk sarapan pagi) tapi sungguh tidak selesa. Tempat letak kereta pun tidak keruan. Me pindah ke hotel dynasty inn yg lebih besar dan agak selesa.

How to get there – memang bercelaru kalau tidak membawa peta. Kurangnya papan tanda terutamanya tempat-tempat penting. Me guna gps pada iphone me saja. Tapi kalau tersesat pun, boleh bertanya dengan orang kelantan yg memang peramah belaka. Jangan sampai tersesat ke siam pula.

Interesting places – selain muzium dan wat, tidak banyak yg me tahu. Kurangnya informasi dalam internet atau buku-buku pelancongan. Me memang tertarik dengan makam-makam lama atau tempat sejarah yg berkaitan dengan cik siti wan kembang dan puteri saadong. Tetapi tidak berjumpa. Cuma me sempat singgah ke kampung ‘kedai lalat’ yg asalnya bernama ‘kota jembal’, bekas pusat pemerintahan kesultanan lama kelantan juga.

Sekali lagi, ini adalah entri terakhir me bulan ini. Jumpa kawan-kawan di bulan depan ya. InsyaAllah.

Alahai.

Advertisements
Categories: Travel

menate mu

September 28, 2009 44 comments

(insert duit royalti kelantan)

hok pehe tu pehela
laman siti khadijah, kota bharu, kelantan

mu bagi duit royalti kat aku.. aku nak berniago..
mu patut bagi duit royalti kat rayak jelate..
mu sembahyang mu sembah sapo? Allah kan? mana dia Allah..
duit royalti! bukan duit mu! aku nak duit royalti – bagi kat aku!
aku nak niago..

Lepas dari melawat muzium-muzium di tengah kota bharu dan singgah di padang merdeka. Me lepak-lepak pekena air teh-o di gerai laman siti khadijah itu. Tiba-tiba terkejut bila pakcik kat atas tu terjerit-jerit seorang diri macam orang gila. Tapi me pelik juga. Kalau pakcik itu orang gila, macamana dia boleh tahu pasal isu politik semasa? Dialog diatas adalah sebahagian drpd ucapan beliau. Dan me tidak tunggu lama.

Sempat juga me rakam aksi pakcik itu. Tangkap gambar dan tangkap video. Tapi me tidak boleh tayang dan tunjukkan video beliau di sini. Takut nanti ada orang yg minta royalti dari me pula.

Alahai.

Categories: Travel

pulau kapas jauh ketengah

September 27, 2009 15 comments

(insert pulau kapas)

left: somewhere in pasir puteh, kelantan
right: pulau kapas, a view from marang, terengganu

Cerita berwisatawan me ke kota bharu belum habis lagi ya kawan-kawan.

Kata orang, jauh berjalan luas pemandangan. Memang betul. Laut yg membiru dan sawah padi yg menghijau. Ditambah dengan cuaca yg cerah dan tidak berjerebu gitu. Memang cantik sangat dan menawan.

Sembang petang ahad malam isnin. Salam sejahtera buat kawan-kawan me yg best-best itu.

Alahai.

Categories: photography, Travel

raja masai bersantai di masjid jawa

September 27, 2009 10 comments

(insert masjid kampung laut)

built entirely of wood, without the use of nails, the mosque contains some impressive woodcarvings
masjid kampung laut, nilam puri, kelantan

Tempat-tempat menarik yg terletak di kota bharu yg me baru lawati kelmarin. Semuanya berdekatan antara satu sama lain di sebelah padang merdeka.

Antaranya, laman siti khadijah1 (terletak antara bazar buluh kubu dan pasar siti khadijah), bank pitis2 (tempat menyimpan wang perbendaharaan yg pertama), istana jahar3 (muzium adat istiadat diraja kelantan), bank kerapu4 (memorial peperangan dunia kedua), padang merdeka5 (disinilah mayat tok janggut penentang inggeris digantung secara songsang) dan muzium islam6 (serambi mekah) yg tertutup rapat.

Disebelah petang pula, me sampai juga ke masjid kampung laut (gambar diatas). Terletak di pekan nilam puri (berhadapan universiti malaya). Masjid tertua ini dikatakan dibina oleh pengembang agama islam yg berulang-alik antara champa (kemboja) dan jawa dgn bantuan penduduk tempatan. Tempat asalnya terletak sejauh 10km di kampung laut tumpat, di pinggir sungai kelantan. Dipindahkan pd tahun 1968, kerana sebahagian besar tapak tanah telah runtuh ke dalam sungai akibat banjir.

(insert kota bharu museums)

the real attraction of the padang merdeka area is the cluster of museums close by

Alahai

Categories: history, Travel

sawa dee kap

September 27, 2009 7 comments

(insert a view from pengkalan kubor)

a view from immigration complex, pengkalan kubur

Selama ini me memang tahu, selain pintu masuk/keluar ke negara siam di sungai golok (rantau panjang). Pengkalan kubur juga menjadi pintu masuk/keluar di negeri kelantan.

Tapi kelmarin me baru tahu, di pengkalan kubur itu kena naiki sampan atau feri melintasi sungai golok pula.

Dan keadaan di sini amat tenang. Tiada kelihatan bot-bot peronda polis disetiap 500meter sepanjang sungai, tidak seperti di selat johor nun dibawah sana (itupun bot peronda polis negara lain yg punya.) Tidak hairan kalau kita selalu dengar kes-kes penyeludupan yg amat berleluasa di negeri ini.

Alahai

Categories: Travel

serambi siam

September 26, 2009 19 comments

(insert reclining buddha)

the buddha statue itself is unremarkable, but the novelty of finding a wat in strongly muslim kelantan is enough to add some interest
kampung jambu, tumpat, kelantan

Bukan serambi mekah.

Terlebih dahulu me memohon maaf jika entri ini menyinggong perasaan ataupun emosi ataupun akidah mana-mana pihak. Entri ini sekadar informasi saja. Tiada unsur politik keterlaluan. Harap maklum.

Untuk ke wat phothivihan diatas, dari arah kota bharu akan tiba di pekan chabang empat. Di simpang chabang empat, ikut simpang sebelah kiri, kalau berjalan kaki sejauh tiga setengah kilometer akan mengambil masa kurang lebih sejam. Kalau naik van buruk toyota unser me cuma tujuh minit saja, yg terletak di kampung jambu (kampung berok) selepas kampung ana. Itupun kena bertanya dengan ‘awe’ budakĀ  bengkel motor itu.

Selepas dari wat phothivihan (patung buddha berbaring), me terjah ke wat kok seraya & wat phikulthong – wat phor than na daham (patung buddha berdiri) sebelum ke wat machimmaran (patung buddha terduduk) di jalan pengkalan kubur.

(insert wat wat wat)

standing buddha statues at wat kok seraya and wat phikulthong, while a seating buddha statue at wat machimmaran
tumpat, kelantan

Alahai

Categories: Travel

only in kelantan

September 26, 2009 20 comments

(insert iphone in jawi)

the fastest, most powerful iphone yet

Alhamdulillah. Me baru sampai dari berwisatawan ke negeri cik siti wan kembang itu. Letih juga.

Banyak juga obyek wisatawan yg me sudah lawati semalam. Antaranya, muzium-muzium, wat-wat, dan masjid kampung laut.

Tentang iphone me pula memang banyak membantu. Terutamanya bila sesat ditengah bandaraya kota bharu atau di pertengahan jalan. Me boleh guna peta google gps saja.

Tapi iphone secanggih manapun masih tidak boleh membantu – kalau kita kena saman meletak kereta kan.

Alahai.

Categories: photography