Home > architectural, Canon EOS 40D, Melbourne > Sepetang di Melbourne: Part II

Sepetang di Melbourne: Part II

November 11, 2010

Originally constructed in the 1890s, No. 333 was the headquarters of the Commercial Bank of Australia (CBA)

Melihat gambar kubah dalam katalog pelancongan dan majalah, membuatkan me teruja juga nak kesini.

Selalunya bila datang masa hujung minggu, pintu bangunan ditutup pula. Jadi lepas dari mengambil gambar di ‘Block Arcade’ petang selasa kelmarin (lepas waktu kerja oke.. *senyumm), me terus ke dalam bangunan nombor 333 Collins Street pula. Memang menarik.

Semasa me selamba mengambil gambar, sambil siap sediakan cik kakitiga, tetiba kejadian mirikel (baca ‘miracle’ oke) berlaku. Mirikel-lah sangat kan.

Pertama, ada pakcik gendut lagi tempang (pekerja dibangunan itu agaknya) beritahu me mengambil gambar disitu tidak dilarang, tapi tidak boleh guna cik kaki tiga disitu.  Me followww.

Kedua, ada mamat bule berkot bagai (baru balik kerja agaknya) sudah tanya pasal ‘mykenon’ yg besar gedabak lah pula. Sebab dia nak beli untuk hobi juga. Me pun ceritalah sedikit pasal satu siri, dua siri, tiga siri adanya. Kalaulah mamat bule itu ada baca blog me kan lagi senang.

[+ gambar-gambar lain di fotolumayan ]

Ini adalah entri komen tertutup. Sila tinggalkan komen dibawah.

Alahai.