Home > myself > the answer is 66

the answer is 66

October 20, 2009

(insert chaah in four kilometers)

another favorite number
kampung temu jodoh, chaah, yong peng

Ramai sungguh (adalah 2 orang) kawan-kawan yg bertanya nombor enam poh enam yg selalu me tangkap dan tayang di sini.

(insert noniey n vivavogue)emm.. nape mesti 66 ek? tengok entry dulu2 pun, mesti 66… – noniey

ada apaler agaknya en.me dgn no. 66 ye? – vivavogue

Manja sungguh kan. Tapi tidak mengapa. Jom, kita sama-sama cari jawapannya dalam internet (wikipedia). Nombor 66 adalah,

1. Nombor asli selepas 65 dan sebelum 67.
2. Nombor atom bagi dysprosium, bersimbol ‘Dy’ ialah 66.
3. 66 mhz adalah kelajuan cpu.
4. Nama lebuhraya di amerika syarikat, iaitu ‘route 66‘.
5. Nama syarikat pengendali minyak di amerika syarikat, phillips 66.
6. Dalam angka abjad arab, nama Allah
(الله) itu 66 (wallahualam).
7. Nombor telefon antarabangsa ke negara siam ialah 66.

Manakala, tahun 1966 (MCMLXVI) pula melibatkan kisah sejarah berikut.

1. Indira Gandhi menjadi perdana menteri india. (19 Jan)
2. Amerika syarikat menambah tentera di vietnam (250,000)
3. Soviet Union melancarkan Luna 10 mengelilingi bumi.
4. Indonesia merayu pada malaysia untuk menamatkan ‘konfrontasi’.
5. Indonesia melancarkan kempen anti-komunisnya. 600,000 – 2 juta rakyat cina dibunuh. Negara cina menghentikan segala bantuan ekonomi pada indonesia.
6. Filipina memulakan kembali hubungan diplomatik dgn malaysia.
7. England menjadi juara piala dunia, mengalahkan jerman barat (4-2) di wembley.
8. Aktor ronald reagan menjadi gabernor california.

Dan me tahu juga, ramai kawan-kawan yg letak angka 66 dalam alamat emel masing-masing menandakan harijadi kan. Dan 6 haribulan jun pun bukan tarikh hari ini.

(insert 66 milestones)

i keep seeing the number 66, everywhere

Alahai.

Categories: myself
  1. No comments yet.
  1. August 2, 2011 at 6:25 am
Comments are closed.