Home > Bank > kerani yg jujur

kerani yg jujur

counters

It's sometimes difficult to believe that you still can find many honest bank clerks at the counters (Bank Simpanan Nasional Headquarter, Jalan Ampang)

Tengahari semalam, mula-mula me nak beli sijil simpanan premium (ssp) di bank simpanan nasional (bsn) di cawangan ampang park itu. Macam biasa. Sepelaung saja dari ofis me.

Tapi me gatallah pula, nak berjalan kaki ke ibupejabat bsn melimpasi lampu isyarat klcc nun disana. Memang jarak yg agak jauh. Adalah kira-kira 17 minit perjalanan kaki pergi sahaja. Dan balik ke ofis pun sama. Tapi bagus juga sebab boleh buat senaman kaki dan senaman mata.  *Senyum. Dalam panas terik, peluh pun boleh mengalir mencurah-curah atas dan bawah. *Senyum lagi.

Sebelum itu, me sudah keluarkan duit dari mesin atm bawah pejabat saja. Sekali cucuk keluar duit. Sekali cucuk keluar duit. Begitulah kalau me cucuk kad atm keluarlah duit sehinggalah mencapai had pengeluaran duit untuk hari itu.

Bila sudah di kaunter bsn, me serahkan borang ssp kepada kerani nombor 6. Bila mamat kerani kira duit me guna mesin pengira, baru me perasan me sudah terlebih bagi. Bukannya sikit, tapi sepoh keping duit lima poh hinggit. Nasib baiklah mamat kerani itu baik hati dan jujur orangnya. Dapatlah me duit itu balik.

Tapi ini bukanlah yg pertama kali me jumpa kerani bsn yg jujur. Terimakasih dan syabas me ucapkan.

Nota: Cabutan pemenang bertuah bulan Julai 2010 akan diadakan di Pusat Membeli-Belah Terminal 1, Seremban pada hari sabtu ini. Hadiah utama adalah kereta BMW 320i.

ssp

This saturday will be another lucky winner of the luxury car in Seremban. Please don't miss it.

Pascanota: tunggu punya tunggu punya tunggu. Hari berganti minggu, minggu berganti bulan. Bulan pun tujuh bulan sudah. Akhirnya, baru tadi dapat duit kutu. Bolehlah me meronggeng malam ini. *Senyum lagi dan lagi.

Alahai.

Categories: Bank
  1. July 29, 2010 at 1:41 pm

    sbnrnye, sy la kerani tu. hahahaha

    • July 29, 2010 at 1:47 pm

      sumer orang nak ngaku jujur kannns.. uhuhu

  2. July 29, 2010 at 2:01 pm

    uii…bnyk nye kuarkan dwit…pakcik kayo…

    • July 29, 2010 at 2:15 pm

      maner ader.. uhuhu

  3. July 29, 2010 at 4:25 pm

    wahhhhhh..
    en_me pun layan kutu…syabbas inspektor sahab!

    • July 29, 2010 at 4:27 pm

      layan jer.. ehehe

  4. July 29, 2010 at 5:22 pm

    main kutu? mcam budak sekolah je…

    dah beli ssp dan simpan selama 2 tahun…masih belum ada rezeki… tapi en_me mr Hubby ku pernah dapat Perdana V6 cabutan tahun 2000, rezeki anak bongsu…setelah 12 tahun membeli ssp..punyalah lama sampai sijil pun dah hilang entah mana letak..

    • July 29, 2010 at 5:31 pm

      ader citer dlm blog takk.. sonoknyerrr dapat kete kanns..

  5. July 29, 2010 at 5:49 pm

    Sekali cucuk keluar duit. Sekali cucuk keluar duit. ..
    ai likeee..
    en me tlg cucukkan lah.

    • July 29, 2010 at 6:14 pm

      bak atm card ko.. ahaha

  6. July 29, 2010 at 7:42 pm

    maza sudah lama tidak main SSP itu.. huhuhu

    kali ini kalau mau tikam, mau tikam yg besar2 pula.. tak mau ler keta mewah2 yg itu sbb harga minyak dah mahal, lagipun duit tak der..

    jadinya maza mau tikam hadiah pulau lah fulaks..
    mau tanam pokok sawit, berladangkan getah hehehhe.. investment katanya..
    tapi kalau tanam ganja, takutlah fulaks kena sumpit dgn ADK (anti dadah kebangsaan)! huhuhu

    • July 29, 2010 at 7:50 pm

      maza, dorang main ladang, main pokok, main pulau, sumer kat Facebook jerr.. alala

  7. Fa
    July 29, 2010 at 8:49 pm

    mcm mana senaman mata tu ek? mesti masa en_me nampak awek, mata nak terjojol keluor….hahahahaaaa…..pastu, opocot!! terlanggaq tiang tepon!

    • July 29, 2010 at 8:52 pm

      kat depan klcc kan ader taman.. dalam taman ader aweks.. dalam aweks ader hati.. dalam hati ader aper uoolsss..

      ehehe

  8. July 29, 2010 at 11:40 pm

    bezznya kalau dapat keta biemdabelyu..

    • July 30, 2010 at 7:04 am

      bezz gilerr.. tau xper..

  9. Q
    July 30, 2010 at 12:47 am

    bagusnya.
    susah mahu jumpa orang jujur sekarang ni.
    kalau jumpa perlu jaga baik2. huhuhu

    • July 30, 2010 at 7:04 am

      perlu dijaga baik2 ghitewww..

  10. July 30, 2010 at 2:48 am

    bagusnya

  11. August 7, 2010 at 4:39 am

    setakat ni jumpa teller semua yg jujur aje… hehe. saspen ayat en me tu.. sekali cucuk keluar duit… ingatkan ada apa2 yg berlaku lepas tu.. hehe

    • August 7, 2010 at 8:26 am

      ayat klisee.. ihihi

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s