Home > Canon EOS 40D, Famili, Johor > Warkah Untuk Anakanda aQi

Warkah Untuk Anakanda aQi

September 21, 2010 Leave a comment Go to comments
mcd

Please remember, agi idup agi ngelaban, my dear son.

Anakanda aQi,

Kehadapan anakanda aQi yg dikasihi. Ayahanda doakan agar anakanda dikurniakan kesihatan yg terbaik untuk menghadapi peperiksaan UPSR bermula hari ini (21 hingga 23 September 2010). Ayahanda harapkan agar anakanda sentiasa tenang dan bersedia dari segi mental dan fizikal untuk peperiksaan yg penting ini.

Anakanda aQi yg dikasihi,

Dengan kehadiran warkah ini, ayahanda berharap agar dapat menjadi pengganti diri ayahanda dan sesungguhnya anakanda tidak bersendirian dalam menghadapi saat-saat penting dlm kehidupan anakanda. Warkah ini juga umpama harapan dan kasih sayang yg tulus dari ayahanda yg terlalu ingin melihat anakanda beroleh kejayaan yg cemerlang dlm hidup anakanda. Kegembiraan dan kecemerlangan anakanda adalah kepuasan dan kejayaan ayahanda juga.

Anakanda aQi yg dikasihi,

Ayahanda tahu bahawa warkah ini mungkin sudah terlewat, ketika warkah ini dibaca, anakanda pun sudah bersedia untuk ke sekolah cina yg anakanda duduki selama enam tahun yg lepas. Juga, yg paling sedih, ketika warkah ini anakanda baca, ayahanda pun sudah berada behibu-hibu batu jauhnya. Tapi ayahanda akan tetap mendoakan kejayaan anakanda dan yakin anakanda sudah berusaha bertungkus-lumus belajar dan semoga tenang menghadapi peperiksaan nanti.

Akhirkata dari ayahanda yg jauh dimata, semoga anakanda berjaya dengan cemerlang. Kalau tak dapat 5A, dapat 7A dalam semua subjek pun sudah memadai.

Daripada Ayahanda.

(tandatangan tidak diperlukan kerana janaan komputer)

Alahai.

Categories: Canon EOS 40D, Famili, Johor
  1. DrSinga
    September 21, 2010 at 12:11 am

    dapat 7A..
    mintak satu kamera gedabak ya aQiπŸ™‚
    .
    .
    *sambil meng-check ejaan..takut salah eja lagi*

  2. September 21, 2010 at 12:44 am

    salam.. selamat ari raya en me..
    good luck untuk aqi.. semoga berjaya mendapat 7A.. amin..

    warkah yang indah dari ayahanda untuk anakanda.. (^^,)

  3. September 21, 2010 at 9:39 am

    wah wah ….arini aqi menghadapi exam besar arini nie yeak…insyaallah…anak bijak aqi ni…..dpt keputusan yg baik insyaallah dlm tangan ….tgk laa sape ayahnye heheheeheheheh…good luck dear aqi…buat yg terbaik okey!

  4. ain
    September 21, 2010 at 10:02 am

    gud luck untuk aqi…

    moga tenang dimedan peperiksaan hendaknya….

    percaya tak??? anak yang nak examm, mak bapak yang terlebih gementar!!!

    hehehe….

  5. September 21, 2010 at 10:28 am

    Saya faham perasaan Ayahanda seperti diatas
    sebab anak saya pun UPSR .

    anyway , Gud Luck aQi !

  6. September 21, 2010 at 10:33 am

    all the best aQi!

  7. September 21, 2010 at 10:51 am

    All the best untuk Aqi…nanti dapat straight A ayahanda belikan beruang kola kat Aqi…he..he..he..

  8. September 21, 2010 at 3:03 pm

    gud luck ek dik…. nnti kalu dpt straigh 7a mintak hadiah best2 kt en me

  9. September 21, 2010 at 3:57 pm

    wah wah wah. “Kalau tak dapat 5A, dapat 7A dalam semua subjek pun sudah memadai” insyaALLAH, kalau rezeki dia mendapatkannya.

  10. September 21, 2010 at 4:15 pm

    good luck to Aqi.. jgn stress (rasanye Aqi xstress langsong sobab abah deme jauh bhibu2 batuan. lagi hepi Aqi dr hepi meal adala kot..) 7 xde ong.. kasi 8A la baru ada ong.. 8 maa..πŸ™‚

  11. bai
    September 21, 2010 at 4:37 pm

    good luck to Aqi! all the best, moga berjaya seperti yang abah doa kanπŸ˜€

    http://twinkywinkystars.blogspot.com

  12. September 21, 2010 at 5:28 pm

    gud luck utk aqi. semoga mendapat kejayaan cemerlang seperti yg diharapkan oleh ayahanda tersayang.

  13. September 21, 2010 at 5:57 pm

    insyaallah semoga aQi berjaya & semoga semangatnya bersemarak macam warna t-shirtnya itu..amin.

  14. September 21, 2010 at 6:25 pm

    aQi, ikut jejak akak ni. dapatkan 7A okeh! (akak tipu…akak dulu 4A je…mmg la 4A je sebab amik 4 subjek aje!). all the best smart boy!

  15. Tie
    September 21, 2010 at 8:37 pm

    Best of luck aQi….!!

  16. September 22, 2010 at 2:51 am

    β–‘β–ˆβ–‘β–‘β–‘β–ˆβ–‘β–ˆβ–‘β–„β–€β–‘β–ˆβ–€β–€β–‘β–‘β–‘β–‘β–€β–ˆβ–€β–‘β–ˆβ–‘β–ˆβ–‘β–ˆβ–‘β–„β–€β–€β–‘
    β–‘β–ˆβ–‘β–‘β–‘β–ˆβ–‘β–ˆβ–€β–‘β–‘β–‘β–ˆβ–€β–‘β–‘β–„β–„β–‘β–ˆβ–‘β–‘β–ˆβ–€β–ˆβ–‘β–ˆβ–‘β–‘β–€β–„β–‘
    β–‘β–ˆβ–„β–‘β–ˆβ–‘β–ˆβ–‘β–€β–„β–‘β–ˆβ–„β–„β–‘β–‘β–‘β–‘β–ˆβ–‘β–‘β–ˆβ–‘β–ˆβ–‘β–ˆβ–‘β–„β–„β–€β–‘
    —==SalamAidilfitri-Maaf Zahir & Batin ==–
    buat pembaca blog kami
    http://firestartingautomobil.blogspot.com
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
    semoga kesalahan dimaafkan, silaturrahim kekal erat

    lama kami tak ziarahhhh maaf sibuk sikit raya ni..
    yup kami doakan Aqi dapat lah baca blog ayahde ni… itu harapan ayahda Aqi moga.. aki berjaya … ayahda Aqi nak Aqi buat yang terbaik.. bukan untuk ayahda tapi buat aqi pada masa hadapan…

    kami ucapkan selamat duduk periksa tu yeeee… jawab dengan baik moga berjaya

  17. ummi5
    September 22, 2010 at 7:59 am

    3hari berapa matapelajaran? 7 ke 8?
    disini cuma 4 papers je. anak kita seusia. InsyaAllah aQi berjaya berkat doa ayah bondaπŸ™‚

  18. September 22, 2010 at 9:07 am

    en me…
    masa saya upsr dulu… kalau saya dpt surat cenggini dari mak saya… sure saya dpt 20A mcm Nik Madihah…..

  19. September 24, 2010 at 5:44 am

    Selamat, selamat, selamat. Mengambil peperiksaan dan ke luar negara. Selamat Raya en_me.

  20. September 24, 2010 at 4:41 pm

    slamat berjaya aqiπŸ™‚

  21. September 26, 2010 at 7:11 pm

    eh…anak uncle pun serupa!

  22. September 27, 2010 at 5:27 pm

    Selamat bertugas di Melbourne dan semoga Aqi menjadi calon terbaik UPSR 2010

  23. September 28, 2010 at 10:10 am

    byknya entry trtutupppppp

  24. September 29, 2010 at 4:50 pm

    Dengar khabarnya ada pertandingan lumba basikal di sana yg disertai atlet kita?

  25. September 30, 2010 at 8:04 am

    semoga anak anakanda aqi dpt 7A!.. Amin..

  26. September 30, 2010 at 8:50 am

    Semoga anak cemerlang dalam UPSR.

  27. September 30, 2010 at 10:25 pm

    en_me.
    Kenapa tak boleh post komen kat post baru? Uhuk2….
    Selamat bercuti di Australia.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s