Home > Travel > mentari merah diufuk barat

mentari merah diufuk barat

sunset

The most beautiful sunset view at Broga Hills yesterday, captured by 2 megapixel iPhone

Pertama kali me cadang nak mendaki bukit broga tidak kesampaian. Kerana arwah bonda me yg sedang nazak lah pula. [+ mendaki 2 bukit dlm 1 malam memang melesukan ]

Kali kedua pula me cuma sempat bergambar di batu penanda broga sahaja.  [+ enchek gi dengan monyet jewww ]

Lepas itu me pun tidak tahu bilakah me akan mendaki bukit broga tersebut. Tapi sungguh tak me sangka. Buah cempedak dah jadi nangka. Di pejabat me ada pula pekerja baru masuk. FzL tahu me suka mengupdate blog sekali-sekala waktu bekerja jalan-jalan sambil mengambil gambar. Itu hari FzL sudah tercakap yg dia tinggal di belakang bukit broga. Jadi dipendekkan cerita, me sudah cadang nak terjah bukit broga lepas waktu bekerja. FzL kata okay saja.

Petang semalam (selasa) walaupun masih sakit pinggang, me sudah ambil FzL dari rumahnya di semenyih. Cadangan memang nak panjat semasa matahari tenggelam. Sampai di kaki bukit, ditempat letak kereta dibawah pokok kelapa sawit, jam menunjukkan pukul 6.51pm sudah.  Lima minit kemudian sudah tiba di papantanda yg popular yg menunjukkan jalan ke ‘puncak 4’.

Masa dlm perjalanan keatas, kami jumpa beberapa pasangan apek dan nyonya yg berjogging pun sudah menuruni bukit. Baru FzL perasan yg dia terlupa bawa kamera dan lampu picitnya. Me pun tertinggal lampu picit me dalam boot kereta. Gara-gara nak mengejar mentari merah diufuk barat.

Tiba dikaki puncak pertama, me sudah pancit. Bukannya tak larat, tapi hari pun dah mula gelap. Me suruh saja FzL yg masih muda dan berdaya saing supaya panjat dan bawa kamera dslr me. Dikaki bukit itu ada sepohon pokok yg ada buaian. Dari situ me tangkap gambar matahari terbenam guna iPhone saja, seperti gambar diatas. Olehkerana FzL tidak pernah menggunakan kamera dslr sebelum ini, jadi tidak banyak gambar dari puncak yg ditangkapnya. Kalau adapun, tidak mencapai tahap piawaian me – ehehe.

Adalah dalam sepoh minit kami lepak disitu.  Pukul 7.26pm, kami sudah mula beransur turun kebawah. Lima belas minit kemudian, kami sudah tiba dipapan tanda ‘puncak 4’ tadi.

Oleh kerana kami sampai pun dah malam, jadi tiadalah orang yg meminta kami membayar tempat letak kereta (dua hinggit katanya). Dari situ, kami terus ke bandar semenyih makan sate kajang pula. Hari pun sudah malam. Lepas makan, kami terus pulang. (*Ketawa. Ayat macam budak sekolah rendah.)

broga 2

a journey to the first peak is the hardest one. Thanks to FzL (above).

Terimakasih FzL kerana meluangkan masa mendaki bersama-sama ke bukit broga.

Kesimpulannya, cubaan kali ketiga me untuk mendaki ke puncak bukit broga masih belum kesampaian. Belum ada rezeki agaknya. InsyaAllah, kalau ada masa, me akan terjah lagi.

ferris11.gif Gambar-gambar lain: Broga Hills, part I | part II | part III

Bukit Broga bukan saja sesuai untuk pendaki, ia juga destinasi menarik hujung minggu bersama keluarga. Ia terletak di Taman Broga berdekatan Semenyih dan bersempadan Selangor-Negeri Sembilan. Bukit ini ditumbuhi lalang dan masa pendakian yang sesuai (untuk mengelak terik matahari) bermula selepas subuh atau sebelum waktu maghrib. Jika cuaca mengizinkan anda berpeluang melihat matahari terbit atau matahari terbenam.

Ketiadaan pokok-pokok berakar menjadikan laluan ke puncak agak mencabar kerana treknya agak licin, berdebu ketika kering dan sangat licin ketika basah. Pengunjung dicadangkan supaya memakai kasut yang sesuai. Jangan sampai [+ patah kaki melompat di bukit broga].

Dan jangan lupa membawa kamera digital dan lampu picit masing-masing. *Ketawa.

Alahai.

Categories: Travel
  1. July 29, 2010 at 1:55 am

    Salam en_me,

    ramai yang kata cantik view dari sana.
    setiap kali balik rumah mak nak pergi….jadinya pergi ke lain..

    hehe..

    sampai waktu nanti mesti nak naik jugak..

    • July 29, 2010 at 2:23 am

      chantek dan menarek uuu..

      salamm jugerr akak rin teww..

  2. July 29, 2010 at 7:31 am

    bila dah minat mendaki…
    balik kerja pun blh jadik projek ek..🙂

    • July 29, 2010 at 8:09 am

      x minat pown leh mendaki bukit perghh.. uhuhu

  3. DrSinga
    July 29, 2010 at 7:35 am

    buaian siapakah di kaki bukit itu….
    banyak gambar FzL sahaja…
    gambar enchek tak ada ke…?

    • July 29, 2010 at 8:09 am

      ader.. kat blog yg lainnns.. ihihi

      • DrSinga
        July 29, 2010 at 10:43 am

        yang tidak berkepala itu….?? banyak!!!!🙂

      • July 29, 2010 at 11:06 am

        biarkan biarkan.. me (yg x hensem nih) pown x nak fofulerr uoolsss.. ahahaha

  4. July 29, 2010 at 8:27 am

    gunung tok wan bila plak en.me?

    • July 29, 2010 at 8:29 am

      ahaha.. macam perli jerr.. tunggu ko rikki la dulu

  5. July 29, 2010 at 8:49 am

    ramai yg dah gi broga ni
    buat silhout shoot mmg shuntek tapi apakan daya nak panjat batu pun tak larat
    camano nak buek (heheheehe)
    maka terpaksa ubah schedule lah aku en me. Naik BUKIT JUGRA baru aku kellar iki….

    • July 29, 2010 at 10:48 am

      mbakyu, panjat jer bukit yg kita LARAT.. ahaha

  6. July 29, 2010 at 8:53 am

    sekali naik cukuplah, penat penat penat. hehehe tp ok la.. pemandangan not bad..

    • July 29, 2010 at 10:48 am

      ek eleh.. bukit raja hari hari ko leh naik.. ikiki

  7. July 29, 2010 at 10:59 am

    cantikla…hehe.first time tau pasal bukit broga ni (boleh gtu?? =p) nama je duk selangor sy ni..

    • July 29, 2010 at 11:05 am

      itula kak ashra.. FzL pun ade ckp yg die pown x tau bukit broga masa kecik2 dulu.. itupun orang luar yg rajin memperkenalkan tempat2 menarik spt tewww.. uhuhu

  8. July 29, 2010 at 12:35 pm

    hehe sejak bila Me tukar title album Search nih ? hehe..gurau jer..

    Nice photo’s..suka pemandangan pic atas sekali lawa, tenang jiwa🙂

    • July 29, 2010 at 12:43 pm

      ahaha.. xnakla ikut sejibik tajuk tewww.. nnti kena saman uuu

  9. July 29, 2010 at 5:43 pm

    olorrr
    sudah pancit ka
    pinggang pun sakit
    daki bukit lain sajalah..
    rendah sikit ..
    ngeee

    • July 29, 2010 at 6:16 pm

      ammvoiii akak manis tewww.. uhuhu

  10. July 29, 2010 at 7:37 pm

    perkhh perlukan stamina juga ya..
    ingatkan boleh main terjah jer.. hehehhe

    ada harapan berkole2 air habis lak kalau maza terjah togel tanpa stamina.. heheheh

    • July 29, 2010 at 7:53 pm

      stamina teww aper.. ahaha

  11. July 29, 2010 at 8:12 pm

    boleh tahan gebu jugak tangan iteww.

    • July 29, 2010 at 8:24 pm

      naper? cekgu nak tachap kahh.. ekekek

  12. zareda
    July 30, 2010 at 9:58 am

    belum pernah mendaki bukit broga tapi bunyinya kedengaran menarik …🙂

    • July 30, 2010 at 10:17 am

      jangan dengar jer bunyi guruh dilangit, air ditempayan dicurahkan makk.. ahaks

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s