Home > Family > Yassar – Mewah?

Yassar – Mewah?

February 26, 2007

mQ dah memang sarat, nak masak pun tak larat. Tapi kalao me ajak makan kat luar, larat pulak.

Me pulak sibuk cari nama bayi. Me memang nak namakan bakal baby tuh – Yassar, kaya raya, mewah, senang lenang. Dah lama me fikir pasal nama itu.

Tapi minggu lepas, me terjumpa dalam buku nama-nama yang nama ‘Yassar’ itu walaupun elok maksudnya, tetapi Nabi saw tidak menyukainya. Perkara tersebut telah dinyatakan dalam riwayat hadis Muslim yang bermaksud:

“Jangan namakan anak lelaki kamu Yassar, atau Rabaah, atau Nujayh, atau Aflah …”

Walaupun tidak diberitahu mengapa dilarang, tetapi alim ulama berpendapat nama tersebut seperti akan menjadi celaan orang ramai sekiranya tidak menjadi kenyataan. Contohnya, sekiranya Yassar tidak menjadi kaya raya atau mewah apabila dewasa nanti, masyarakat akan mencemuhnya kerana mempunyai nama yang bermaksud kaya raya atau mewah.

Wallahualam.

Dan kini, me sibuk mencari nama yang lebih sesuai untuk bakal baby nanti. InsyaAllah.

Categories: Family