Archive

Archive for the ‘history’ Category

alahai lindas

November 24, 2010 44 comments

the last time I visited this remote city was after mQ won a lucky draw during her company’s annual dinner

Kalau satu dipanggil ‘linda’. Kalau dua dipanggil ‘lindas’ agaknya. Kalau tiga?

Cerita linda pertama. Minggu lepas me terima satu emel tanpa perkara. Biasanya kalau me tidak kenal pengirim, me akan campak emel ke dalam kotak spam. Biasanya emel dari nigeria atau negara afrika kononnya. Tapi ini emel unik. Sebab nama pengirim seakan-akan nama perempuan melayu terakhir dan dimulakan dengan ‘Assalamualaikum’ pula. Linda Abdul Hakim. Jadi me gatal tergerak nak membacanya. Memang seperti yg me jangka, emel seakan-akan emel spam dari dunia afrika. Tapi pengirim mengatakan beliau berasal dari Singapura dan berkahwin dengan kerabat diraja afrika gitulah. Boleh percaya kah?

Cerita linda kedua. Di pejabat me ada sorang pengurus kewangan dan kontrak yg bernama linda. Norlinda binti tunbegia. Sebab ‘binti tunbegia’ kerana nama bapa linda itu sama sejibik seperti nama blogger tunbegia yg tak nak fofuler itu. *Ketawa.  Sebab itu kekadang ramai orang tersilap menghantar emel ke linda atau ke tunbegia. Mat salleh kan selalu guna nama bapa dihadapan. Oops, kelaut pula.

Berbalik cerita linda yg kedua. Me kan baru balik dari bawah dibawah (baca ‘down under’). Kontrak kerja di melbourne sudah tamat. Semalam dapat emel dari linda. Bilang suruh me ke afrika selatan pula. Tetiba berangan kalau balik afrika boleh jual jam. *Ketawa lagi. Tapi boleh percaya kah?

Nota: entri ini tiada kena mengena dengan linda selain yg me sebutkan diatas. Sekian. Terimakasih.

Alahai.

Muzium Pertanian Jasin

September 1, 2010 14 comments
kelong

This Museum is for the benefits of Malaccans to appreciate the history of agriculture in Melaka and its economics.

Selepas membeli belah pakaian dan kain-main di pekan tangkak, me kembali ke bandar jasin dan terjah muzium pertanian pula. Dan aQi (12) satu-satunya peneman me masuk ke dalam muzium macam biasa.

[+ perzim | jasin agricultural museum ]

Masuk adalah percuma dan banyak juga barang-barang yg dipamerkan, terutamanya tentang sejarah jasin dan perkembangan pertanian seperti getah, kelapa sawit, perikanan dan lain-lain.

Seperti kebanyakan muzium, me ingatkan tidak boleh menangkap gambar didalam. Tetapi me selamba saja tangkap guna kamera dslr me yg besar gedabak itu.  Sehinggakan bila me keluar dari muzium pakcik penjaga muzium panggil-panggil me suruh tangkap gambar muzium dari arah depan pula. Tapi pakcik tidak hendaklah ‘masuk-bingkai’ begitu.

Gambar diatas adalah kelong kupang untuk menternak kupang. Manakala gambar-gambar lain dalam muzium itu ada di fotolumayan.

museum

Noon at the museum with aQi.

Alahai.

Categories: Canon EOS 40D, history, Melaka

"stupid malay"

December 7, 2009 78 comments

why was singapore called the lion city? only sang nila utama could answer that question.

Kelmarin selepas me buat entri berkenaan pulau babi haram*jadah itu. Ramai yg bertanya. Me ulangi, ada yg gedik-gedik bertanya. Kenapa pulau itu dinamakan babi? Adakah rupanya seperti babi? Atau benarkah ada babi hutan di pulau itu dulu ataupun sekarang ini? Kalau ada babi, bagaimana binatang haram itu boleh berada di pulau yg terletak jauh dari tanah besar? Manalah me tahu.

Membuatkan me teringat kisah silam me di pulau temasik. Kisah nyata, dua poh tahun yg lampau.

Semasa me menjalani latihan kemahiran kerja di singapura. Dan menginap di sebuah hotel terkemuka ditengah bandaraya. Selama beberapa purnama. Didalam bilik hotel itu terdapat pelbagai risalah-risalah pelancongan republik tersebut. Dan ada beberapa perenggan dlm risalah yg menarik perhatian me, yg me terjemahkan begini.

.. singapura telah dibangunkan dengan genius dan bijaknya oleh enchek ‘likayu’, seorang yg berketurunan pendatang..

.. sejarah nama singapura bermaksud ‘bandar singa’ dalam bahasa melayu.. yg mana tiada seekor pun binatang singa yg terdapat di pulau itu atau di sekitarnya (dulu dan sekarang).. yg ada hidup secara liar hanyalah di india yg jauhnya lebih 2,500 batu..

Dan risalah itu diedarkan di seluruh dunia dan ada terjemahan bahasa israel tentunya.

Bayangkan. Kalau di negara asing, orang lain berkata begitu tidak mengapa. Gasaklah kan. Tapi bagaimana kalau orang kita sendiri yg berkulit sawo matang juga, mempertikaikan kewibawaan datuk nenek moyang kita tentang nama sesebuah tempat atau pulau. Adakah datuk nenek moyang kita tidak sebijak orang lain? Sedih kan.

Janganlah nanti sampai ada orang bertanya pula, adakah pokok pinang (areca nut palm) di pulau pinang itu? Mungkin lebih sesuai dipanggil pulau mutiara (the pearl of the orient) sebab ramai amoi-amoi cun yg berpakaian seksi nampak pusat di sana di sana kan.

Alahai.

Categories: history

setelah roboh kota melaka

October 14, 2009 24 comments

(insert makam bendahara tepok)

tomb of the last prime minister of malacca

Dua minggu yg sudah, me ada cerita berkenaan tun teja ratna benggala, permaisuri sultan melaka yg terakhir. Yg melarikan diri ketika portugis menyerang dan menawan melaka.

Ahad kelmarin, selepas dari pekan buloh kasap. Me singgah sebentar di kampung lubok batu. Tempat persemadian perdana menteri terakhir melaka juga. Bendahara tepok anak tun perak diberi nama. Tempat pelarian bendahara di ulu sungai muar setelah melaka ditawan oleh portugis.

Pada suatu petang yang ketika itu cuacanya begitu panas, Bendahara Tepok (yg sakit lumpuh, ompong dan uzur) telah diusung oleh Selamat Gagah untuk membolehkan Bendahara merendamkan badannya di dalam air di pengkalan yang berhampiran. Selepas merendamkan badannya itu, Bendahara lantas memberitahu Selamat Gagah bahawa badannya terasa amat segar. Kajian menunjukkan bahawa kononnya daripada ungkapan “Segar Amat” yang dilafazkan oleh Bendahara Tepok itu lahirlah nama “Segamat”.

[+ asal usul nama tempat di Johor ]

Ya, ketika me tiba di makam tersebut yg terletak di seberang jalan berhadapan masjid makam lubok batu, hari memanglah amat panas terik.

Alahai.

Categories: history

jambatan putus buloh kasap

October 14, 2009 28 comments

(insert jambatan putus sungai muar)

known as battle of sungai muar in world war 2 when the japanese try to crossing muar river [+ zoom out ]

Ahad kelmarin, me sudah terjah ke pekan buloh buluh kasap, segamat.

Tujuan utama mengambil gambar jambatan putus yg telah dibom oleh askar british ketika cuba menyekat kemaraan askar jepun ke singapura. [+ wikipedia ]

Kedua-dua belah jambatan masih utuh sehingga ke hari ini. Cuma me terkilan juga. Sebab tiada papan tanda nama dan informasi tentang jambatan putus warisan negara itu. Kecuali papan tanda kontraktor warna biru yg kecil saja. Itupun nun jauh di tepi longkang sana.

ferris11.gif Gambar-gambar lain di aminus3 dan flickr.

(insert buloh kasap bridge)

a stark reminder of the destructive effect of war

Alahai.

Categories: history

the consort of the last sultan of malacca

October 8, 2009 35 comments

(insert tun teja's grave)

tun teja’s mausoleum, surrounded by a vast padi field
merlimau, malacca

“Tun Teja Ratna Benggala,
Pandai membelah lada sulah,
Jika tuan tidak percaya,
Mari bersumpah kalam Allah,” [+ tinta keris ]

Dari sempadan johor (replika beca besar), me terus ke merlimau. Mencari makam tun teja. Isteri sultan melaka yg terakhir. Yg dilarikan dengan tipu muslihat oleh hang tuah (yg amat setia pd raja) dari negeri pahang.

Begitulah juga tipu muslihat yg dibuat oleh hang tuah pada gusti puteri retno dumillah. Gusti Puteri melarikan diri dari istana majapahit semata-mata mengikut cinta hatinya hang tuah hingga ke gunung ledang.

Dipendekkan cerita, mencari makam bekas permaisuri melaka itu macam menyiksa mula-mula. Tapi bila sudah tiba di merlimau, ikut papan tanda saja. Amat mudah, jangan khuatir tidak terbabas ke siam pastinya.

Nota: makam-makam kerabat diraja di melaka: makam hang tuah, makam hang jebat, makam hang kasturi, makam tun teja, kubur dol said, dan tanjung tuan (tempat bersemadi parameswara).

Alahai.

Categories: history

raja masai bersantai di masjid jawa

September 27, 2009 10 comments

(insert masjid kampung laut)

built entirely of wood, without the use of nails, the mosque contains some impressive woodcarvings
masjid kampung laut, nilam puri, kelantan

Tempat-tempat menarik yg terletak di kota bharu yg me baru lawati kelmarin. Semuanya berdekatan antara satu sama lain di sebelah padang merdeka.

Antaranya, laman siti khadijah1 (terletak antara bazar buluh kubu dan pasar siti khadijah), bank pitis2 (tempat menyimpan wang perbendaharaan yg pertama), istana jahar3 (muzium adat istiadat diraja kelantan), bank kerapu4 (memorial peperangan dunia kedua), padang merdeka5 (disinilah mayat tok janggut penentang inggeris digantung secara songsang) dan muzium islam6 (serambi mekah) yg tertutup rapat.

Disebelah petang pula, me sampai juga ke masjid kampung laut (gambar diatas). Terletak di pekan nilam puri (berhadapan universiti malaya). Masjid tertua ini dikatakan dibina oleh pengembang agama islam yg berulang-alik antara champa (kemboja) dan jawa dgn bantuan penduduk tempatan. Tempat asalnya terletak sejauh 10km di kampung laut tumpat, di pinggir sungai kelantan. Dipindahkan pd tahun 1968, kerana sebahagian besar tapak tanah telah runtuh ke dalam sungai akibat banjir.

(insert kota bharu museums)

the real attraction of the padang merdeka area is the cluster of museums close by

Alahai

Categories: history, Travel