Archive

Archive for August, 2008

independence day

August 31, 2008 8 comments

freedom to stab one’s back?

Hari ini hari merdeka negara yg ke lima poh satu. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Teringat masa me tonton teater tun sambanthan sempena sambutan hari merdeka tempohari. Pada babak akhir, ketika kematian tun sambanthan. Tun tan siew sin berdialog mengingatkan beliau tentang tun sambanthan yg pernah berkata. Yg me terjemahkan begini:

datukj, mengapa ko suka bertelagah dengan me? setiap kata-kata me ko lawan balek? walopun me berkata lemah lembut, tapi ko kata me sarkastik? ko maki hamun sumpah seranah me. sebagai kawan, ko tikam tikam belakang me.

tapi me tau, datukj. di ari kematian me nanti. ko akan menangis.

juga di ari kematian ko nanti. me juga akan menangis.

Alahai.

Categories: Ho Hum

wall-e

August 30, 2008 4 comments

love without boundaries
jaya jusco tebrau city

Semalam, sempat juga me bawa kaum kerabat tonton wayang ‘wall-e‘ yg itu.

Mula-mula jalan cerita memang macam cerita ‘legend‘ lakonan will smith. Tapi bila sudah sampai di pertengahan, seperti menonton cerita kartun lah pula.

Gambar diatas me tangkap guna telefon bimbit nokia n81 me yg itu. Tidaklah buruk sangat kan.

Alahai.

Categories: movies

today is my last working day

August 28, 2008 36 comments

i haven’t gone very long
kota kinabalu international airport, terminal one

Sebenarnya me sudah mandi. Tapi me hendak berpantun lah pula. Boleh kan.

Kalau ada sumur diladang,
Boleh me menumpang mandi,
Kalau ada umur yg panjang.. ammvoiii
Boleh kita berjumpa lagi.. kannnns

Hari ini genap setahun me bekerja di ‘Syarikat Bayar Mahal‘ yg ini. Sebagai pekerja kontrak gitu. Dulu me ada cerita masa hari pertama mula bekerja di sini. Dan di sini.

Minggu depan me akan bertugas di syarikat yg lain pula. Jumpa kawan-kawan disana ya. Disana.

Sambil me nak ucap selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak. Me nak pantun lagi.

yu juminten nggelar kloso… dodol kupat ngarep gapuro…
meniko dinten bade poso… menawi lepat nyuwun pangapuro…

Alahai.

Categories: myself

moving out

August 26, 2008 20 comments

red flower by the red pinang (not related story)
malaysia productivity corporation (mpc), jalan padi mahsuri, bandar baru uda

Semalam hari isnin yg biasa.

Rakan-rakan seofis satu jabatan me sudah ramai berpindah. Sama bangunan tapi lain tingkat. Syarikat sudah berkembang maju.

Tapi me kan bakal berpindah ke syarikat lain, minggu depan.

Alahai.

Categories: myself

sayang rambutan

August 25, 2008 9 comments

rambutan (nephelium lappaceum) means hairy fruit caused by the ‘hair’ that covers this fruit
kampong melayu raya, pekan nenas

Hari minggu memang selalu me sibuk memanjang. Melayan kerenah kaum kerabat.

Sabtu siang yg lepas, me pergi kedai cermin mata. Ganti cermin mata aDm dan aQi. Dua-dua sudah patah bingkai.

Sabtu malam, kena ambil ayahnda di lapangan terbang antarabangsa sultan ismail (ltasi) senai, yg pulang dari lahad datu. Ayahnda sampai kay kay (kota kinabalu) jam 9.30 pagi. Ayahnda kena tunggu 12 jam kerana jadual ke senai jam 9 malam sepatutnya. Tapi penerbangan air asia tertunda. Me kena tunggu di ltasi jam 2.45 pagi ahad baru ayahnda tiba.

Ahad pagi, tidur di kampung rumah ayahnda. Petik buah rambutan kuning masak ranum.

Ahad petang, kena hantar aDm pulang ke asrama di londang itu.

Sekian me melaporkan.

Alahai.

Categories: Family

always turn you on

August 23, 2008 26 comments

ammvoiii [+ bigger thing ]
kl sentral, kuala lumpur

Me sekarang kan masih kerja di plaza sentral. Hari-hari me akan limpas tempat bas ekspress menunggu di kl sentral untuk ke lcct (klia).

Tapi kelmarin, masa me balik dari sibu. Me terus terbang ke lcct itu. Beli tiket skybus dalam kapalterbang air asia. Sembilan hinggit saja.

Tiba di lcct terus naik bas warna merah. Memang mudah dan cepat. Sejam sampai di kl sentral. Tapi me tidaklah terus pergi ke pejabat buat kerja. Hari Ahad mana ada orang kerja kat ofis kan.

Sambil kebetulan me terjumpa bas kuning ‘naik selalu‘ seperti gambar diatas. Nak tergelak guling-guling. Vollleee gittewww.

bas selalu naik selalu – pic taken on 17 august 2008 with Canon 40D

Alahai.

Categories: transport

tun sambanthan, the theater

August 22, 2008 10 comments

a tribute to the honourable tun v t sambanthan

Memang sekarang me kerja di plaza sentral. Berhadapan jalan tun sambanthan.

Me memang lama nak tengok teater bangsawan lagi. Selepas bangsawan ekor nyonya yg itu. Kebetulan minggu depan minggu terakhir me bekerja di ‘syarikat bayar mahal’ ini. Apa salahnya me nonton teater ‘sambanthan‘. Bolehlah me tahu sejarah tokoh kaum india itu.

Mula-mula me ingat di istana budaya. Tapi teater berlangsung di auditorium tunku abdul rahman. Bersebelahan saloma jalan ampang itu.

Cerita tokoh yg menarik juga. Tun sambanthan dari keluarga orang kaya. Menolong kaum bangsa sendiri yg miskin. Bersama-sama tunku menuntut kemerdekaan di london. Pernah memberi sumbangan kepada orang melayu mendirikan masjid di sungai siput. Juga pernah menjadi presiden persatuan kebajikan orang-orang cina. Pernah menjadi perdana menteri malaysia selama sehari saja.

Lakonan yg mantap. Ada datuk jalaluddin hassan sebagai tunku abdul rahman. Gitu.

the phenomenon of the community

Alahai.

Categories: movies