Archive

Archive for January, 2010

kalau dah kau, aku tak suka

January 26, 2010 Leave a comment

Kassim Selamat? Siapa dia Kassim Selamat? Loyar? Majistrit?
Ahli muzik? Memang fantangg datok nenek aku ahli muzik!

Kata mak dara dalam filem ‘Ibu Mertuaku’.

Kalau dah kau, aku tak suka,

keturunan cucu cicit kau pun aku tak hinginn..

Alahai.

Categories: Ho Hum

Hello world!

January 23, 2010 1 comment

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

Categories: Uncategorized

please let me go lahhh

January 21, 2010 135 comments

this is my last entry lah (with animation lah)

Me ingat hendak berhenti memblog lah.

Tanpa alasan lah.

Sembang petang khamis malam jumaat lah. Salam sayang dari me untuk kawan-kawan semua lah.

Alahai lah.

Categories: Ho Hum

~ Kenapa Saya Berkacamata? ~ The Tag

January 20, 2010 79 comments

my last glasses
masjid jamek kuala lumpur (20th january 2009 – exactly one year today)

Entri tag dari cek [+ ahafiz-izzakak ninihanzdayahsiti sifir ] yg sudah lama me simpan. Me bukan kena tag. Tetapi tertarik sebenarnya dengan entri tag yg ini kerana berkenaan kaca mata yg sudah lama tidak me pakai. Selepas menjalani pembedahan laser, ataupun ‘lasik’ pada tahun lepas.

Soalan yang perlu dijawab adalah :

1. Sejak bila anda mula berkaca mata ?
me: masa mula-mula bekerja, dua poh tahun yg lampau

2. Bagaimana anda tahu yang anda memerlukan kacamata ketika itu?
me: sebelum berangkat untuk latihan bekerja ke jepun, ada pemeriksaan kesihatan, bila misi klinik (singapura) itu periksa, yg peliknya cuma sebiji mata sebelah kanan me saja yg kabur

3. Berapa ‘power’ pada permulaan anda berkaca mata (anggaran)?
me: manalah me ingat, mungkin 140

4. Jenis/bentuk kaca mata anda yang pertama?
me: besar gedabak seperti gambar retro dikanan (circa 1990)

5. Jenis/bentuk kaca mata anda yang terkini?
me: kini tiada lagi, tapi yg terakhir tahun lepas, petak kecil (seperti gambar diatas)

6. Berapa power terkini anda (anggaran)?
me: kini tiada power, tapi yg terakhir tahun lepas, sebelum pembedahan lasik mata, kurang lebih 350

7. Berapa banyak koleksi kaca mata yang anda ada dari dulu hingga kini (anggaran)?
me: adalah dalam enam belas (me tembak saja), tapi yg kelakarnya kesemua kaca mata tebal sebelah saja sebab mata kiri me normal spt biasa

8. Jika anda ada sentiment tidak suka berkaca mata, sila nyatakan sebab musababnya.
me: memakai kaca mata seperti memakai jam tangan, ianya suatu keperluan, dan tiada siapa yg suka berkaca mata, tapi me pun tidak suka berkanta lekap (contact lens) juga

9. Yang mana anda lebih gemar. Kaca mata atau contact lens? Kenapa ?
me: kaca mata, me fobia dgn kanta lekap yg leceh untuk memakai, dan menjaganya

10. Optometrist pilihan anda?
me: tiada yg tertentu, tapi selesa dgn kedai cermin mata di pertama kompleks dan focus point, holiday plaza jb

11. Pasangan anda berkaca mata ?
me: sekarang tidak lagi, sama seperti me selepas dilasik

12. Apa pandangan anda pada pembedahan lasik yg akan menggantikan kaca mata atau kanta lekap anda? (Soalan ini me tambah)
me: me’lasik’ adalah satu kaedah pembedahan mata yg baru, me telahpun menjalaninya yg mengambil masa 40 saat saja, pada sebiji mata sebelah kanan

13. Adakah anda berani menjalani pembedahan lasik di masa akan datang? Jika tidak, mengapa?  A. Kos yg mahal; B. Tidak berani menjalani pembedahan; C. Selesa dgn memakai kaca mata sekarang; D. Kesemuanya diatas. (Soalan ini juga me tambah)
me: me sudah menjalaninya, anda bila lagi?

Tujuan tag ini adalah untuk saya menilai apakah layman’s term yang biasa digunakan dan menilai kefahaman orang ramai tentang kepentingan memakai spek jika anda benar2 rabun. Juga me tambah tentang pengetahuan anda mengenai pembedahan lasik.

tadaaaaaaa… dah siap dah tag ni, tapi me tak hendak tag orang lain. Bukan hidup me hendak susah lagi menyusahkan orang lain. Voleee kannss?

Categories: myself

kepala dah haus

January 19, 2010 81 comments

from bridgestone to turanza to goodyear’s assurance
hawk tyres, taman rinting

Setelah sekian lama menangguhkan aktiviti menukar tayar kereta belakang yg bunganya sudah semakin menipis. Maka pada pagi sabtu yg lepas, me sudah tukar dengan yg baru. Jenama berlainan tapi saiz tetap yg sama – 195/65r15. Lima hatus hinggit (plus plus) siap ‘mengimbangi’ dan ‘menjajari’.

Lepas ini bolehlah me beradu domba dengan ‘adnan sempit‘ atau men’drift’ dengan anak datuk vvip yg brutal tapi ayu itu.

Tapi sebelum itu, sebaik keluar dari kedai tayar, me sudah pandu uji tayar yg baru ke hujung semenanjung sebelah timur. Sehatus kilometer ke teluk ramunia, sungai rengit sudah.

the fallen place even more rememberred (tempat jatuh lagikan dikenang kanns – ehehe)
teluk ramunia fabrication yard, a view from kampung changi [+ bigger image ]

Alahai.

Categories: property

me, mi-ri, mi-mi and mee-kolok

January 15, 2010 130 comments

siri bercakap dengan kartun – no. 05  [+ mimizuzuhaha.com ]
the ASEAN bridge, miri, sarawak (1st july 2009)

Sepatutnya me sudah terbang ke bandaraya miri tadi malam.

Tapi jurutera projek di miri suruh tangguhkan minggu depan. Sebab komputer untuk buat kerja disana belum siap tersedia.

Bila me mengadu pada ketua jabatan me, dia pula yg sibuk cerita pasal ‘mee kolok’ orang sarawak saja. Bos kata,

pagi mee kolok, petang mee kolok, malam pun mee kolok..

mee kolok nih macam kita makan nasi lemak di waktu pagi jerr.. dgn ice lemon tea

Sejujurnya kamik sik pernah makan mee kolok tok. [+ gambar dari flickr abang rasso aka Roslan Tangah ] Tapi untuk kitak yg sik dapat nengu pic sebab kenak block di pejabat, kamik sudah tampal sebelah tok. [+ mamaera ]

Siri bercakap dgn kartun [ no. 1 | no. 2 | no. 3 | no. 4 ].

Alahai.

Categories: work

an evening walk

January 14, 2010 18 comments

nice jogging and walking place in tasik lama recreational park, brunei [+ zoom out ]

Sudah lama tidak berjogging dan beriadah diwaktu petang. Perut pun sudah memboroi.

Teringat masa me pergi ke taman peranginan tasek lama di negara darussalam baru-baru ini. Taman rekreasi yg nyaman lagi segar. Seperti gambar-gambar dalam entri me kali ini.

The park is equipped with modern infrastructure provided by the government which can be utilized by visitors. Among them is reflexology site. It is made from special stones where stroller can have foot massage after a strenuous walk using the natural resources method. Visitors also can relax by the side of the natural waterfall and enjoy the beauty of the flora and fauna. [+ our PM morning walk ]

Sembang petang khamis malam jumaat. Salam ingatan dari me untuk kawan-kawan semua.

Alahai.

Categories: myself