Home > historical place > kota & makam tauhid

kota & makam tauhid

aQi (12) posing beside the information board

Pagi ahad me sudah terjah ke kota tinggi. Cadangan mQ (my queen) nak beli baju kurung dan tudung buat aTi (18).

Sambil me singgah  seketika ke Kota & Makam Tauhid (ditulis ‘Touhid’ dalam papantanda itu). Satu-satunya tempat sejarah kerajaan johor lama yang me belum singgah di bandar kota tinggi. Sebelum ini, me sudah ziarah makam sultan mahmud mangkat dijulang, makam cik siti jalang, makam tun habib, dan makam laksamana bentan.

Kota dan Makam Touhid, merupakan ibu negeri Johor yang ke 8, terletak di Tanah Besar Johor. Kota Ini menjadi ibu negeri Johor sebanyak dua kali iaitu pada TM1637 semasa pemerintahan Sultan Abdul Jalil Shah III (1623 – 1677) dan semasa pemerintahan Bendahara (Sultan) Abdul Jalil Riayat Shah (1699 – 1718).

Semasa pemerintahan Sultan Abdul Jalil Shah III, baginda bersahabat baik dengan Belanda. Baginda telah membina kota ini dengan menggunakan batu-bata yang diperkenalkan oleh Belanda. Walaubagaimanapun pada TM 1642, kota ini ditinggalkan kerana kawasan ini diserang penyakit dan membuat ibu negeri yang baru di Pasir Raja.

Kota ini sekali lagi dijadikan ibu negeri Johor semasa pemerintahan Sultan Abdul Jalil Riayat Shah dan ditinggalkan kali kedua, berpindah ke Panchor. Kota ini kemudiannya dijadikan sebagai tanah perkuburan pembesar-pembesar Johor, sehingga menimbulkan kekeliruan tentang asal-usulnya yang kemudiannya dikenali sebagai Kota Makam Touhid. Kerja-kerja restorasi bangunan ini telah dilakukan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti (tahun?).

Bila sampai memang kawasan makam (atau kota) yang semak samun. Me masuk juga.

Alahai.

Categories: historical place
  1. May 24, 2010 at 1:47 pm

    Itu kampung saye.. Kampung makam, kota tinggi.. Heehee..🙂

    • May 24, 2010 at 2:08 pm

      ahaha, umah awak belah maner?
      thanks singgah kemari..

  2. May 25, 2010 at 11:36 pm

    hari khamis lepas baru singgah makan dkt kota tinggi..rasanya dkt dgn Kg. Makam..smpi dah petang & nak teruskan perjalanan ke Desaru..

    p/s: selamat kembali en_me ke dunia blogging. terperasan dkt blog denaihati

    • May 26, 2010 at 7:24 am

      denaihati pon blom sampi sini lagik.. aper barang kanns.. uhuhu

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s