Archive

Archive for June, 2010

wanita malaysia RAMAI tak puas: part II

June 30, 2010 110 comments
test drive crv

aQi (12) is standing beside the compact recreational vehicle after the test-driving (Yong Ming Honda Motors, Skudai)

Cikcity me tujuh tahun usianya sudah. Sebenarnya tiada masalah besar dengan cikcity. Tapi mQ (my Queen) siang malam membebel soh tukar cikcity. Dah tak best, katanya. *Ammvoiii. Lagipun mQ yg bawa cikcity hari-hari pergi kerja. Biarkan. Biarkan.

Tapi hendak dijadikan cerita, sejak minggu lepas, enjin cikcity sudah mengeluarkan bunyi yg merisaukan menyeramkan. Bila bawa cikcity sampai simpang berhenti nak jalan mesti bunyi macam hantu syaitan. Kalau berhenti nak jalan mesti bunyi mengilai. Begitulah adanya. Tiadalah cikcity tidak berbunyi mengilai bila berjalan kecuali selalu mengeluarkan bunyi mengilai juga. Jadi kelmarin (Jumaat) me hantar cikcity ke pusat servis dekat plaza angsana itu. Terlanjur disitu, mQ sudah teruja nak ujipandu honda CRV. Tak puas hati, mQ ujipandu honda accord 2.4 yg mewah juga. Tapi tidaklah mQ hendak mengujipandu honda city model terbaru (yg bersaiz ciput sama seperti cikcity yg sedang mengilai itu) pula.

Keputusannya mQ pilih dan ‘buku’kan crv. Bukan sebab accord tak mancongkam. Tapi me kan sudah ada cikputih yg jgn disangka buruk itu.  Rasa macam membazir saja, katanya.

Harap-harap sebelum raya dapat memandu CRV pulang.

Ooops, hampir terlupa. Kos menghilangkan bunyi mengilai cikcity tadi kurang lebih lima hatus hinggit. *Adoiii.

Cerita lain. Ini adalah entri me yg ke tiga puluh untuk bulan ini. *Senyum. Dan ini juga adalah entri terakhir me. *Senyum lagi.

Alahai.

Categories: Kereta

wanita malaysia RAMAI tak puas: part I

June 30, 2010 18 comments
having ginger soda

you can get your thirst quenched when drinking ginger soda (Sushi King, Tebrau City)

Makan aiskrim baskin robbins pun kena kenyang sampai sendawa.

Alahai.

Categories: Food

boarding school for the first time

June 29, 2010 24 comments
ikm jasin

maybe parents went to boarding school and want their kids to go too (girls' dormitory, IKM Jasin)

[+ zoom out ]

Alhamdulillah. Urusan pendaftaran aTi (18) di institut kemahiran mara jasin selesai tengahari semalam (isnin). Walaupun ada kekalutan dan ketidakpuashatian, tapi kata orang kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai kan.

registration

you shall forget your deviantart and concentrate more on autocad, my dear

Alahai.

Categories: Famili

Jangan Blog nampak sahaja cantik

June 29, 2010 16 comments
bosch ad

Don't let the exterior appearance deceive you (KM 83.4, near Ayer Hitam heading north )

Terimakasih kepada kengkawan yg selalu singgah2 jenguk2 komen2 blog me yg ini, walaupun me tak sempat lagi melayan komen kengkawan semua.

Tanpa kengkawan yg best2 itu, siapalah me yg ini kan. Kannns.

[+ zoom out the above picture at albumme ]

Alahai.

Categories: Ho Hum

kembali ke rahmatullah

June 26, 2010 39 comments
my mother's grave

Innalillah wa-inna ilaihi raji’un – Truly to Allah we belong, and truly to Him shall we return

Wanita yang telah melahirkan me merawat me membesarkan me mendidik me hingga diri me telah dewasa telah pergi buat selama-lamanya.

bonda

Puteri Specialist Hospital JB

Bonda me telah kembali ke rahmatullah pada pagi Khamis (24/6/10) pukul 7.40am. Bonda juga telah selamat dikebumikan sebelum solat zohor. Dan me sempat juga berada di pusara semasa pengkebumian sedang berlangsung.

.

Alfatihah untuk Allahyarhamah Hajjah Salamah Haji Tahir (77). Semoga roh bonda dicucuri rahmat. Amin.

Alfatihah.

Pascanota: terimakasih pada akak linda (miamanis) yg prihatin dgn membuat entri khas untuk me. Juga pada kengkawan lain yg sudi mendoakan kesejahteraan roh arwah bonda. Me amat terharu. Hanya Allah swt sahaja yg dapat membalas budi baik kalian. Amin.

Categories: Famili

orkid buluh

June 24, 2010 27 comments
bamboo orchid

in my sister's garden (next to my parents' house) i found this beautiful bamboo orchid (arundina graminifolia)

Ini entri tentang bunga. Tapi me bukan jiwang ya kengkawan.

Semasa pulang ke kampung minggu lepas, me ternampak dalam taman bunga adinda perempuan me ada bunga orkid buluh yg cantik ini. Walaupun cuma sekuntum tapi amat terserlah warnanya. Ianya dipanggil bunga anggerik ‘Arundina Graminifolia‘ [+ bigger image at albumme ]. Mula-mula me sangka bunga telang (Clitoria ternatea) seperti gambar dalam blog kak yong itu.

Alahai.

Categories: Flora

kasih ibu membawa kesyurga, kasih bapa takdok tolok bandingnya

June 23, 2010 34 comments
ipd pontian

cheque presentation ceremony, IPD Pontian

Bonda masih tenat dan sekarang berada di hospital daerah.

Hari Sabtu yg lepas, ayahnda me telah dijemput ke majlis penyerahan cek saguhati khas kepada bekas anggota polis zaman darurat tahun 1948 – 1962 bagi daerah pontian. [+ Utusan Malaysia Online ]

Walaupun cuma dapat saguhati, tapi pengiktirafan itulah yg amat dihargai. Kebetulan hari ahad yg lepas adalah hari bapa.

Me pun tidak tahu yg ayahnda pernah menjadi polis.

being interviewed by Berita Harian reporter

my old man is being interviewed by Berita Harian reporter, receiving his cheque and telling his own tales

Alahai.

Categories: Famili