Archive

Archive for the ‘myself’ Category

Unblogging for One Whole Year

December 31, 2011 Comments off


Kenny Rogers Restaurant, Jaya Jusco Tebrau City, JB

Dan empat tahun lebih me memblog. Me pon dah rasa penat lah sebab hari hari me kan update blog, rasa nak berehat sebentar.

Terimakasih buat kengkawan semuanya. Kalau dipanjang umur, kita akan berjumpa di tahun yg satu lagi ye insyaAllah.

Wasalam dari me yg jauh dimata tapi tetap dihati.

Alahai.

Categories: Ho Hum, myself

MIRIKEL DI DEPAN KAABAH

October 21, 2011 7 comments

The Kaaba (Arabic: الكعبة‎ al-Kaʿbah , English: The Cube) is a cuboid-shaped building in Mecca, Saudi Arabia, and is the most sacred site in Islam

Dah sepuluh hari me di Tanah Suci Mekah al-Mukarramah ini.

Cerita2 photoblog ada di : BLOG ITTEWWW.

Alhamdulillah.

Categories: myself

The last day in Down Under

November 19, 2010 29 comments

They hailed me to take their photos and I concurred. I still think they were drunk (outside of Crown casino)

[+ zoom out ]

Hari ini hari terakhir me berada di melbourne.

Mungkin semasa kengkawan baca blog me yg ini, me sudahpun terbang pulang ke masai. Jumpa kengkawan di sana. Di sana.

Alahai.

Categories: Canon EOS 40D, myself, work

maaf zahir bathin

September 8, 2010 40 comments
sky

Refreshing view up to the blue sky (Temporary Bus Terminal, Bukit Jalil)

Hari ini hari rabu. Hari ke dua poh sembilan kita berpuasa. Lagi dua hari kita akan beraya. InsyaAllah.

Me tak pandailah nak menyusun kata, atau mengedit gambar kaum kerabat me, untuk buat e-kad pada kengkawan semua.

Tapi me cuma nak ucap selamat hari raya aidilfitri buat kawan-kawan yg best-best itu. Boleh kan?

Sambil itu, me nak pantun sikit dalam bahasa jerman:

Godok ketupat neng ngisor ondo,
Godonge nipah digawe atep;
Salah silap me njalok ngapuro,
Ketemu meneh neng taun ngarep.

maksudnya, me minta maaf zahir bathin kalau ada salah silap terkasar bahasa. Moga-moga kita bertemu lagi di tahun hadapan. Amin ya robbal alamin.

Alahai.

~ Kenapa Saya Berkacamata? ~ The Tag

January 20, 2010 79 comments

my last glasses
masjid jamek kuala lumpur (20th january 2009 – exactly one year today)

Entri tag dari cek [+ ahafiz-izzakak ninihanzdayahsiti sifir ] yg sudah lama me simpan. Me bukan kena tag. Tetapi tertarik sebenarnya dengan entri tag yg ini kerana berkenaan kaca mata yg sudah lama tidak me pakai. Selepas menjalani pembedahan laser, ataupun ‘lasik’ pada tahun lepas.

Soalan yang perlu dijawab adalah :

1. Sejak bila anda mula berkaca mata ?
me: masa mula-mula bekerja, dua poh tahun yg lampau

2. Bagaimana anda tahu yang anda memerlukan kacamata ketika itu?
me: sebelum berangkat untuk latihan bekerja ke jepun, ada pemeriksaan kesihatan, bila misi klinik (singapura) itu periksa, yg peliknya cuma sebiji mata sebelah kanan me saja yg kabur

3. Berapa ‘power’ pada permulaan anda berkaca mata (anggaran)?
me: manalah me ingat, mungkin 140

4. Jenis/bentuk kaca mata anda yang pertama?
me: besar gedabak seperti gambar retro dikanan (circa 1990)

5. Jenis/bentuk kaca mata anda yang terkini?
me: kini tiada lagi, tapi yg terakhir tahun lepas, petak kecil (seperti gambar diatas)

6. Berapa power terkini anda (anggaran)?
me: kini tiada power, tapi yg terakhir tahun lepas, sebelum pembedahan lasik mata, kurang lebih 350

7. Berapa banyak koleksi kaca mata yang anda ada dari dulu hingga kini (anggaran)?
me: adalah dalam enam belas (me tembak saja), tapi yg kelakarnya kesemua kaca mata tebal sebelah saja sebab mata kiri me normal spt biasa

8. Jika anda ada sentiment tidak suka berkaca mata, sila nyatakan sebab musababnya.
me: memakai kaca mata seperti memakai jam tangan, ianya suatu keperluan, dan tiada siapa yg suka berkaca mata, tapi me pun tidak suka berkanta lekap (contact lens) juga

9. Yang mana anda lebih gemar. Kaca mata atau contact lens? Kenapa ?
me: kaca mata, me fobia dgn kanta lekap yg leceh untuk memakai, dan menjaganya

10. Optometrist pilihan anda?
me: tiada yg tertentu, tapi selesa dgn kedai cermin mata di pertama kompleks dan focus point, holiday plaza jb

11. Pasangan anda berkaca mata ?
me: sekarang tidak lagi, sama seperti me selepas dilasik

12. Apa pandangan anda pada pembedahan lasik yg akan menggantikan kaca mata atau kanta lekap anda? (Soalan ini me tambah)
me: me’lasik’ adalah satu kaedah pembedahan mata yg baru, me telahpun menjalaninya yg mengambil masa 40 saat saja, pada sebiji mata sebelah kanan

13. Adakah anda berani menjalani pembedahan lasik di masa akan datang? Jika tidak, mengapa?  A. Kos yg mahal; B. Tidak berani menjalani pembedahan; C. Selesa dgn memakai kaca mata sekarang; D. Kesemuanya diatas. (Soalan ini juga me tambah)
me: me sudah menjalaninya, anda bila lagi?

Tujuan tag ini adalah untuk saya menilai apakah layman’s term yang biasa digunakan dan menilai kefahaman orang ramai tentang kepentingan memakai spek jika anda benar2 rabun. Juga me tambah tentang pengetahuan anda mengenai pembedahan lasik.

tadaaaaaaa… dah siap dah tag ni, tapi me tak hendak tag orang lain. Bukan hidup me hendak susah lagi menyusahkan orang lain. Voleee kannss?

Categories: myself

an evening walk

January 14, 2010 18 comments

nice jogging and walking place in tasik lama recreational park, brunei [+ zoom out ]

Sudah lama tidak berjogging dan beriadah diwaktu petang. Perut pun sudah memboroi.

Teringat masa me pergi ke taman peranginan tasek lama di negara darussalam baru-baru ini. Taman rekreasi yg nyaman lagi segar. Seperti gambar-gambar dalam entri me kali ini.

The park is equipped with modern infrastructure provided by the government which can be utilized by visitors. Among them is reflexology site. It is made from special stones where stroller can have foot massage after a strenuous walk using the natural resources method. Visitors also can relax by the side of the natural waterfall and enjoy the beauty of the flora and fauna. [+ our PM morning walk ]

Sembang petang khamis malam jumaat. Salam ingatan dari me untuk kawan-kawan semua.

Alahai.

Categories: myself

the first and the last

January 7, 2010 42 comments

please don’t cry ‘gedik-gedik’ like a baby
yaasir at sedi longhouse (circa july 2008)

Ini adalah entri pertama me tahun ini. Biar lambat asal selamat kan.

Dan harap-harap ini bukanlah entri terakhir.

Sembang petang khamis malam jumaat.  Salam ingatan dari me buat kawan-kawan semua.

Alahai.

Categories: myself