Archive

Archive for December, 2009

My first career: Looking Back (1989 – 2009)

December 31, 2009 160 comments

twenty years after my first day of working here
shimano components (m) sdn bhd, pekan nanas, pontian, johor, malaysia

Hari ini sudah tiba di penghujung tahun 2009.

Ramai kawan-kawan yg sudah menghimbas kembali kenangan sepanjang tahun ini. Seperti abang penyubiru (dgn hadiah dari kekawan blogger), cek jard (dgn bloggers yg pernah berjumpa), akak liza (dgn ‘milestone’nya), cek yushaida (dgn impian tercapai),  akak saysabiah (dgn ‘checklist’nya), akak hliza (dgn ‘highlights’nya) dan abang loq (dgn lis harapannya). Kelmarin, me pun telah menceritakan [+ makanan yg me rasa ] setiap bulan. Cukuplah kan.

Tapi tahun 2009 juga genaplah dua poh tahun me bekerja sebagai jurutera. Selepas mendapat ijazah kejuruteraan mekanikal. Bulan ogos 1989 adalah hari pertama me bertugas di kilang basikal itu (kawan-kawan nak gelak tidak mengapa, tapi sebut betul-betul ya, bukan ‘kedai basikal’). Walaupun hanya dua setengah tahun me bertugas di situ, tapi banyak kenangan dan pengalaman yg me dapat kumpul dan pelajari. Mendapat latihan bekerja di singapura dan jepun dan belajar bahasa jepun amatlah tidak ternilai rasanya. Gambar-gambar kenangan bersama-sama kawan sekerja pun banyak juga. Tapi cuma dua orang saja yg me jumpa dalam ‘wajah buku’. Itupun sebulan sekali saja kami bertegur sapa. Mungkin mereka sibuk agaknya (dgn tugasan bercucuk tanam dan menjaga akuarium.)

Selama dua poh tahun itu, me sudah pakai 9 buah kereta (beli dan jual, jual dan beli), dan bekerja di 9 buah syarikat (masuk dan keluar, keluar dan masuk). Dan, me sudah menduduki 9 buah rumah (sewa dan beli, beli dan sewa). Kebetulan saja kesemuanya sembilan kan.

Bulan november 1999 genaplah juga sepoh tahun me merantau di ibukota. Sendirian juga.

Dan ini adalah entri terakhir me tahun ini. Jumpa kawan-kawan semua di tahun hadapan ya. InsyaAllah.

Oops. Hampir terlupa pula. Tahun ini juga genap dua poh tahun me jadi suami orang. Mungkin sebab me tak pernah meraikannya setiap tahun. Gasaklah kan.

Alahai.

Categories: myself

jb bikers week

December 29, 2009 84 comments

selecting rainbow colors on big bikes
dataran bandaraya johor bahru

Walaupun tidak banyak tempat menarik didalam bandaraya johor bahru. Tetapi dari masa ke semasa ada saja acara warna-warni di dataran bandaraya itu.

Ahad kelmarin me sudah singgah di pameran penunggang motor-motor pelbagai kuasa kuda di situ. Minggu motor jb ataupun ‘jb bike week 25 -27 dis 2007‘ [+ lang bikers ].  Motor besar, skuter dan kapcai juga. Kebetulan masa me tiba, acara gerombolan gotong royong baru saja hendak berangkat. Tapi me tidaklah tahu, gotong royong aktiviti apa. Mungkin membersihkan pantai agaknya.

Pascanota: diatas permintaan ramai yg masih tidak percaya, me masukkan dan tambah gambar gerombolan kapcai pula.

ready for gotong royong

Alahai.

Categories: exhibition

saper kater en_me tak suker letak gambo mesjid uoolss

December 28, 2009 60 comments

built from 1892 to 1900, the magnificent sultan abu bakar mosque is a mixture of architectural styles, but principally victorian [+ different angle view ]

Sedih kan.

Tapi tidak mengapa, hari ini entri me berkenaan 10 tempat menarik di bandaraya johor bahru (jay-bee atau jb).

Sebenarnya tidak sampai pun sepoh tempat menarik. Secara jujurnya kalau kawan-kawan bertanya, me akan bilang tiada tempat menarik di jb. Tiada bangunan dan tempat sejarah terutamanya. Mungkin bandaraya jb baru saja menjadi ibunegeri moden yg menggantikan kota tinggi. Dan juga disebabkan kedudukan pulau temasik yg lebih canggih, lebih bersih, lebih berteknologi tinggi dan lebih segala-galanya di seberang tambak.

Sebab itu tidak hairanlah kalau bandaraya jb dijadikan tempat persinggahan atau tempat mengecop paspot sahaja. Ramai pelancong dari luar negara (yg biasanya akan mendarat dan melawat pulau temasik dahulu) akan terus ke utara semenanjung. Begitu juga sebaliknya pelancong dari kuala lumpur dan utara akan terus melimpasi tambak johor sahaja.

Walaubagaimana kalau kawan-kawan berkeras juga ingin melawat bandaraya jb (jangan cakap me tak bilang ya). Me cadangkan tempat-tempat berikut.

1. Muzium Diraja Abu Bakar
2. Masjid Sultan Abu Bakar
3. Bangunan Sultan Ibrahim (Bukit Timbalan)
4. Galeri Mawar
5. Galeri Seni
6. Hutan Bandar
7. Taman Merdeka
8. Zoo Johor
9.
10.

Me minta maaf kerana tidak dapat memenuhi senarai diatas. Mungkin boleh juga tambah pusat pasaraya membeli belah seperti plaza angsana, kotaraya, jb city square.

Tentang tempat makan di tengah bandaraya jb pula, me boleh cadangkan berikut. Lc catering (lebuhraya tebrau), gazebo (kampung kurnia),  restoran singgah selalu (depan danga bay), nasi beriani (jalan kebun teh).

Alahai.

Categories: exhibition

then & now: my little boy

December 27, 2009 25 comments

i love you my baby boy & i miss you very much
left: dec 2007, right: oct 2009

Sudah hampir dua minggu me tidak berjumpa budak yg selalu me tinggal-tinggalkan itu. Dengan emak si yaasir pun.

Sembang petang ahad malam isnin. Salam sayang dari me untuk kawan-kawan juga.

Alahai.

Categories: Family

saper kater en_me tak suker letak gambar makanan

December 25, 2009 99 comments

various food i had for the whole year, according to the month
some i like it, some i dont

Hampir tiba di penghujung tahun 2009. Hari ini cuti hari natal sedunia.

Gambar-gambar makanan diatas me tangkap mengikut bulan. Dari bulan januari hingga disember 2009. Tanpa prejudis, me susun dan ringkaskan makanan tersebut seperti berikut:

januari. asam pedas melaka sejati, kampung pandan
febuari. lauk lalapan, miri
mac. mee banjir udang mak teh, kuala sepetang
april. peri-peri chicken, nandos, jaya jusco tebrau city
mei. ketam masak merah, makanan laut sri bahagia, tanjung langsat
jun. ikan patin masak tempoyak, kedai kak nita, temerloh

julai. fish and chips, marrybrown, today’s market, masai
ogos. nasi goreng special, old town white coffee, tesco seri alam
september. mee hoon tomyam, suntwo restaurant, kota bahru
oktober. ayam masak merah, bandar seri alam
november. roti canai, muara, brunei darussalam
disember. grilled salmon & garlic spaghetti, lavender bistro & cake shop, senai international airport

Dengan melihat gambar makanan tersebut, mengembalikan memori dan kenangan ke tempat-tempat yg me telah berpergian. Jauh dan dekat.

Tapi ada satu perkara yg me perhatikan pada gambar makanan diatas. Iaitu kurangnya warna hijau, bermaksud me kena lebihkan memakan sayur-sayuran pada tahun hadapan.

Alahai.

Categories: Food

yuna memang tak mesra wartawan

December 24, 2009 52 comments

extra long exposure, a flashlight, and a dark room

Yuna (yunalis zarai, 23) enggan ulas isu tak mesra wartawan, kata teropong zubir di bintang popular. Gasaklah kan.

Sebenarnya sudah lama me hendak tunjuk gambar hasil tangan me dalam bilik gelap.

Masih perlu banyak yg hendak dipelajari. Walaupun model tidak pernah merungut dengan jangkamasa yg agak panjang.

Kena cuba lagi di lain hari.

Sembang petang khamis malam jumaat. Salam sayang dari me buat kawan-kawan semua.

Alahai.

Categories: photography

macOS – a piece of junk

December 24, 2009 40 comments

still reliable piece of junk

Sejak me terima modem jalur lebar dari maxis (secara percuma), me jarang-jarang sekali guna telefon bimbit nokia n81 yg ada digi gprs untuk melayari internet.

Tapi kadang-kadang, penerimaan data internet dari modem maxis itu amat mengecewakan. Terpaksa juga me guna nokia buruk (yg sudah pecah skrinnya) itu. Boleh juga me jenguk-jenguk, singgah-singgah, komen-komen blog kawan-kawan yg best-best itu kan.

Sebagai nota sampingan, laptop apple powerbook me telah lama padam. Ya, ‘perempuan cantik yg tidak pandai memasak’ itu telah lama menghembuskan nafas terakhirnya.

Alahai.

Categories: property