Archive

Archive for September, 2010

melbourne, week one

September 27, 2010 Comments off
k-mart shoe

The tallest tower in the country will be conquered very soon (Melbourne City 2010)

Ini adalah entri tertutup.

Hampir seminggu me di bandaraya Melbourne ini sudah.

Cuaca yg menarik. Sekejap sejuk. Sekejap panas. Sekejap sejuk balik. Ai laike.

Kerja dipejabat pun bermula sudah. Elaun hari-hari dapat. Ai laike.

Tempat menginap di hotel bersebelahan pejabat pun memang selesa. Boleh capai wifi dari pejabat secara percuma. Ai laike.

Bandaraya pun me ronda dua tiga pusingan sudah. Ai laike. Walaupun sakit pinggang. *Ketawa.

Cuma makanan saja yg mencabar. Yg halal cuma kebab pak turki dan kari india saja. Sudah cuba masakan dari restoran nyonya malaysia (katanya). Nasi goreng sambal makanan laut – memang pedas gila sampai membasah (baca berpeluh) atas dan bawah.

[+ Lain-lain cerita bergambar di albumme ]

Alahai.

melbourne, I am

September 22, 2010 Comments off
sunrise

Capturing the red sunset over Victoria State of Australia. One and half hour before touch-down to Melbourne.

Ini entri tertutup.

Alhamdulillah. Me dah tiba di Melbourne yg cantik dan sejuk ini.

Oleh kerana masalah ketidakcapaian internet dalam bilik hotel me menginap, me akan cuba kemaskini blog dalam albumme yg itu saja. Jangan cakap me tak bilang oke. Jumpa anda disana disana. [+ klik albumme ]

Alahai.

Warkah Untuk Anakanda aQi

September 21, 2010 27 comments
mcd

Please remember, agi idup agi ngelaban, my dear son.

Anakanda aQi,

Kehadapan anakanda aQi yg dikasihi. Ayahanda doakan agar anakanda dikurniakan kesihatan yg terbaik untuk menghadapi peperiksaan UPSR bermula hari ini (21 hingga 23 September 2010). Ayahanda harapkan agar anakanda sentiasa tenang dan bersedia dari segi mental dan fizikal untuk peperiksaan yg penting ini.

Anakanda aQi yg dikasihi,

Dengan kehadiran warkah ini, ayahanda berharap agar dapat menjadi pengganti diri ayahanda dan sesungguhnya anakanda tidak bersendirian dalam menghadapi saat-saat penting dlm kehidupan anakanda. Warkah ini juga umpama harapan dan kasih sayang yg tulus dari ayahanda yg terlalu ingin melihat anakanda beroleh kejayaan yg cemerlang dlm hidup anakanda. Kegembiraan dan kecemerlangan anakanda adalah kepuasan dan kejayaan ayahanda juga.

Anakanda aQi yg dikasihi,

Ayahanda tahu bahawa warkah ini mungkin sudah terlewat, ketika warkah ini dibaca, anakanda pun sudah bersedia untuk ke sekolah cina yg anakanda duduki selama enam tahun yg lepas. Juga, yg paling sedih, ketika warkah ini anakanda baca, ayahanda pun sudah berada behibu-hibu batu jauhnya. Tapi ayahanda akan tetap mendoakan kejayaan anakanda dan yakin anakanda sudah berusaha bertungkus-lumus belajar dan semoga tenang menghadapi peperiksaan nanti.

Akhirkata dari ayahanda yg jauh dimata, semoga anakanda berjaya dengan cemerlang. Kalau tak dapat 5A, dapat 7A dalam semua subjek pun sudah memadai.

Daripada Ayahanda.

(tandatangan tidak diperlukan kerana janaan komputer)

Alahai.

Categories: Canon EOS 40D, Famili, Johor

Tak dapat gading bertuah

September 19, 2010 33 comments
digi

Now requesting for roaming service is much easier, except they need your passport and extra deposit (Digi Center Taman Molek)

“Tak dapat gading bertuah, tanduk pun berguna juga.”

Maksudnya, kalau tak dapat pergi ke brisbane, dapat menjejakkan kaki di melbourne barang sehari dua pun oke juga kan.

Dan ini adalah entri terakhir me sebelum berangkat ke ‘bawah dibawah’ (baca ‘down under‘). Sekiranya me tak kemaskini entri terbaru selepas ini, bermaksud me sudah ‘padam’. Ataupun mungkin me sudah pindah ke blog yg lain (lagi dan lapan lagi).¬† *Ketawa.

Sambil itu me nak mohon maaf pd kengkawan semua kalau ada salah dan silap, terlanjur kata, terkasar bahasa, terguris hati dan tersentap jiwa sesiapa saja yg singgah-singgah, jenguk-jenguk, baca-baca, dan komen-komen blog ‘memang lumayan’ me yg tiada apa-apa ini.

Sambil me hendak pantun lah sikit.

pucuk pauh delima batu.. (ammvoiii makcik su tewww)
anak sembilang di tapak tangan;
sungguhpun me jauh behibu batu .. (jauhlarr sangat kanns)
hilang dimata, dihati uooolsss jangan..

Selamat Hariraya, Maaf Zahir Bathin.

Alahai.

Categories: Iphone camera, Johor, Travel

pinky things I snapped today

September 19, 2010 13 comments
persona

In Jaya Jusco Tebrau City Shopping Mall's parking lot (not related story).

Hari ini (Sabtu) me sudah tengok-tengok kadar tukaran wang asing di pusat pengurup wang dalam pusat membeli-belah.

Setahu me selama ini tukaran wang aussiedollar bersamaan 2.6 hinggit. Tapi tidak me sangka, nilai wang aussiedollar sudah mencecah tiga hinggit.

Cerita lain, semua pakaian sejuk dan harian dibeli sudah. Suar dalam sudah. Berus gigi, ubat gigi, strepsils sudah. Buku peta bandaraya sudah. Bateri dan pengecaj bateri kamera sudah. Gincu musim salju pun sudah.

Semua dokumen perjalanan, termasuk pasport dan visa tersedia sudah. Cuma duit tunai pendahuluan dari jabatan kewangan masih belum mendapat kelulusan. Jangan me terpaksa makan mi maggie siang malam di sana sudah.

pinkys

Miscellaneous pinky things I snapped today.

Alahai.

less blog a day will keep friends away

September 18, 2010 31 comments
kids

bronze kids statue on singapore riverbank (last Sunday)

Rasanya sudah malas me nak update blog. Biarkan. Biarkan.

Alahai.

siapa yg makan belachan, tangan dialah yg berbau

September 17, 2010 29 comments
streaming

Without a tripod or RAW settings (Hutan Rimba Ampang - Bukit Belachan)

[+ more pictures in my fotolumayan ]

Semalam (Khamis) ialah hari cuti sempena hari Malaysia buat pertama kalinya.

Hendak dijadikan cerita, pagi-pagi lagi me sudah terjah ke hutan rimba ampang, di hujung jalan bukit belachan. Sorang diri macam biasa lohh.

Alahai.