Home > Ho Hum > bosanlah blog enchek nih, asyik sejarah jerr

bosanlah blog enchek nih, asyik sejarah jerr

(insert plantation workers in ulu tiram)

they work hard (too hard) for the money to prosper our beloved country
plantation workers in ulu tiram

apa makanan best orang melaka yg enchek dah rasa? sejarah2 nih ngantuk lahhh.. hahaha

Sedih kan.

Tapi tidak mengapa. Gasaklah kan. Me pun sudah lama memikirkan hendak berhenti memblog. Tapi kalau esok, lusa atau tulat me tak kemaskini blog, maksudnya me dah padam.

Tapi sebelum itu, mesti kawan-kawan hendak tahu kenapa me suka cerita pasal sejarah dalam blog yg ‘memang lumayan’ ini? Suka jalan-jalan tempat-tempat yg ada unsur-unsur sejarah?

Kawan-kawan juga mesti hendak tahu kenapa orang ‘indon’ yg mencari dan mendapat rezeki halal di tanahair yg bertuah ini hendak menyerang, meng’ganyang’ dan membunuh orang-orang kita? Kenapa mereka tidak bersyukur? Walaupun kita orang dan dia orang adalah serumpun, katanya? Adakah kerana sekadar kes tuduhan kita mencuri budaya tari pendet mereka? Adakah kerana sekadar kes terpencil bibik mereka yg didera di sini? Atau ada segelintir warga mereka yg tewas ditembak polisi kerana merampok di sini? Atau sengketa blok minyak ambalat di sabah yg terus berlanjutan? Atau ada kisah-kisah ‘sejarah’ silam disebalik semuanya ini?

Tanpa sejarah, siapalah kita kan.

Nota: Untuk mencari maklumat tentang makanan yg sedap-sedap, sila kunjungi laman blog puan catz’s cafe atau makan malaya (knizam.com).

Bangang.

Categories: Ho Hum
  1. October 15, 2009 at 12:16 am

    orang tak kenang budi. memang cam gitu..

  2. October 15, 2009 at 12:37 am

    mcm kenal jer kannn…salam mintak maap kalo tersinggung en_me…

  3. October 15, 2009 at 2:08 am

    ade ke yg ckp camtu en-me? xpa la, yg penting sy suke blog sejarah en_me ni..
    walaupon citenya sikit, tp bermakna utk sy yg bute sejarah ni..dpt gak info2.. nk gi jalan2 cam en_me xtau bile..

    Keep it up!

  4. hatijah Isman
    October 15, 2009 at 6:15 am

    Salam tuan rumah..
    Saya ikuti tulisan anda dari jauh..
    naper cam putus asa? Biar jer dgn ckp2 org yg tak menguntungkan..
    saya ttp suka ttg sejarah dan sentiasa ikuti cerita dr anda,
    kalau anda padam, abes la….

  5. October 15, 2009 at 6:33 am

    Tanpa dulu. tiada sekarang !

  6. October 15, 2009 at 6:36 am

    ur blog, ur rules, biaq p org nak kata apa pun.

  7. October 15, 2009 at 7:37 am

    sabar je la en me. yg penting saya suka baca n3² sejarah ni. nak harapkan saya dpt pergi kesemua tmpt yg en me citer tu, jgn haraplah. so en me,jgn stop blogging, saya sokong blog anda ini.

  8. October 15, 2009 at 7:40 am

    en_me,
    walau ada komen negatif
    masih ada komen positif
    ramai yg suke baca blog en me ni
    byk dpt tahu pasal negeri2 kt msia ni
    berbaloi baloi…
    😉

    terus berblog ye…

  9. October 15, 2009 at 8:04 am

    susah nak puaskan hati semua org..
    ini blog en_me..jadi pedulikan apa yg org nak kata..
    jgn sedih2 okeh!!!

  10. ain
    October 15, 2009 at 8:12 am

    sabo aje laaaa!!! bio ler luncai terjun ngan labu2nya!!hihihi

    akak pun heran kenape ye hanya psl benda yg remeh temeh indon naik angin ngan kita!!

  11. rya
    October 15, 2009 at 8:15 am

    sape dah buat en_me bengang ni.
    percuma ja dah kena sepam bang-ang.
    your blogging style, juz teruskan.
    mulut tempayan bolehla nak tutup.
    remember, me-no-pause.

  12. October 15, 2009 at 8:29 am

    en_me……

    Tunggu Akak dtg Melaka nanti……
    Tungguuuuuuuuuu…….

    🙂

  13. October 15, 2009 at 8:34 am

    huhuhu..ada yg komen gitu ye enchek me?
    ini blog enchek me..suka hati la kannssss

  14. October 15, 2009 at 8:44 am

    dgr citer indon marah2
    sejak kes video promo visit malaysia tu
    yg kru buat
    ada letak tarian jawa yg sebenarnya asal dr indon
    betul ke itu sebabnya?

    nope, buta sejarah ghupernyerrr.. uhuhu

  15. October 15, 2009 at 9:12 am

    jgn laaa berhenti memblog. teruskan jer. suka apa citer ttg sejarah

  16. Tie
    October 15, 2009 at 9:14 am

    Err….jangan marah !

    Nanti cepat tua, hehe…

  17. October 15, 2009 at 9:15 am

    perkataan ‘bangang’ yg last tu utk org hindon yg x sedo diri kan? bkn utk org yg tanye makanan melaka mana yg sedap, betoi x?

    hahahahahhaa

  18. October 15, 2009 at 9:23 am

    en_me, jgn lah padam…baru nak berkenal mesra..,
    inikan BLOG en_me, suka hati en_me lah nak tulis apa2 kanz..?
    tak suka baca jgn jeling kat BLOG en_me yg ini…
    tapi aku suka..

  19. October 15, 2009 at 9:42 am

    bangang??

    sejarah mengajar kita
    menjadi lebih dewasa (lirik lagu)

    lagu nie best..sedap je mendengarnya

  20. October 15, 2009 at 9:51 am

    eh eh… jgn stop blogging en_me…
    klu sorang tak suka sejarah, ramai lagi yg suka…
    saya personally suka blog ni sbb gambar yg cantik & tempat yg tak penah saya pegi…

  21. October 15, 2009 at 9:53 am

    pedulikan, kucing suka subjek sejarah…

  22. October 15, 2009 at 10:12 am

    pedulikan dia org tu en_me!

    Tanpa sejarah siapalah kita kanzz?…
    lagi satu, tanpa sejarah makna melancong sana sini jadi sunyi, kanzzz?

  23. October 15, 2009 at 10:22 am

    bukan bosan tapi majuk…

  24. October 15, 2009 at 10:25 am

    bagus sebenarnnya entry encik me..serius..bnyk benda baru yang saya tahu dari sehari ke sehari..teruskan menulis encik..sbb benda bersejarah sebegitu mungkin akan dilupakan esok2..mungkin perjuangan encik dapat mencatatkan serba sedikit utk generasi akan dtg..sekian..

  25. October 15, 2009 at 10:28 am

    Bangang………hu..hu..hu….

  26. October 15, 2009 at 10:45 am

    aku kirim senyum boleh ya? karena aku sayang pada en-me..
    **pic ini bagus sekali..

  27. Azni Azizan
    October 15, 2009 at 10:54 am

    Tu la…masuk tak di undang, lepas tu nak syok? aje..
    Ni jenis tak macuk punya..lain taste..kena pi tempat lain..

    Aku suka hang punya blog..keep up..pedulikan hampeh2 macam tu..

  28. October 15, 2009 at 11:48 am

    alahai~
    siapa yang berfikiran jumud tu?
    biarkan dia encik me~
    mesti cepat lupa diri orang tu~
    sejarah tu yang menjadikan siapa kita ahri ini~

  29. October 15, 2009 at 1:34 pm

    Hmm.. orang2 banjar, jawa, bugis, minang, boyan.. dsb yang ada kat malaysia ni agaknya datang dari gunung everest kot.. bukan dari indon… ntahlaa…

    nak nyanyi rasa sayang pun takbleh dah…

  30. October 15, 2009 at 1:42 pm

    encik cakap bangang? nanti mak su cubit…. 🙂

    saya ok jer, melancung secara virtual

  31. October 15, 2009 at 1:58 pm

    incik,jgn berenti blog.dulikkan apa org cakap. tanpa sejarah, siapa lah kita ni? w/pun subjek sejarah antara yang dibenci oleh semua org hahaha.

    tp sejarah incik lain.complete dengan gambar. cantik! 🙂

  32. October 15, 2009 at 3:11 pm

    Lebih baik tulis Sejarah…..dari cerita yang merapu-rapu….tulis tanpa jiwa, minda, IQ dan EQ!

    Saya suka catatan en_me. Menjaga Bahasa Melayu dengan baik….

  33. October 15, 2009 at 3:46 pm

    saya selalu fail sejarah..haha

  34. bayu
    October 15, 2009 at 4:59 pm

    sejarah = […]

  35. October 15, 2009 at 5:11 pm

    sape la cakap tu ??
    dalia suka je…
    nnt bg sejarah islam lak boleh tak ??
    🙂
    Tenkiu..
    mekacihhh….

  36. October 15, 2009 at 5:15 pm

    gasak la dwang abg me…klu takat sorang 2 yg ckp….ramai lagik yg suka….daku antaranya…byk menda yg daku x belajo dlm buku teks sejarah dulu….n sbb blog abg me ni le daku tau byk menda…

  37. yus
    October 15, 2009 at 8:44 pm

    biaq pi la oghang nkkata pa pun.yg penting enchek me happy.kami2 semua sentiasa sokong en_me…

    jgn benti blog ye..dengan bc blog en_me la saya dpt tambah ilmu ttg sejarah negara 🙂

    arigato (^__^)

  38. October 15, 2009 at 8:58 pm

    walau tak suka subjek sejarah..
    sejarah je yg ajar macam mana Malaysia terbentuk kan..kan??

  39. October 15, 2009 at 9:12 pm

    sape ckp? i suker je ikut blog u..semue posting i abce taw..cume x komen je..

    continue blogging ok dear?

    muah

    tp kalo bosan..rehat2 la dulu

  40. October 15, 2009 at 9:13 pm

    best jer i bace…

  41. October 15, 2009 at 11:00 pm

    Huh?! Nak stop blogging?!!! Jgnla wei… ok apa blog ni… best… suka tgk gambar gambar… entri pun best…

  42. October 16, 2009 at 12:22 am

    mesti org tu selalu fail sejarah kenns..
    ala..pedulikan diorang teww
    segelintir manusia mmg jd gteww klau perasaan dan minda mereka
    terlalu #^*#@

  43. October 16, 2009 at 12:39 am

    mereka selalu lupa sejarah sebab tu hidup tak tentu arah…selamat beristirehat en.me..jangan ambil hati sanggat

  44. October 16, 2009 at 8:06 am

    Salam,
    tak da yg dulu takda sekarang

    sejarah tak boleh dipadam
    tapi mungkin berulang

  45. ibusinga
    October 16, 2009 at 9:37 am

    tanpa yanginsaf…
    tak bermakna lah pagi ku….
    😦

  46. October 16, 2009 at 2:29 pm

    eemmm ada gak ke yg duk kata camtu.. takpe la.. kan.. blog sejarah blh gak dpt info2 yg menarik

  47. naman
    October 16, 2009 at 3:54 pm

    kerajaan kita baik hati sgt kot…

  48. October 16, 2009 at 4:19 pm

    salam…
    bangang laa derang ekk…
    lagu akim ‘bengang’ … top 10 era.fm ..

  49. October 16, 2009 at 6:06 pm

    Salam encik me, tanpa orang macam encik me,
    lagi buat kami goyah tak tahu jati diri, betapa pentingnya sejarah perlu dihargai, kamu buat kami sentiasa berfikir, encik me:)

  50. October 16, 2009 at 7:12 pm

    neeza suka sejarah.. tapi tak suka nak baca dan hafal untuk exam.. tak sesuai tawwww…
    kalau baca untuk nak tahu cerita, neeza suka.. 🙂

  51. October 16, 2009 at 9:09 pm

    btl tuh.

  52. October 16, 2009 at 10:13 pm

    kita x akan mampu utk gumbirakan semua org…
    (^_^)

  53. October 16, 2009 at 10:32 pm

    kalau bukan boring…bukan sejarah

  54. October 17, 2009 at 8:27 am

    Salam en me…

    Alahai… cian en me…. teruskan usaha en me…. blog en me nie bagus ape…. mengingatkan kita pasal sejarah yang semakin dilupakan….

  55. October 17, 2009 at 11:25 am

    Salam en_me,

    Jangan matikan perjalanan en_me mencari sejarah, kerana kebanyakan dari kita tak mampu nak smpai ketempat yg en_me pergi, jadi sebagai pengganti diri kami en_me jeklah yang pergi cari tempat2 sejarah ni, kami menyusur kemudian..hehe

  56. October 17, 2009 at 10:19 pm

    hehe sabar en_me
    keep on blogging, malaysia ketandusan blog yang ada sejarah mcm ni
    let alone blog cuti2 malaysia

    saya akan ke islamabad rabu ini untuk mencari rezeki di sana
    agak lama juga akan ke sana
    berkemungkinan akan blog pasal pakistan pula lepas ini

    belum pun saya pergi, dah terbayang2 peribahasa
    hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri
    memang tanahair terchenta lebih baik la kan en_me

    see ya!

  57. najwa
    October 19, 2009 at 12:16 pm

    ek eleeee…dengkinye org tuh!! jgn duliks inchik me..die jeles la tuh..

  58. October 21, 2009 at 10:26 am

    Apa salahnya cerita hal-hal sejarah. Sekurang-kurangnya, kalau kita tak dapat pegi atau tengok sendiri sesuatu tempat atau perkara, dapat juga kita tahu perihal yang diceritakan sikit-sikit melalui pengalaman orang yang pernah pegi dan alami.

  59. November 3, 2009 at 8:21 am

    suka baca travelouge. masih suka baca celoteh bang me w/pon selalu lambat datang. gambar2 bang me cantik2. i like 🙂

  1. No trackbacks yet.

Leave a reply to penyubiru Cancel reply