Home > Kereta > A++ my first honda

A++ my first honda

my first honda

my first and only honda (Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang)

Itu hari ad3k me3n (don’t click here) ada tanya me pasal nak beli kereta honda city.  Jadi me nak ceritalah sedikit pengalaman me selama lebih 7 tahun menjadi pemilik honda city yg itu.

Ini bukan entri riak ya kengkawan. Ha ha ha, riaklah sangat kan. Entri ini hanyalah pengalaman me yg mungkin berbeza dengan pemilik honda city yg lain. Yg baik jadikan tauladan, yg tak baik jadikan sempadan saja.

Me beli cikcity pada tahun 2003. Model idsi yg depan kontot. Jumpa salesman, janji 7 bulan baru nak dapat. Me nak warna biru. Tapi sampai bulan ke 9, sebab nak cepat dan hari pun nak raya, me tukar dan sanggup ambil warna perak.

Lepas dapat kereta, me pasang alas kerusi pvc yg baru, tak suka bulu-bulu gebu yg asli. Tambah alat amplifier dan pre-amp, sebab bunyi sistem radio yg asal tidaklah bergetar sangat. Dan me letak tanda nombor plat kereta kat tingkap depan dan belakang. Itu saja.

Masalah teknikal remeh temeh selama me pakai memang banyak.  Contohnya, tingkap sebelah pemandu yg kadang-kadang tersangkut. Pernah juga me buka tingkap waktu hujan lebat sebab nak bayar tiket parking atau masa bayar tol. Basah kuyup jadinya. Nasib baik tembakau pun tak basah sama.

Spring penahan boot belakang pun masalah juga. Pernah me tengah sibuk-sibuk punggah barang-barang keluar, tetiba boot belakang tertutup sendiri. Berdarah hidung me. Adoi.

Begitu juga dengan alat penghawa dingin yg kurang efisien. Penumpang belakang selalu komplen sebab tak sejuk, walaupun pemandu dan penumpang hadapan sudah beku atas dan bawah. Sudah dua kali me hantar cikcity untuk baiki alat penghawa dingin yg rosak. Mungkin juga sudah sampai masanya.

Satu benda alah yg pelik ialah tentang manual-transmission yg nampak canggih kat steering. Walaupun sudah bertahun-tahun, tapi me tak pernah menggunakannya secara praktikal.  Apa barang kan?

Radio asli yg suara ciput pun me baru ganti. Sekali dengan amplifier, pre-amp dan speaker yg baru. Jenis blaupunkt dah tukar jadi pioneer. Baru berdentum.

Untuk rekod, cikcity pernah kemalangan dua kali. Yg satu, sebab terlupa nak tanggalkan alat kunci pedal [+ friday the 13th (2008) ]. Yg kedua sebab orang langgar dan lari [+ hit and run – suwey me (2005)]. Dua-dua bukan salah ibu mengandung oke.

Secara keseluruhannya, me puas hati sebab tiada masalah besar yg disebabkan oleh kereta itu sendiri. Yg penting, enjin dan gearbox (transmisi otomatik) dalam keadaan baik. Dan jangan lupa hantar servis berkala selalu.

Yg me paling suka pasal cikcity me ini ialah ruang boot belakangnya yg luas. Kerusi belakang boleh dilipat-lipat lagi.

Jadi, kalau ada sesiapa bertanya me tentang pilihan hendak membeli kereta baru honda city 1.5 atau toyota vios 1.5. Me naklah bagi nasihat sedikit. Nasihatlah sangat kan.

Belilah toyota vios 1.5, walaupun me tak pernah pakai ataupun pandu.

Sebab pada me, perbandingan antara honda city dan toyota vios umpama pelakon kung fu jackie chan dan steven seagal. Jackie Chan (ibarat honda city) untuk mengalahkan lawan, terpaksa melakukan gerak silat yg berbunga-bunga, melompat sana melompat sini, pusing sana pusing sini, terpekik sana terpekik sini. Tapi steven seagal (ibarat toyota vios) sekali pukul saja lawan dah mati.

Atau nak jimat, beli saja proton waja 1.6 (dengan harga yg lebih rendah).

Kereta buruk me yg dua lagi tu tak payah cerita laweeeh. Dan korang janganlah tanya me macamana nak join geng blogger dan daftar.

Alahai.

Categories: Kereta
  1. June 17, 2010 at 8:03 am

    Hmm..macam lagi banyak negatif dari positif je en Me? ;p. harap2 City baru dah improve..Ramai juga yang katakan Vios lebih baik dari City, lebih2 lagi dari segi penjimatan minyak..Post en Me nih membuatkan saya berfikir 8 kali ;p.

  2. June 17, 2010 at 8:22 am

    ok la kaler silver tu. kaler biru mcm cacat je. ngahahaahhaah

  3. June 17, 2010 at 9:26 am

    tapi kung-fu ‘mabuk’ jackie chan lagi mencongkam, tak gitu en_me?? huhuhu

  4. June 17, 2010 at 11:14 am

    tp ade org ckp kalo keta proton lagi problem….erm…

  5. ain
    June 17, 2010 at 11:48 am

    nak jimat dan selesa lagi beli jer toyota camry….

    hehehe….

  6. sz
    June 17, 2010 at 12:26 pm

    ku penah ada honda ex-5 sajeeeee :p

  7. June 17, 2010 at 12:51 pm

    emm..tapi,honda kete yang jimat minyakkan antara byk2 kete import?
    heehe

  8. June 17, 2010 at 10:06 pm

    tp cik ct baru cung melecungg..terguda iman menengoknyeee..camno? owhh ku tawu sekarang seriyes rupenye ad3ck nak sambar cik ct yek..hehe

  9. June 18, 2010 at 6:37 am

    salam en_me.

    betul-betul.
    saya mmg cadangkan vios
    beli pd tahun 2004-2007..(hby beli..tukang bawak aje..hehe)
    tukar sbb anak dah ramai.+ && petrol yg jimat(.8sen /km)
    ralat sebab kalau xjual pun xpe
    sbb bibik pun ntah kemana
    elok2 jer tiga kat belakang.

  10. DrSinga
    June 18, 2010 at 1:37 pm

    kita suka kereta ‘buruk’ yang putih itu….
    tak setaraf J Chan dan S Seagal

  11. June 18, 2010 at 8:53 pm

    herm..ilmu ni rupenye…
    selama ni tgk org pakai city mcm oke je…
    mcm takde prob je…

  12. June 18, 2010 at 11:17 pm

    saya pakai keta kecik jek..

  13. June 19, 2010 at 12:03 am

    suri suka naik beca hehehee

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s