Archive

Archive for December, 2007

sri wawasan bridge

December 31, 2007 Leave a comment

sri wawasan bridge or jambatan putra

Putra Bridge is the main bridge in Putrajaya, Malaysia. It is analogous to Khaju Bridge in Esfahan, Iran. With a span of 435 metres, this bridge connects the Government Precinct to the Mixed Development Precinct and links Putra Square with the Boulevard.

The upper level of the bridge forms part of the Boulevard. This huge three-deck bridge provides vehicle, monorail and pedestrian access. Besides providing the link between Precinct 1 and Precinct 2 on the Core Island, it has been designed to be a special feature of Putrajaya. The piers also accommodate fine dining restaurants within its main pillar supports. [+ wikipedia putra bridge ]

Alahai.

Categories: photography

olympians

December 31, 2007 6 comments

older model, but the same functions

Pagi-pagi hari jumaat kelmarin, jiran setempat kerja me, zHr bilang sudah beli digital kamera baru. Olympus µ[mju:] 820. Harga RM999. Tapi dia malu hendak bawa ke pejabat (ehehe).

Dalam jam 10pagi, jiran lat sebelah zHr yg tadi tiba-tiba jumpa me. aZm bilang juga sudah beli digital kamera baru. Olympus FE-280 macam nombor siri model mercedes itu. Harga RM799.

aZm cerita, masa hari minggu lepas dia sekeluarga pergi ke tasik titiwangsa, naik [ eye on malaysia ] itu. Anak bini komplen sebab gambar guna telefon bimbit semuanya tidak mencongkam. Jadi, dia beli digital kamera baru.

aZm (yg me pernah cerita pasal bmw dia) bawa kamera dan tunjuk juga gambar-gambar yang dia ambil. Tapi tidak boleh pindah turun ke komputer me sebab dia terlupa bawa kabel perpindahan itu. Juga, kad memori jenis XD yang lain pula.

Teringat me pada rakan bangsa tionghua, [ tEo ] itu yg baru beli dSLR Olympus juga. Sebenarnya tEo dan [ aJi ] banyak ajar me tentang kamera dSLR ini walaupun kami guna berlainan jenama. Canggih beb!

Alahai.

Categories: books, Friends, photography

beriani rice

December 30, 2007 11 comments

what is good to your mouth

Tempohari masa me pergi bandar batu pahat itu, me singgah di gerai tebing sungai itu. Ada nasi beriani. [+ previous visit ]

Me pesan nasi beriani ayam. Memang mencongkam.

Alahai.

Categories: Food

work of art

December 29, 2007 8 comments

something you cannot buy

Ayahnda sejak kebelakangan ini memang suka membuat parang.

Biasanya ayahnda akan beli besi parang biasa itu dikedai di pekan PS. Ayahnda akan asah parang itu sampai tajam memotong nenas atau mengiris tauhu.

Ayahnda akan cari kayu hutan di kebun tempat beliau bekerja untuk dibuat sarung. Kemudian ayahnda akan sapu varnis.

Banyak permintaan untuk membeli parang ayahnda disebabkan kekemasan itu. Tapi ada satu parang yang ayahnda cukup sayang, walaupun ramai yg menawarkan harga berlipat ganda.

parang yg tak ternilai regenyerr..

kata ayahnda.

Categories: property

princess balqis [ بلقيس ]

December 28, 2007 11 comments

sabahan now becomes johorean [+ bigger baby pic ]

Me ziarah anak saudara yang baru bersalin. Me baru tahu nama bayi itu ‘Puteri Balqis’, macam nama [ aBo .]

(insert puteri balqis)Suaminya cakap,

“susah betul nak cari nama, nama anak tiri yang satu lagi ‘Nadirah Balqis’..”

Me bukannya pandai, tapi saja nak borak,

“nama Balqis memang tiada maksud dalam bahasa arab. Balqis ialah nama permaisuri kerajaan saba’ yg memerintah masa zaman nabi sulaiman dulu.”

Wallahualam.


Semalam [ aTi ] terima keputusan PMR. Seperti yg dijangkakan, keputusan yg memang mengecewakan.Alahai. Siapa yg tak sayang anak wehh.

Categories: Family

palm oil

December 27, 2007 14 comments

palm oil prices stay high despite mounting supplies
parit jambi darat, rengit

Hari natal, me kutip hasil kebun kelapa sawit. Kebun sekangkang kera yg dijaga oleh [ sepupu me ] dikampung nun disana disana.

Setahun punya hasil, ditolak upah meracun dan mengemas kini kebun. Memang lumayan, disebabkan [ harga ] kelapa sawit melambung tinggi sekarang ini. Patutpun [ peneroka felda ] sekarang kaya raya.

Tapi hasil pendapatan kebun me itu untuk mengganti atap zink [ rumah sewa ] me yang bocor tempohari. Walhasil pulang ke asal juga.

Alahai.

Categories: property

magnet bracelet

December 26, 2007 6 comments

It’s not wrong to wear something that can improve your health

Me jalan-jalan rumah besan ayahnda itu. Rumah kampung di batu pahat.

Tahun lepas kampung itu ditenggelami air.

Me pun terperanjat, besan ayahnda itu pakai [ gelang magnet ] macam me juga. Me tidak lah periksa gelang isteri besan itu yang terlantar di dapur akibat sakit angin ahmar.

Alahai.

Categories: technology, Travel