Home > Ho Hum > bukan kassim selamat

bukan kassim selamat

amir

dating experience with a deaf person before?

Kelmarin masa me membuat lompatan blog, me terjumpa satu laman web kepunyaan sorang warga oku (orang kurang upaya). Mula-mula me ingatkan sebuah blog politik macam kassim selamat. Tapi tidak.

Sebelum itu tujuan utama me melompat blog hanyalah mencari tempat menarik di kawasan me tinggal ini untuk menangkap gambar panorama kl di waktu senja. Kebetulan, me terbaca beberapa blog (termasuk blog beliau ) berkenaan puncak tinjau (The Look Out Point, Ampang) diantara jalan ampang ke hulu langat ke bukit broga.

Berbalik pada cerita blog yg tadi. Me memang terharu (dan sebak) bila membaca blog kepunyaan saudara amir hamidi dalam talian, yg pekak dan bisu sejak dilahirkan. Walaupun begitu, me kagum dgn kejayaan beliau yg cemerlang dalam bidang akademik, kerjaya dan kehidupan peribadi seperti segelintir kebanyakan kita (yg cukup sifat yg dikurniakanNya).  Membaca blognya seperti membaca petikan suratkhabar disamping beliau membahasakan dirinya sebagai ‘penulis’. Beliau kini telah berumahtangga dan dikurniakan dua orang cahayamata. Anak sulung beliau (perempuan) dilahirkan normal manakala anak kedua (lelaki) pula telah disahkan pekak dan bisu juga (mengikut genetik mereka).

Tapi sayangnya blog beliau tidak boleh dikomen oleh sesiapa. Mungkin sebab itu dinamakan ‘pena bisu’. Hanya komen melalui kotak emel sahaja yg akan dilayan. Dan, alhamdulillah, komen me telah beliau balas secara ringkasnya seperti ini:

Salam
Saya sudah membaca blog anda. Amat menarik dibaca. Syabas!
Amir

Pascanota: saudara amir hamidi telah muatkan entri me yg ini dalam blog gebang kopinya di SINI. Terimakasih me ucapkan.

Alahai.

Categories: Ho Hum
  1. August 8, 2010 at 1:06 am

    blog anda memang menarik.
    syabas juga dari saya.
    😉

    • August 8, 2010 at 6:58 am

      ahaha.. thank u thank u

  2. August 8, 2010 at 2:11 am

    anis ada pengalaman dengan org yg cacat penglihatan masa study di uitm dulu..dia jadi sumber kekuatan pula utk lebih rajin belajar…insyallah nnti akan dikongsikan dlm blog anis.

    mereka2 yg kurang upaya ni benar2 menjadikan kita insaf dan sgt2 bersyukur dgn kurniaan Allah,kan..

    • August 8, 2010 at 6:58 am

      syukurr kanns..

  3. DrSinga
    August 8, 2010 at 7:38 am

    sudah saya terjah ke sana.
    kagum..
    bukan senang nak berjaya di dunia yang sepi sebegitu.
    .
    semoga hujung minggu yang ceria, en_me!

    • August 8, 2010 at 8:05 am

      yep me noticed.. thats y u r late commenting blog me this morning.. ekeke

  4. August 8, 2010 at 8:00 am

    Kehidupan yang pelbagai. Kita dapat sesuatu daripada melihat dan memerhati.

    • August 8, 2010 at 8:03 am

      dan bersyukur kannns..

  5. August 8, 2010 at 8:16 am

    Kita semua wajar bersyukur atas segala nikmat yang diberi

  6. August 8, 2010 at 9:28 am

    membaca blog itu seperti membaca akhbar pula.. menarik..

    • August 8, 2010 at 9:51 am

      bukan akhbar politik ya..

  7. August 8, 2010 at 9:52 am

    ada hikmah di sebalik apa yg Allah SWT berikan pada setiap insan, kan..

    • August 8, 2010 at 9:56 am

      syukurr dgn hikmah dn nikmattNya.. uhuhu

  8. fa
    August 8, 2010 at 3:04 pm

    blog u okayy…tapi lagi okayy kalau ada gambar u….heheeeee….

  9. August 8, 2010 at 5:34 pm

    Dah baca..
    and faham ..

    • August 8, 2010 at 6:18 pm

      fahamm jerr.. uhuhu

  10. August 8, 2010 at 9:59 pm

    walau pun pekak dan bisu…setiap manusia ada kelebihan tersendiri….

    • August 8, 2010 at 10:24 pm

      syukur jer yg kita cukup sifat..

  11. August 8, 2010 at 9:59 pm

    en_me… !!! nak tanya boleh tak ??? kenapa Yginsaf5 ????

    • August 8, 2010 at 10:22 pm

      ko dah baca ‘About Me’ kat atas tewww..

  12. August 9, 2010 at 8:27 am

    Salam kembali

    Tiada masalah untuk mengizinkan entri itu untuk blog Me. Terima kasih banyak-banyak atas usaha anda yang bererti dalam membantu mempromosikan kebolehan OKU.

    Malam tadi baru balik dari Look Out Point kerana diajak kawan2. Nampak banyak berubah terutama ruang menara tinjau. Ia telah dijadikan restoran dan dianggap telah menafikan keinginan orang untuk memandang secara percuma kecuali booking meja dulu.

    Semoga blog anda amat bermanfaat kepada semua orang.

    Amir

    • August 9, 2010 at 8:38 am

      thanx bro amir..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s