Archive

Archive for April, 2008

sports day

April 30, 2008 3 comments

i can see the school from my house

Kelmarin adalah hari sukan sekolah cina aQi (10) dan aBo (7).

Me datang juga ke sekolah untuk tangkap gambar. Me cari aQi tidak jumpa. Me jumpa aBo yg masuk pertandingan lari berpasangan ikat kaki. aBo dapat nombor dua dan dapat hadiah juga.

Alahai.

Advertisements
Categories: Family

i can dream, can't i

April 29, 2008 6 comments

still the power of dream

Kelmarin me singgah-singgah jenguk-jenguk bilik pameran honda itu. Sebab ada model honda accord terkini yg baru dilancarkan.

Memang mancongkam. Tapi sekarang kereta honda bukanlah kereta idaman me lagi.

Alahai.

Categories: transportation

sadly eating seafood

April 28, 2008 3 comments

your island, not really

Kelmarin tengahari me makan makanan laut di kampung pasir putih itu. Sudah lama me tidak ke sana.

Makanan biasa saja, ikan siakap goreng, kacang panjang, tempe dan sambal belacan.

Sambil me tangkap-tangkap gambar pulau ubin itu. Pulau yg sudah dipagar keseluruhannya untuk mencegah pencerobohan. Walaupun kes pulau batu putih belum selesai lagi.

Alahai.

Categories: Food

you cannot win if you do not enter

April 27, 2008 5 comments

beholding the truth
aQi is staring at an excited makcik who wanted to pose beside the car (see the picture below)

Petang semalam (Sabtu) me saksikan cabutan bertuah sijil simpanan premium bank simpanan nasional BSN (www.bsn.com.my) itu. Di plaza angsana.

Me borak-borak dengan bekas pemenang. Beliau menang kereta mercedes benz c180k dua tahun lepas. Beliau bilang,

aku tak amik kete tuh, aku jual.. manalah aku mampu nak bayar duit insuran dan cukai dia.. dekat sepohibu gitu!

Me tidak cerita pula pasal rakan me yg pernah menang kereta mercedes benz e-class sepoh tahun dulu.

Me tunggu juga sampai majlis tamat walaupun me tahu untuk menang hadiah kereta mewah amatlah tipis.

tag: semalam aku pergi cabutan ssp

i don’t know them, truly
1 – the excited makcik; 2 – the bsn singer; 3 – the ronggeng girl; 4 – the number converter; 5 – the volunteer charm

Alahai.

Categories: games

car air conditioner compressor needs replacement

April 26, 2008 1 comment

car air conditioning systems need serviced regularly

Hawa dingin cikcity me rosak tempohari. Tidak sejuk walaupun kipas me pusing tahap maksima. Me yg tak pakar kereta ingat mungkin gas hawa dingin sudah habis.

Tapi bila me ke kedai hawa dingin kereta, tokeh cina bilang kompresor yg rosak. Me tukar juga petang kelmarin dan kena sehibu empat hatus hinggit. Adui!

Sambil me akui hampir lima tahun kesetiaan me bersama cikcity. Nostalgia beb. Walaupun banyak peristiwa dugaan yg menimpa. Me tengok meter pun hampir mencecah sehatus hibu kilometer.

Alahai.

Categories: transportation

lady texture and purity

April 25, 2008 27 comments

nice textures, for a lady

Me masih bercerita di bandar kota tinggi itu. Me cuba cari kedai jual kain yg pernah me selalu kunjungi.

Tapi pemilik kedai lama yg peramah dan muka manis tiada lagi. Yg baru pemilik dari myanmar. Lebih glamor sebab masuk tv3 tempohari. Rancangan 360 gitu.

Cerita lain yg lebih sensasi, me akan sambung entri entri me di blog baru di laman yg itu. Tanpa sebab.

Alahai.

Categories: miscellaneous

me is here, for now

April 24, 2008 2 comments

waiting for nothing

Ini entri me yg pertama di blog ‘memang lumayan’ yg ini. Me berpindah ke sini, tanpa sebab.

Alahai.

Categories: Ho Hum