Archive

Archive for March, 2008

microsoft paint is good enough

March 31, 2008 7 comments

showing the texture in a photo always brings more realism and art to it
pantai lido, johor bahru

Kelmarin me tertonton rancangan tv3 malaysia hari ini – m-h-i. Hai hai hai. Ada berita pasal photoshop express online. Tidak perlu beli perisian. Muat turun di internet secara percuma.

Me bukan pakar photoshop yg popular itu. Me kemaskini blog pun guna perisian yg semberono saja. Hendak sebut disini pun me malu rasanya.

Lagipun me bukanlah jurugambar profesional. Janganlah bandingkan gambar yg me ambil dgn jurufoto lain yg fewwitt itu. Spt bumi dgn langit gitu.

Cerita lain, vendor hiasan dalaman sudah memulakan perubahan dan kerja-kerja dalam rumah. Pekerja-pekerja mamat cina sibuk tebuk sana tebuk sini. Hiburan lagu cina dari corong minikompo yg dibawa berdentum dentam dalam rumah. Habuk dinding bertaburan dimana-mana.

Alahai.

Categories: photography

university convocation is a formal welcome

March 30, 2008 9 comments

racing kids bike is popular now

Minggu lepas me pergi ke konvokesyen di Universiti Teknologi Malaysia itu.

Sebenarnya tiada kaum kerabat me yg terima ijazah. Me sengaja pergi melihat pesta konvo. Boleh kan.

Me sampai tengahari. Ramai orang di tasik memancing. Ada peraduan rupanya. Tapi me terus ke pesta konvo juga.

Di pesta konvo, me pusing-pusing saja. Ada pameran dan ada jualan juga. Tengok budak-budak berlumba motor kecil di litar itu. Ada dua kumpulan kereta berhias. Tapi yg paling menarik ada kancil hijau yg penuh dgn deretan piala dan anugerah.

Dalam perjalanan keluar kampus, ingatkan me hendak singgah sambil tengok orang memancing. Tapi peraduan baru saja tamat.

Alahai.

setting the tone for the new academic year, and highlighting the appeal of intellectual activity

Categories: photography

how to develop digital films

March 29, 2008 7 comments

satisfaction guaranteed, even with graffiti
puduraya bus station

Kelmarin me pergi cuci gambar perjalanan ke pulau mutiara itu. Di kedai foto kl sentral.

kurang 100 keping = 50 sen
lebih 100 keping = 40 sen
lebih 200 keping = 35 sen

kata awek cun sambil tolong kira, pakai kalkulator. Ada seratus sembilan puluh lima keping. Awek suruh lebihkan dua ratus keping. Me akur.

Tengahari sudah siap. Masa ambil gambar, awek berseloroh,

naper banyak2 xde pun gambar en_me?

Me cakap, me tidak penting.

Mamat kedai foto pun sibuk tanya jenis kamera yg me pakai. Katanya,

en_me pakai kamera apa? cantik sungguh gambar..

Kalaulah mamat kedai foto itu baca blog me yg ini. Mesti mamat dan awek sudah tahu.

Alahai.

Categories: photography

small tower by the strait, no more

March 29, 2008 6 comments

she was born here, more than 16 years ago
hospital sultanah aminah, johor bahru

Me sudah lama tidak ke bandaraya johor bahru.

Teringat me dulu, masa kecil, ikut ayahnda dan bonda ke bandar johor bahru. Melawat orang sakit di hospital itu. Tapi dulu, pengalaman pergi ke bandar adalah sesuatu yg amat teruja. Naik bas ting ting itu.

Lepas melawat, kami akan singgah ke menara kecil di pantai lido. Boleh teropong flat rumah pangsa di seberang tambak. Tapi sekarang, menara kecil itu sudah tiada lagi. Mangsa arus pembangunan gitu.

Cerita lain, siang tadi me terima emel dari rakan lama, aMaT. Kami pernah sama-sama ambil hadiah cek peribadi di studio rakaman ntv7 itu. ‘Who Wants To Be A Millionaire‘ gitu. Tujuh tahun lampau. Sebenarnya, me yg hubungi beliau minggu lepas. Masa me buka buku-buku lama dan terjumpa emel hotmail beliau.

Alahai.

Categories: nostalgia

pekan malu nak sebut

March 28, 2008 11 comments

can the new government change the name

Dalam perjalanan pulang dari pulau mutiara itu, me teringat dulu cerita rakan me. Me panggil DJ saja.

DJ ada marka. Satu hari marka DJ ajak balik kampong, naik kereta. DJ tak kisah, tapi DJ tanya juga.

Marka bilang,

kat rawang..

Bila sampai rawang, marka suruh DJ terus ke batang kali. Tempat gengster yg mati ditembak polis dulu.

Tapi bila sampai di batang kali, marka suruh terus juga. DJ sudah mula cuak. Tak sedap hati.

Tapi akhirnya, DJ sampai juga ke pekan kampong marka dia itu. Pekan ‘Batang Berjuntai‘.

DJ mulalah naik angin,

afsal x bilang awal-awal?

Marka cakap, dia segan.

Alahai.

Categories: humor

take a break my dear

March 27, 2008 13 comments

switch-on

Amboi! Me baru enam hari tidak kemaskini blog, kamu semua (adalah tiga orang) sudah tertanya-tanya ya.

Selama ini me kan kemaskini blog hari-hari, kadang-kadang sampai tiga entri sehari. Berilah me peluang untuk berehat pula.

Boleh kan kan kan.

Alahai.

Categories: Ho Hum

pak kadok dont cry

March 21, 2008 32 comments

i rest my case

Categories: Ho Hum