Archive

Archive for September, 2007

travel desire

September 30, 2007 5 comments

KLIA Express rates: KL Sentral to KLIA RM35.00 – Adult / RM15.00 Children.[+ KLIA Express ]

Sudah lama me tidak ke luar negara. Tahun lepas (2005), me pergi ke perth dengan mQ berdua sahaja. Itupun sebab dapat hadiah cabutan bertuah malam tahunan syarikat mQ itu.

Dan dua bulan lepas, me dan mQ juga pergi ke pulau sentosa. Tujuan utama me ialah sebab hendak mengecop paspot kami itu.

Me harap-harap bila bekerja di syarikat baru yang ini, me dapat pergi ke Eropah lagi. Kali terakhir me seorang diri pergi Belanda pada tahun 2001. Lamanya.

Alahai.

Categories: myself, Travel

alone

September 29, 2007 3 comments

Alone Doesn’t Mean Lonely.

Beberapa hari yang lepas, masa me jalan-jalan tangkap-tangkap gambar bank-bank dan juga mesin-mesin atm di sekitar KL Sentral, me terjumpa mesin atm maybank diatas.

Me rasa unik sebab ianya terletak terasing dari mesin-mesin atm yang lain. Me pun hairan sebab diluar ruang legar disana, banyak lagi mesin atm maybank.

Tapi me terfikir juga kalau mesin-mesin atm yang lain itu sesak dengan orang ramai, bolehlah me gunakan yang ini sebab orang tidak ramai yang tahu.

Alahai.

Categories: Bank

wheel of fortune

September 28, 2007 4 comments

banyak peraduan sudah me masuk, tapi roda impian belum lagi..

Categories: games

japanese sandal

September 28, 2007 14 comments

FlipFlops, Japanese Sandals, Jandals, Slippers, whatever you may call it from your continent, everybody loves it for its comfort. [+ Zori ]

Sudah hampir sebulan me bekerja di syarikat ini. Tempat [+ surau ] agak jauh, tapi berjalan itu kan bagus untuk kesihatan.

Sudah lama juga me terfikir hendak beli selipar jepun yang baru untuk ke surau. Dua hari lepas masa me jalan-jalan melalui stesen [+ monorel ] itu, me terperasan ada jualan selipar jepun. Me beli saiz 10½. Tapi bila me dah lama pakai, rasa sempitlah pula.

Alahai.

Categories: myself

malay 101

September 27, 2007 7 comments

When me got time, me will be very intested in taking japanese language classes, to refresh his worn-out memory of the language. [ dekinai jikan ga nai ]

Jumaat petang yang lepas, masa me bersiap-siap untuk pulang ke kampong, bos me, pAL, sapa me. Me bilang me nak balik kampong naik bas di puduraya.

pAL tanya, “so you are riding a bus?”

Tapi me tertarik cara pAL sebutan “bus” itu. B-U-S bukan B-A-S macam yang selalu kita sebut, walaupun dalam bahasa Inggeris.

pAL kata memang begitu sebutan dia di selatan England. Me angguk dan faham disebabkan loghat itu.

Sementara itu, pAL ada sebut yang dia hendak belajar bahasa Melayu. Ada kelas hujung minggu di YMCA. Me kata eloklah itu.

Alahai.

Categories: transport

banks in the KL Sentral

September 26, 2007 6 comments

If you enter from the west side of the terminal, you will see the bright yellow background logo to welcome you. [+ Maybank ]

Masa me mula-mula bekerja di sini, memang susah juga mahu cari bank yang me selalu berurusan.

Bank paling dekat pejabat me: Bank Islam Plaza Sentral. Tetapi me tiada urusan disitu.

Dalam KL Sentral, kita akan jumpa Maybank, CIMB Bank, Ambank, dan RHB Bank. Begitu juga, dengan mesin ATM yang disediakan, bersepah dimana-mana.

Bank me yang ada urusan tetapi tidak terdapat di sini: Public Bank, Bank Simpanan Nasional, Standard Chartered Bank, dan EON Bank.

Esok me buat entri bank-bank sepanjang Jalan Tun Sambanthan itu lah pula.

I have no business with Bank Rakyat and Bank Islam, nevertheless, their atm machines are squeezed by the two major banks.

Categories: Bank

yaasir: 193 days

September 26, 2007 8 comments

Why do some people insist not placing baby in a walker? [+ Walker Danger ]

Hujung minggu yang lepas, me pun main-main dengan yaasir (193 hari atau 6 bulan) itu.

Me masukkan yaasir dalam [+ walker ]. Yaasir nampak suka ria. Yaasir lompat-lompat, sambil aQi acah-acah dia.

Cuaca di luar rumah masa tu panas terik, tapi me bosan sebab [+ astro ] pulak tiada siaran.

Alahai.

Categories: Family