Archive

Archive for May, 2010

en_me feat nadri dot com

May 30, 2010 12 comments

nadri dot com at chamek kopitiam seri alam

Malam tadi (sabtu malam ahad) sempat me jumpa rakan blogger nadri dot com (aka ayah aiman) yg itu. Kami berbual sedikit berkenaan perniagaan, kerjaya dan hal peribadi yg tidak keterlaluan. Itu saja.

Juga tentang seorang rakan beliau (Azman Idris, bukan penyanyi ‘Zuraidah‘) yg pernah menang 300 peraduan sepanjang 18 tahun. [+ mstar online ] Me tulis nama penuh beliau kerana sudah menjadi selebriti dan terpampang di dada akhbar.

Terimakasih me ucapkan pd ayah aiman sudi jumpa me dan belanja makan malam. Lain kali me belanja kamu pula.

Alahai.

Categories: Friends

don't make your customer waiting

May 30, 2010 14 comments
flame grilled rib-eye (chili's restaurant, klcc)

flame grilled rib-eye (chili's restaurant, klcc)

Siapa kata me tak suka letak gambar makanan. Sedih kan.

Jumaat yang baru lepas hari cuti umum (hari wesak). Sempat lagi makan di restoran chili’s kat klcc. Walaupun sebelum masuk kena beratur dan tunggu 20 minit.

Me teringat bila pergi ke kota tinggi. Selalunya penuh dengan pelanggan kalau singgah di restoran nasi beryani yang popular itu. Hendak berebut kerusi meja pun tak larat rasanya. Selalunya me akan cari restoran lain, dan bukan menu nasi beryani tentunya.

Kalaulah di restoran nasi beryani itu ada pelayan yang aturkan nombor giliran seperti di chili’s itu. Me pun sanggup tunggu barang seketika.

Tidaklah selalu kempunan jadinya.

Alahai.

Categories: Food

friday open mic

May 28, 2010 10 comments

li-ning badminton t-shirt (Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur)

li-ning badminton t-shirt (Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur)

Mulai jumaat ini, me akan buka komen buat rakan-rakan yg best-best itu. Komen apa saja*.

Achtung *: tertakluk pada terma dan syarat.

Alahai.

Categories: Ho Hum

air suam malam jumaat

May 27, 2010 6 comments

just a plain water (Selaseh Cafe Warniayu Enterprise, Ampang Park)

Esok hari jumaat dan cuti umum sempena hari wesak 2010.

Hati-hati di jalanraya. Majulah sukan untuk negara.

Alahai.

Categories: Ho Hum

en_me siapa dia sebenarnya

May 27, 2010 24 comments
"white flower"

blossom white turnera (Turnera trioniflora) at Petronas Petrol Station (Kota Tinggi heading Mersing)

Ada sesiapa tahu nama bunga putih diatas? Walaupun tidak berwarna warni, tapi keputihan warna itulah yang menarik hati.

Dan semalam, masa me mengemaskini blog yang sudah lama bersawang ini. Tetiba ada seseorang sedang mengesan jejak dalam butang pencarian encik google dengan menaip,

en_me siapa dia sebenarnya ?

Sungguh misterikah daku? Aiyooo. Me berharap beliau sudah mendapat apa yang dicari2 selama ini.

Pascanota: Bunga tunera  putih diatas dipanggil The White Turnera (Turnera trioniflora) dari spesies Turneraceae. Pokok renek ini berasal dari Brazil. Daunnya bujur tirus, bergerigi ditepinya, tersusun berselang. Bunganya berukuran 6cm diameter, berlobus (bercuping) lima, berwarna putih susu dan dimulutnya terdapat warna perang kehitaman dan kekuningan. Bunga ini kembang pd waktu pagi dan layu pd waktu tengahari. Buahnya berbentuk kapsul berpangsa dan mengandungi biji2 yg halus. [+ buku Bunga-Bungaan Malaysia oleh Ismail Saidin] Terimakasih pada wanita biasa saja itu. Nasib baik bukan bunga Thunbergia Laurifolia yg itu. Dan jangan keliru dengan bunga Tunera kuning (Turnera ulmifolia).

Alahai.

Categories: Flora

something we dont have to show off

May 26, 2010 12 comments

is it good to warp the car with canvas or blanket?

Me baru beli kanvas untuk sarungkan kereta cikputih itu. Ini adalah kali ketiga me beli sebab yang lama sudah rosak dan koyak rabak.

Alahai.

Categories: Kereta

it's hard to focus on him

May 25, 2010 4 comments

yaasir (3) on leash (now he understands it)

Ahad yang baru lepas, dari Kota Tinggi (beli baju kurung), me terus ke Plaza Angsana (beli tudung). Walaupun tiba sudah tengahari, tapi me tak makan di sana.

Me makan tengahari di Restoran BBQ Chicken, Tesco Plentong.

Alahai.

Categories: Famili