Archive

Archive for November, 2010

raja masai menyambut tetamu

November 30, 2010 22 comments

Yaasir and me at London Cafe’s bus, yesterday.

Me masih cuti-cuti kuala lumpur ya kengkawan. Sebenarnya me sedang sibuk melayan kaum kerabat mQ dari rumah panjang. Sempena cuti sekolah yg panjang gitu.

Semalam (ahad), me sudah bawa mereka ke sungai duit (baca ‘sungei wang’) dan low yatt. Dan hari ini (isnin) me panjat gunung yg sejuk. Genting highlands sudah.

Ya, genting highlands bukanlah terletak di kuala lumpur. Dan bukan juga dalam jajahan negeri selangor. *Senyum.

[+ gambar2 lain sudah ada di fotolumayan ]

Alahai.

Ini Dia 5 Negara Terfavorit Wisatawan

November 29, 2010 21 comments

On 1 January 1982, the clock tower (of the Sultan Abdul Samad Building) became the venue for another historic event when the time between Peninsular Malaysia, Sabah, Sarawak and Singapore were standardized.

Tajuk me ambil di sini.

Sebenarnya me sedang cuti-cuti kuala lumpur.

Letak satu gambar dulu.

[+ gambar2 lain sudah ada di fotolumayan ]

Alahai.

Souvenirs from Melbourne

November 28, 2010 17 comments

Handmade boomerang from Down Under.

Dulu me pernah buat pertandingan (baca ‘contest’) untuk bagi hadiah cenderamata buat kengkawan. Tapi me dah serik – me bukan ‘ulat nangka jatuh kebatu’.

Kelmarin semasa me berada di melbourne, adalah dua tiga kengkawan yg gedik-gedik bilang nak cenderamata. Jadi, tanpa prejudis inilah status setakat ini.

  1. Abg marimerepek – “nak souvenir!!” Sudah.
  2. Cik Emymilia – “selamat bercuti ya enchek….oley2 jgn dilupa…..” Sudah.
  3. Cikgu Dinasaldi – “ooohh, gitu rupanya enchek check bra..kehkehkeh..keh..” Sudah.
  4. Dr Singa – “vah vah vahhh… pinjam topi!!!” Sudah (agaknya).
  5. Cik Masy Masy – “ape2 pun, subinier dilupa jgn. hahahahhah” Sudah (pasti).
  6. Cik Lyndawawa – “wah…enchek ngah melancong ya?? ole2 untuk saya ok….=)” Sedang. Sudah.
  7. Abg Boomerang – “selamat kembali….boomerang saya jangan loooopa” Belum. Sedang.  Sudah.

Terimakasih diatas ingatan kengkawan semua lah. Tanpa kengkawan yg best-best itu, siapalah me yg ini kan. Dan, permintaan cenderamata telahpun ditutup sejak me pulang ke tanahair.  *Senyum.

Alahai.

Ducati Desmosedici

November 25, 2010 59 comments

Ten ringgit only, but there is a catch. You need to buy two litres of Shell Advance oils

Amaran. Ini adalah entri kedua me hari ini. Hari khamis malam jumaat derr. *Senyum.

Pagi semalam (Rabu) semasa dalam perjalanan ke tempat kerja. Berhenti isi minyak skuter kesayangan me yg itu di stesen minyak shell jalan ampang, dekat taman dagang.

Me tertarik pada iklan promosi model motorsikal ducati merah yg mancongkam. Enam hinggit setiap satu.

Me terus ke kaunter, kata nak beli. Tapi brader kaunter kata kena beli minyak hitam [+ shell advance ]. Mula-mula ingatkan kena beli satu, tapi dua botol rupanya. Tapi sepoh hinggit pula – sebab me beli minyak hitam yg murah saja.

[+ gambar lebih mancongkam di fotolumayan & flickr ]

Alahai.

Tasik Titiwangsa

November 25, 2010 37 comments

Pardon me. The image of the city skyline is not sharp enough. Maybe I should come back here to resnap it. Or maybe not – LOL.

Malam kelmarin, me terjah ke tasik titiwangsa. Sorang diri macam biasa lohh. Me cuma nak pastikan langit di malaysia pun sangat biru maa.  *Ketawa. Walaupun petang itu hujan turun mencurah-curah kucing dan anjing, ditambah dengan awan yg mendung juga.

Malam ini malam jumaat der. Salam ingatan buat kengkawan semua.

[+ gambar saiz besar di fotolumayan & flickr ]

Alahai.

alahai lindas

November 24, 2010 44 comments

the last time I visited this remote city was after mQ won a lucky draw during her company’s annual dinner

Kalau satu dipanggil ‘linda’. Kalau dua dipanggil ‘lindas’ agaknya. Kalau tiga?

Cerita linda pertama. Minggu lepas me terima satu emel tanpa perkara. Biasanya kalau me tidak kenal pengirim, me akan campak emel ke dalam kotak spam. Biasanya emel dari nigeria atau negara afrika kononnya. Tapi ini emel unik. Sebab nama pengirim seakan-akan nama perempuan melayu terakhir dan dimulakan dengan ‘Assalamualaikum’ pula. Linda Abdul Hakim. Jadi me gatal tergerak nak membacanya. Memang seperti yg me jangka, emel seakan-akan emel spam dari dunia afrika. Tapi pengirim mengatakan beliau berasal dari Singapura dan berkahwin dengan kerabat diraja afrika gitulah. Boleh percaya kah?

Cerita linda kedua. Di pejabat me ada sorang pengurus kewangan dan kontrak yg bernama linda. Norlinda binti tunbegia. Sebab ‘binti tunbegia’ kerana nama bapa linda itu sama sejibik seperti nama blogger tunbegia yg tak nak fofuler itu. *Ketawa.  Sebab itu kekadang ramai orang tersilap menghantar emel ke linda atau ke tunbegia. Mat salleh kan selalu guna nama bapa dihadapan. Oops, kelaut pula.

Berbalik cerita linda yg kedua. Me kan baru balik dari bawah dibawah (baca ‘down under’). Kontrak kerja di melbourne sudah tamat. Semalam dapat emel dari linda. Bilang suruh me ke afrika selatan pula. Tetiba berangan kalau balik afrika boleh jual jam. *Ketawa lagi. Tapi boleh percaya kah?

Nota: entri ini tiada kena mengena dengan linda selain yg me sebutkan diatas. Sekian. Terimakasih.

Alahai.

Muar Bridge, it is

November 23, 2010 48 comments

Sultan Ismail Bridge of Muar

Ahad petang, selepas hantar aTi (18) ke hostelnya di jasin, me terjah ke bandar muar.

Sempat juga singgah menjenguk beca gergasi (kesang) dan jambatan kedua (tanjung agas).

[+ gambar-gambar lain di fotolumayan dan flickr ]

[+ gambar beca gergasi dulu ]

Alahai.