Search Results

Keyword: ‘sedili’

sedili besar sedili kecil

September 12, 2009 10 comments

(insert pantai tanjung sedili)

you can see pulau tinggi (tall island) from here
although secluded, the beach in this cape is not particularly good

Dulu tanjung sedili hanyalah sebuah kampung nelayan. Dulu kalau hendak ke pekan sedili besar dari kuala sedili, hendaklah menaiki bot penambang di jeti kuala sedili.

Tapi sejak adanya jambatan hj mohd lazim yg baru dibina itu, maka nampak pesat pembangunannya. Banyak pula kenderaan dari pulau liliput yg singgah kemari. Tempat hiburan, liburan dan syurga sebagai tempat peranginan orang kata. Tapi jalan memasuki ke pekan dan pusat resort masih sempit juga.

Setelah me pulang dari sana minggu lepas, baru me tahu, ada pekan yg agak jauh ke selatan dipanggil sedili kecil. Dari kuala sedili, melalui pantai teluk mahkota (jason bay) yg cantik. Kata risalah pelancongan itu. Mungkin dilain kali me terjah kesana.

Alahai.

Advertisements
Categories: Travel

tanjung sedili

September 7, 2009 21 comments

(insert masjid almutaqin)

masjid jamek al-mutaqin, sedili besar [+ different angle ]

Dari kampung singapura, me jumpa kampung sentosa, kampung tanah puteh, kampung teluk jeri sebelum tiba di kuala sedili, sebuah pekan kecil. Ada jeti untuk ke pekan sedili besar di seberang sungai ambat. Tapi me ternampak ada jambatan baru gah merentangi sungai dan membuatkan me pun teruja untuk ke pekan sedili besar yg terletak dihujung tanjung.

Dari jambatan besar (jambatan hj mohd lazim), sebenarnya jalan baru menuju ke tenggaroh, seterusnya ke bandar mersing. Dan untuk ke pekan sedili besar yg terletak di hujung tanjung, me kena limpasi sejauh empat kilometer jalan tar kecil dibawah lembayung pohon kelapa sawit. Ikut arah papan tanda menuju ke masjid jamek almutaqin itu.

ferris11.gif Gambar-gambar lain di flickr.

(insert sedili besar)

clean crisp air rejuvenates you, calm surroundings tranquilizes the soul

Alahai.

Categories: Travel

Linda Onn Tak Tahu Fahrin-Scha Berpisah

October 9, 2009 46 comments

(insert toyota unser on sedili bridge)

still strong and reliable
jambatan haji mohd lazim, onlooking kuala sedili

Me pun tidak tahu yg [+ fahrin – scha berpisah. ] Gasaklah kan.

Sudah lapan tahun me pakai van buruk toyota unser itu. Minggu lepas, cukai jalanan sudah mati.

Biasanya, kalau hendak menghidupkan cukai jalanan, me akan beli insuran kenderaan di kedai tempat me beli van buruk itu. Di ampang point. Sekali dengan cukai jalanan. Tapi kena tunggu tiga hari tiga malam.

(insert scha alyahya)Tapi tahun ini, me hendak guna khidmat myeg.com.my. Iklan yg ada awek [+ sharifah scha alyahya ] yg muda lagi jelita. Boleh suruh scha datang pejabat dan buat air teh-hijau sekali. (Jahat kan me. He he he. Me gurau-gurau saja.)

Tapi rakan me sudah cadangkan supaya me terus ke pejabat jabatan pengangkutan jalan (jpj) di maju junction (mj). Boleh siap masa itu juga, kata cHaQ (bukan nama sebenar) itu.

Dipendekkan cerita, me sudah pun merempit ke mj dan berjaya perbaharui cukai jalanan itu. Tidak perlu tunggu scha yg jelita. Takut nanti ada yg copot jantungnya. Atau yg mengences atas meja kerja. [+ gatal nak tengok youtube ]

Alahai.

Categories: property

memboroi di kampung temasik

September 6, 2009 34 comments

(insert kampung singapura)

dulu, kini dan selamanya
kampung singapura, kota tinggi [+ maps google ]

Sabtu semalam, me sudah terjah ke tanjung sedili buat pertama kalinya. Dengan van buruk toyota unser me yg itu.

Di tengah jalan, me limpas kampung singapura. Tidak perlu paspot. Tidak perlu nyanyi di tanjong katong. Lagu limerik bazaar di geylang serai juga tidak perlu. Gerek sehhh.

Sembang petang ahad malam isnin. Salam sejahtera buat kawan-kawan me yg best-best itu.

ferris11.gif Gambar-gambar lain di flickr.

Alahai.

Categories: Travel