Archive

Archive for October, 2010

In The End

October 31, 2010 14 comments

Alhamdulillah.

Akhirnya hari ini genap setahun me kemaskini album me dalam [+ projek 365 ] itu.

Cerita lain. Mungkin semasa kengkawan baca blog merapu me yg ini, me sudahpun terbang semula ke Melbourne.

Alahai.

Categories: photography

infrequent journal update

October 29, 2010 36 comments
yarra

Yarra River, Melbourne

[+ zoom out ]

Alhamdulillah. Me sudah sampai di tanahair dengan selamat. Dan sudah mula bertugas seperti biasa juga.

Melbourne – sebuah kotaraya yg cantik, bersih dan menarik. Selama genap sepurnama di Melbourne, banyak sudah tempat wisata yg me kunjungi. Begitu juga, banyak juga pengalaman dan cabaran, terutamanya tentang ‘kejutan budaya’ disana. Dari setiap cabang jalanraya yg di bina yg lurus-lurus belaka (tiadalah jalan yg tidak lurus kecuali tegak-tegak macam pembaris adanya), hinggalah sampai ke pulau penguin di Phillip Island, menaiki keretapi lama Puffing Billy, melihat mukabumi pantai Twelve Apostle yg menakjubkan, dan mengambil gambar bunga tulip di hujung musim. Juga pelbagai muzium, menara tertinggi Eureka dan Rialto, pasaraya-pasaraya, tram-tram, keretapi dan restoran masakan melayu dan indon juga.

aQi 29.10.10

Cerita lain, hari ini harijadi aQi (12). Dan me akan bercuti untuk menguruskan hal-ehwal pembuatan mykad baru aQi lah pula.

 

Sambil itu, me saja nak bagitahu. Blog ‘memang lumayan six’ ini sengaja me tidak kemaskini hari-hari. Sebab masih sibuk dengan [+ ALBUMME ] di sana. Sibuklah sangat kan.

Alahai.

me feat mimizuzuhaha

October 26, 2010 76 comments
me and mimi

Me, myself and mimizuzuhaha

Bukan senang nak bergambar dengan kartun kan.

Terimakasih kepada cik mimizuzuhaha yg kreatif dan jelitt itteww.

Alahai.

Categories: arts, Canon EOS 40D, Travel

Mana ada orang Melayu kaya main judi

October 22, 2010 34 comments
Crown Casino

MELBOURNE'S casino was the biggest game in town.

Tetiba teringat kata-kata makcik tak sayang mulut laser celupar ittewww. Ooops. Sebab makcik (bukan nama sebenar) tak tahu ada Melayu pernah menang loteri bejuta-juta hinggit. *Ketawa.

Masih cerita di Melbourne ya kengkawan. Ahad lepas, sempat lagi me jalan-jalan di Tebing Selatan (baca ‘South Bank of Yarra’). Dan terbabas masuk dalam Crown Casino itu. Tidak perlu tunjuk kad pengenalan. Tapi tak boleh tangkap gambar pula. Dem.

Dan hari ini me akan berangkat pulang ke Masai. Moga-moga dipermudahkan segala urusan perjalanan. Amin.

Cerita lain. Me masih sibuk dengan projek 365 di [+ ALBUM ME ] yg itu. Sudi-sudikanlah jenguk ke sana. Di SANA.

Alahai.

DrSinga pun suka ‘Bokeh’

October 18, 2010 109 comments

 

tulip

The Tulip, the national flower of the Netherlands, is one of the most unusual and desired of all flowers (Tesselaar Tulip Festival)

Kelmarin me sudah buat entri istimewa untuk doc zouldahan.

Hari ini me nak buat entri istimewa pula buat doktor dan ibu yg garang itu. Entri berganda sebab guna tajuk dua kali. Bukan, entri bersiri sebenarnya.  Sebab me pautkan entri ini dengan ALBUMME – projek 365 yg itu. Seterusnya tambah gambar-gambar bunga tulip di FOTOLUMAYAN pula. Boleh kan.

Tetapi kalau ada kengkawan yg tak suka dengan bunga-bungaan, sila tinggalkan komen saja di entri yg ini. Itu sudah memadai. *Senyum.

Ada tak doktor-doktor lain yg nak me buatkan entri istimewa juga? *Ketawa.

Alahai.

Categories: Canon EOS 40D, Flora, Melbourne

Aku, Doktor dan Kamera

October 14, 2010 97 comments

 

coolpix

Nobody cares about my Canons until I brought them all to Melbourne. So I bought a new one for them, but not Canon this time. Dem.

Amaran: Ini entri panjang dan tanpa pautan (hampir).

Selama me memblog, me sudah jumpa tiga orang doktor (2 maya, 1 realiti), yg punya klinik sendiri, yg pakai kamera dslr canon eos 400d (atau 450d atau 550d – tak kisahlah, semuanya sama).

Ini entri istimewa untuk doktor zouldahan yg itu. Beliau sedang beriya-iya nak menaiktaraf kamera dslrnya. Dan olehkerana me pengguna kamera dslr canon eos, me cuma nak cerita pengalaman me saja. Yg buruk jadikan sempadan ya doc.

Kamera canon eos 40d yg me pakai adalah kamera dslr me yg pertama. Sebelum ini me pakai pelbagai jenis kamera digital yg biasa saja. Kamera slr (jenis filem) yg pertama adalah jenama minolta, yg me guna semasa belajar di luar negara. Oops, kelaut pula.

‘Canon’ bukanlah jenama kegemaran me. Me beli canon eos 40d sebab sebelum itu me sudah guna kamera digital canon ixus juga.  Memang mesra pengguna.

Sebenarnya eos 40d adalah kamera dslr untuk prosumer (tahap menengah). Sebab semasa me nak beli kamera dslr pertama me ada baca sedikit sebanyak forum dan blog dari pengalaman pengguna eos 400d (tahap permulaan) juga. Kebanyakkan mereka (hampir kesemua) ingin menaiktaraf ke eos 40d selepas beberapa ketika menggunakannya. Dipendekkan cerita, me pun terus beli eos 40d – walaupun terpaksa makan mee maggie tiga hari tiga malam lamanya. *Ketawa.

Jap. Mungkin ramai kengkawan yg masih pening. Jadi, me nak ringkaskan. Dalam produk kamera dslr canon, 400d/550d (3 siri – tahap permulaan), 40d/50d/60d (2 siri – tahap menengah) dan 7d/5d/1d (1 siri – tahap dewa).

Berbalik pada doc zouldahan nak menaiktaraf dari 400d ke 50d/60d katanya. Dari tahap permulaan ke tahap menengah gitu. Sebab me sedang pakai 40d (tahap menengah) me pun cubalah nak cerita pengalaman me. Walaupun 40d me rasa sudah ketinggalan zaman berbanding 50d atau 60d yg lebih canggih dan boleh merakam video sekali. Tapi masih dalam tahap pertengahan kan.

Bulan depan genap 3 tahun me pakai 40d me yg itu. Gambar memang memuaskan, lagipun me bukanlah kerja fotografer yg menangkap gambar pengantin atau majlis-majlis lain. No income no masyuk – kata uncle kamal. Yg penting, kepuasan adalah milik me sendiri. Selama 3 tahun, ada juga masalah pada 40d me itu. Antaranya, masa pergi ke pulau labuan, tiba-tiba motor dia sangkut, keluar mesej ‘err’ pula. Banyak kali me kena. Hantar servis dan tukar motor baru baik semula.  Masalah lain yg me tak puas hati sampai sekarang ialah terdapatnya habuk pada sensor dan gambar. Banyak gambar yg cantik-cantik me tangkap me baik pulih semula guna photoshop. Memang leceh dan buang masa. Pernah sekali me hantar ke pusat servis canon untuk cuci dan buang habuk. Tapi dua tiga minggu kemudian, masalah habuk kembali menghantui semula.

Sampai me terfikir dan berangan-angan nak menaiktarafkan pula nak beli 5d mark ii yg tahap dewa itu. Tapi bila me periksa uji dan check dalam akaun bank me, tak cukup bajetlah pula. *Ketawa. Bukan ya kengkawan. Sebenarnya me dah periksa uji dan check dalam internet, 5d mark ii pun ada masalah dengan habuk pada sensornya. Apa barang kan?

Terlanjur me buat entri pasal kamera dslr ini, me nak jugalah tahu ada sesiapa kengkawan pengguna nikon terutamanya d700? Bolehlah cerita pengalaman pada me pula.

Dan terimakasih pada kengkawan kerana sudi membaca cerita dua sen me yg merapu ini.

Cerita lain, me masih sibuk kemaskini dalam ALBUMME yg itu setiap hari.  Jadi, blog ini me jarang-jarang kemaskini.

Nasi tambah. Malam ini malam jumaat der. Salam ingatan buat kengkawan semua di tanahair, dari me yg jauh dimata. Chewahh.

 

eos40d

My preci-eos - old but still bold.

 

Alahai.

Tun Mahathir pun ada di Melbourne

October 7, 2010 85 comments
melbourne

a view from Eureka Tower (last Monday evening) ..

Ada orang cakap mantan perdana menteri, tun mahathir ‘tersungkur’ di hospital melbourne. Sedih kan.

Cerita lain. Untuk mengelakkan salah faham yg berlanjutan, maka me tutup sementara blog ‘memang lumayan six’ ini.

Sila ke albumme yg itu. [+ KLIK ALBUMME ]

Jangan cakap me tak bilang.

Alahai.