Archive

Archive for October, 2009

Rancangan Tergendala Sebentar

October 20, 2009 67 comments

(insert do not adjust your screen)

there won’t be any update for the next 2 weeks

Jangan betulkan peti tv anda.

Alahai.

Categories: Ho Hum

the answer is 66

October 20, 2009 1 comment

(insert chaah in four kilometers)

another favorite number
kampung temu jodoh, chaah, yong peng

Ramai sungguh (adalah 2 orang) kawan-kawan yg bertanya nombor enam poh enam yg selalu me tangkap dan tayang di sini.

(insert noniey n vivavogue)emm.. nape mesti 66 ek? tengok entry dulu2 pun, mesti 66… – noniey

ada apaler agaknya en.me dgn no. 66 ye? – vivavogue

Manja sungguh kan. Tapi tidak mengapa. Jom, kita sama-sama cari jawapannya dalam internet (wikipedia). Nombor 66 adalah,

1. Nombor asli selepas 65 dan sebelum 67.
2. Nombor atom bagi dysprosium, bersimbol ‘Dy’ ialah 66.
3. 66 mhz adalah kelajuan cpu.
4. Nama lebuhraya di amerika syarikat, iaitu ‘route 66‘.
5. Nama syarikat pengendali minyak di amerika syarikat, phillips 66.
6. Dalam angka abjad arab, nama Allah
(الله) itu 66 (wallahualam).
7. Nombor telefon antarabangsa ke negara siam ialah 66.

Manakala, tahun 1966 (MCMLXVI) pula melibatkan kisah sejarah berikut.

1. Indira Gandhi menjadi perdana menteri india. (19 Jan)
2. Amerika syarikat menambah tentera di vietnam (250,000)
3. Soviet Union melancarkan Luna 10 mengelilingi bumi.
4. Indonesia merayu pada malaysia untuk menamatkan ‘konfrontasi’.
5. Indonesia melancarkan kempen anti-komunisnya. 600,000 – 2 juta rakyat cina dibunuh. Negara cina menghentikan segala bantuan ekonomi pada indonesia.
6. Filipina memulakan kembali hubungan diplomatik dgn malaysia.
7. England menjadi juara piala dunia, mengalahkan jerman barat (4-2) di wembley.
8. Aktor ronald reagan menjadi gabernor california.

Dan me tahu juga, ramai kawan-kawan yg letak angka 66 dalam alamat emel masing-masing menandakan harijadi kan. Dan 6 haribulan jun pun bukan tarikh hari ini.

(insert 66 milestones)

i keep seeing the number 66, everywhere

Alahai.

Categories: myself

world pink without breast cancer

October 19, 2009 37 comments

(insert world pink t-shirt)

world pink t-shirt [+ estee lauder ]

Semasa di klcc, sempat lagi menderma dengan membeli dua t-shirt merah jambu wanita untuk yayasan kanser payudara sedunia.

Dan siapa kata me tidak suka letak gambar makanan dalam blog ‘memang lumayan’ ini. Tapi satu gambar saja cukuplah kan. Takut nanti ada kawan-kawan yg bosan dan mengantuk cakap blog ini blog makanan pula. Menyampah kan.

(insert chili's beef steak)

new york style beef steak
chili’s grill & bar @ suria klcc

Alahai.

Categories: shopping

hari-hari me gali lubang

October 19, 2009 24 comments

(insert my job is to make hole)

my job is to “make hole” and it needs teamwork
petrosains, klcc

Sabtu kelmarin me sudah tiba di klcc. Tiba di petrosains sudah jam 9.30 pagi. Ramai sungguh murid-murid sekolah beratur menunggu giliran masuk ke situ.

Sebenarnya ini adalah kali ketiga me masuk ke petrosains. Temankan aQi yg selalu meracau dan mengigau pasal petrosains klcc itu. Me layan saja.

Jam 12.00 tengahari sudah berada di luar. Sebenarnya di restoran chili’s grill & bar yg popular itu. Ramai sungguh orang beratur menunggu giliran masuk ke situ juga. Kena tulis nama untuk tempahan meja pula. Lima belas minit baru boleh masuk.

(insert inside petrosains @ suria klcc)

from left: water flowing decoration, geotime diorama, aQi living in iss, christmas tree

Alahai.

Categories: exhibition

selamat pengantin baru – nadxoxo

October 18, 2009 12 comments

(insert wedding of nadxoxo)

wedding of nadiah and amir
bangi, selangor

nadxoxo11Bila dua hati dah terjalin,
Selamatlah pengantin kami doakan,
Moga redha Allah bersinar selalu,
Tanda bermula bahtera hidup.

Tengahari semalam me sempat ke majlis persandingan blogger itu.

Moga kekal ke anak cucu buat nadxoxo dan pasangannya, encik gajah.

Alahai.

Categories: Friends

padam is death

October 18, 2009 20 comments

(insert padam)

‘padam’ is death
kamus dewan, fourth edition

Kelmarin me sudah tulis dalam entri ~ ‘kalau esok, lusa atau tulat me tak kemaskini blog, maksudnya me dah padam’.

Ramai kawan-kawan ingat, me tulis begini ~ ‘kalau esok, lusa atau tulat me tak kemaskini blog, maksudnya me dah padam blog ini’.

Tapi sebenarnya yg me maksudkan (nauzubillah) ~ ‘kalau esok, lusa atau tulat me tak dapat kemaskini blog, maksudnya me dah mati‘. Seperti kata atokk ittewwww.

Tentang tajuk pula bila dapat inspirasi dari cerita ‘dadah is death‘ (1986). Kisah dua rakyat australia (barlow & chambers) yg dihukum gantung kerana mengedar dadah. Masa itu me masih menuntut di luarnegara. Dan cerita tersebut (ada 2 episod) ditayangkan di seluruh amerika di waktu perdana. Selepas hukuman gantung dijalankan, perdana menteri australia (bob hawke) mengecam kerajaan kita dgn perkataan ‘barbaric – tidak bertamadun, tidak berperikemanusiaan, kejam’. Tetapi chedet selamba menjawab,

ek eleh, ko cakap macam tu lahh kat pengedar dadah

Alahai.

Categories: Ho Hum

when i was 12 – the tag

October 17, 2009 31 comments

(insert identity card of mine)

my first identity card (with picture)

Me bukan kena tag.

Me sudah lama hendak buat entri pasal kad pengenalan lama me itu. Semalam masa mencari ilham, me terjumpa entri tag dari akak liyana nazmin.

Peraturan:-
sila bayangkan anda sedang membuat buku biodata/biografi rakan anda semasa anda berumur 12 tahun. lalu jawab soalan2 di bawah ini oke. mudah kan? jadi sila la jawab.

Sebenarnya me keliru dgn peraturan itu. Bukan kah disuruhnya membuat biodata/biografi rakan anda. Tetapi kenapa harus diri sendiri menjawabnya. Gasaklah kan. Me layan saja.

Nama – bermaksud ‘hamba kepada Yg Maha Kaya’, tetapi pakcik polis itu yg membuat surat beranak dulu sudah tersalah eja nampaknya

Nama Panggilan – ikut nama melayu dlm kad pengenalan, tiada nama timang-timangan

Tarikh lahir – sehari selepas kapalterbang mas terhempas di tanjung kupang

Tempat lahir – rumah berek pekerja ladang kelapa sawit, kulai young

Status – kanak-kanak

Hobi – main bolasepak, mandi sungai

Makanan kegemaran – masakan bonda lorr

Minuman kegemaran – air teh tarik yg ayahnda selalu buat

Cita- cita – menjadi doktor.. boleh?

Pengalaman buruk – hampir lemas di air terjun itu, kebetulan ada seorang brader cina menarik me keluar dari situ. Kalau tidak, mungkin tidak wujud blog ‘memang lumayan’ ini. Wallahualam.

Pengalaman manis – mendapat kad pengenalan agaknya (manalah me ingat)

Perkara yang disukai – menonton cerita-cerita televisyen hitam putih seperti combat, six million dollar man, dll

Perkara yang tak disukai – bila bonda suruh buat itu dan ini semasa menonton televisyen lorr

Kawan yang diminati – kawan-kawan sepermainan saja

Adakah anda berpuas hati dengan apa yang anda ada? – hmmm, tentunya tidak sebab bukan keluarga berada

Harapan – harapan pada masa itu adalah untuk menjadi pelajar yang berjaya juga

Saya mahu tag – tiada siapa. Kali terakhir me sudah tag 66 orang kawan-kawan blogger [+ why i tag ], jadi kali ini me mahu berehat. Tetapi jika ada kawan-kawan yg teruja hendak menjawab tag ini amatlah me alu-alukan. Tetapi jangan sekadar ‘menjual tangkai cangkul sekah’ ya kawan-kawan. Ataupun ‘menjual petai hampa’. Tak baik tau.

Nota: hari ini deepavali. Hari isnin me tetap kerja seperti biasa. InsyaAllah.

Pasca nota: Esok (Ahad), aTi sudah tempah masa me hendak belanja rakan-rakan sekolahnya makan sushi.  aTi sudah genap 17 tahun kelmarin (hari khamis).

Alahai.

Categories: myself